SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini
Showing posts with label ChEritA LaWaK!. Show all posts
Showing posts with label ChEritA LaWaK!. Show all posts

Lawak Cyber, Siapa Paling UP



WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang.

GOOGLE : Aku ada semuanya.

MOZILA : Tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!

INTERNET : zzz… gua tau gua paling hebat.

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power!


Source: www.isuhangat.net.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

BiOLOGI Student Bercinta

AkuKasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Dia : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Dia : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Dia : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Dia : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.

Dia : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?

Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.

Dia : Adakah kita akan berpadu secara kimia? 

Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Dia : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Dia : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Dia : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Dia : Tapi, imanku adalah infiniti! 

Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Dia : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. 

Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Dia : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Papa Genius (18sX)


Anak bertanya kepada papanya...


Anak: pak, betul ke make love tu best?


Papa: haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!


Anak: tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?


Papa: kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?
  

Anak: tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?


Papa: kalo kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu...kamu suka tak?

Anak: betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?


Papa: kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!


Anak: kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?


Papa: kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!


Anak: waaahhh... bapak ni pandailah!


Papa : :)

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Benda paling KERAS Sepanjang Zaman (18sX)



Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayahnya kerana tak kawin2 la puterinya itu. Maka, dengan nasihat Private Assistant (PA), Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan PA, Maharaja telah mengistiharkan bahawa, siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair-cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.



Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung….. Muncul lah lelaki yang pertama,



Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?



Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling

keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan….

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri…

Muncullah lelaki ke-2…..

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan…..

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya… Kemudian muncullah lelaki yang terakhir. Eh!! Dia datang berlenggang sempoi tak bawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini…

Maharaja: Hmmmm…. Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu… Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum sepoi2 bahasa saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan…Maharaja pun tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat….

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak….tapi besh jugak.

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe…….

Tapi….. Apakah yang puteri itu pegang? Mungkin rezeki lelaki itu dapat kawen dgn tuan putri...

Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe…..










BENDA ITU IALAH…… 

COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
AWAK INGAT APA???? OTAK JANGAN YELLOWISH SGT
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

SEx (+7sx)

Suatu nun pagi seorang kanak2 ribena yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada papanya,

"Papa....SEX tu apa yer, papa..?"

Terkebil - kebil si ayah mithali ni nak menjawab. Terfikir sejenak si ayah tentang arus permodenan yang serba canggih membuatkan pelbagai peringkat umur berfikiran terbuka..open minded dlm bahsa omputih. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sekarang pon telah dilaksanakn di sekolah2. Dengan ilmu sains form 3 yang penuh di dada, mulalah si ayah meng'explain' bagai maksud sebenar SEX ni...

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah2 n detik2 percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi sehingga terlahirnya engko! kata si ayah kepada kanak2 yang menanyakan soklan itu..

Dengan tidak semena-mena kanak2 ribena tu menangis teresak-esak.

Si ayah kehairanan... "Eh kenapa ni?"

"Jawapan papa tu panjang sangat, dah tak muat nak isi kat tempat kosong ni. "PAPA JAHAT...Papa ajelah yang tulis, waaaaa!!!!"

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .




















NAME : ............ ......... ......... ....



SCHOOL : ............ ......... ......... ...



CLASS : ............ ......... ......... ....



SEX :........... ......... ......... .....
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL