SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Bernafas Dengan Paru-Paru Besi

Bernafas Dengan Paru-Paru Besi



Agak pelik didengar tetapi begitulah kejadian yang berlaku pada Martha Mason yang mengambil keputusan untuk bernafas menggunakan paru-paru besi semenjak 61 tahun lalu.

Seorang wanita Amerika Syarikat menghabiskan 61 tahun hidup dalam tiub besi untuk terus bernafas selepas penyakit polio menyebabkan dia lumpuh.Martha Mason terbaring dalam tiub yang digelar sebagai paru-paru besi yang berfungsi sebagai sejenis pengalih udara, menambah dan mengurangkan tekanan udara bagi mengembang dan mengecutkan paru-paru Martha kerana ototnya amat lemah.

Martha terbaring dalam silinder besi berukuran 2 meter panjang dan seberat 362 kilogram itu, membaluti tubuhnya kecuali kepala.

Martha lumpuh ketika berusia 11 tahun selepas menghidap polio sejurus selepas wabak itu membunuh adik lelakinya, Gaston.

Selepas adik lelakinya dikebumi, Martha menyedari yang dia juga menghidap simptom sama, tetapi merahsiakan kebimbangannya untuk tidak membuat ibu bapanya sedih.

Dalam bukunya, ‘Bernafas: Hidup Dalam Rentak Paru-Paru Besi,’ Martha menulis: “Saya tahu saya menghidap polio. Saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya.

“Sehari sebelum itu saya dengar ibu bercakap dengan rakannya mengenai paru-paru besi yang dipakai Gaston.

“Saya tahu saya tidak akan berdepan kesukaran itu kerana saya ada paru-paru yang sihat.”

Dalam video dirakam sebelum kematiannya pada 2009, Martha berkata: “Saya sering berfikir bagaimana perasaan ibu bapa saya apabila saya jatuh sakit - mereka turut mengebumikan satu-satunya anak lelaki mereka.

“Orang lain dan saya sendiri menyangka ibu bapa saya akan hidup lebih lama daripada saya. Doktor berkata, paling lama pun, saya hanya akan hidup setahun, tetapi sehingga hari ini saya masih hidup. Terima kasih kepada paru-paru besi itu.”

Mereka yang menulis mengenai kisah hidupnya berkata, semangat dan keinginan Martha untuk menjalani kehidupan biasa adalah kunci kepada umur panjangnya.

Walaupun mengalami keadaan yang sukar, Martha yang dilahirkan pada 1937 dan tinggal di Lattimore, North Carolina berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan terbaik, selain turut menganjurkan parti makan malam.

Dalam video itu Martha berkata: “Hidup seperti ini sudah menjadi perkara biasa buat saya saya tidak pernah memikirkan mengenainya.”

“Mesin ini berfungsi daripada gegendang telinga saya seperti beg udara besar. Terdapat kaedah lain pengalihan udara, tetapi saya memilih untuk tidak melakukannya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL