SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini
Showing posts with label PaSaL BoLA!. Show all posts
Showing posts with label PaSaL BoLA!. Show all posts

Jersey Paling Mahal Di Dunia





Jersey dari pasukan bola sepak di dunia memiliki harga yang berbeza-beza. Ada yang murah, ada yang mahal. Harga jersey yang mahal disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya tahap populariti pasukan bola tersebut, bahan yang digunakan dan tentunya keuntungan yang diinginkan oleh pemilik kelab tersebut. 

Akhbar Daily Mail pernah melakukan kajian tentang harga jersey kelab untuk yang berpangkalan di Eropah. Ternyata hasilnya jersey pasukan Liga Premier dijual dengan harga yang tergolong murah. Jersey pasukan sekelas Chelsea, Arsenal, Manchester City dan Manchester United termasuk kategori antara 10 kelab dengan jersey termurah.

Harga jersey pasukan-pasukan Inggeris juga tergolong lebih murah bila dibandingkan dengan wakil dari La Liga Sepanyol. Sebagai contoh Real Madrid, peminat di Eropah perlu mengeluarkan sehingga RM 362 untuk mendapatkan sehelai jersey Los Blancos tersebut.

Menariknya, liga-liga yang tidak terlalu terkenal seperti Rusia, Switzerland dan Romania menjual jersey dengan sangat mahal. Bayangkan saja, untuk memiliki seragam Zenit St Petersburg, peminat harus membelanjakan wang sehingga RM 465 untuk sehelai jersey.

Berikut 10 Jersey Termahal Di Dunia :

Zenit St Petersburg (RM 465) 

FC Basel (RM 439)
Steaua Bucuresti (RM 424) 

Shakhtar Donetsk (RM 412) 

Juventus (RM 384) 

Paris Saint Germain (RM 383) 

FC Porto (RM 383) 

Barcelona (RM 383) 

Atletico Madrid (RM 366) 

Real Madrid (RM 365) 


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pengurus Kelab Bola Termahal



BEKAS pengendali Chelsea, Roberto di Matteo berada dalam kelompok sepuluh senarai pengurus yang menerima gaji tertinggi dunia.

Agak mengejutkan namanya masih berada dalam kelompok ini memandangkan Di Matteo masih 'berehat' lebih kurang setahun setengah.

Di Matteo yang membantu Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara 2012 diberikan kontrak selama dua tahun selepas itu, namun dipecat oleh pemilik kelab, Roman Abramovich beberapa bulan kemudian (November 2012).

Sejak itu Di Matteo tidak memegang mana-mana pasukan, namun dengan jumlah gaji yang diterimanya £130,000 seminggu (RM707,660 seminggu) dan £8.2 juta (RM44.64 juta setahun) sebelum ini tidak menjadi masalah buatnya untuk tidak tergesa-gesa mencari pasukan.

Menurut majalah bola sepak Perancis, Jose Mourinho masih lagi menguasai kedudukan teratas menerima gaji paling tinggi untuk lima tahun berturut-turut. Pengurus Chelsea ini menerima gaji £275,000 seminggu (RM1,496,964 seminggu).

Paling menarik, kedua-dua pasukan Manchester membayar gaji pengurus mereka lebih kurang £100,000 seminggu (RM544,350 seminggu) sekaligus meletakkan David Moyes dan Manuel Pellegrini di luar kelompok sepuluh tertinggi.

Bagaimana pun gaji Moyes itu dipertikaikan oleh penyokong-penyokong United kerana terlalu tinggi berdasarkan prestasi semasa pasukan.

Senarai kedudukan pengurus yang menerima gaji tertinggi dunia: 

1. Jose Mourinho - Chelsea (17)

2.Pep Guardiola - Bayern Munich (15)

3.Roberto Mancini - Galatasaray (14)

4.Carlo Ancelotti - Real Madrid (13.5)

5.Fabio Capello - Russia (12)

6.Marcello Lippi - Guangzhou Evergrande (11.5)

7.Arsene Wenger - Arsenal (9.6)

8.Roberto Di Matteo - Tiada pasukan (8.2)

9.Andre Villa-Boas - Zenit (baharu dilantik) (6.9)

10.Rafael Benitez - Napoli (6.8)

11.David Moyes - Manchester United (6.4)

12.Manuel Pellegrini - Manchester City (6.4)

13.Tata Martino - Barcelona (5.4)

14.Antonio Conte - Juventus (5.4)


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Zaman Kecil Bintang BolaSepak

Lionel Messi



CR7



Francesco Totti




Zidane




Iker Casillas





Dah boley agak kot










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL