SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini
Showing posts with label TiPS!. Show all posts
Showing posts with label TiPS!. Show all posts

Cara Beza Daging Halal dan Haram



Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging b.a.b.i dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging b.a.b.i dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging *b.a.b.i mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging b.a.b.i seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging b.a.b.i biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging b.a.b.i , warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.


2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging b.a.b.i , serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).


3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging b.a.b.i mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging b.a.b.i sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar). 


Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak b.a.b.i kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging b.a.b.i yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging b.a.b.i lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan


5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging b.a.b.i mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging b.a.b.i yang diternak dan b.a.b.i hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging b.a.b.i mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging b.a.b.i dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Spicy FooD dan Kelebihannya


1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.


2. Menyihatkan jantung
Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.


5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tanda Kehamilan


Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda hamil. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan sehingga telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus, beberapa hari selepas persenyawaan. 

Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya "Adakah saya hamil?" hanya apabila mereka tidak datang haid. Berikut ialah senarai beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini. 

1. Mengidam 
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 

2. Warna areola menjadi gelap 
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 

4. Kerap membuang air kecil 
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan 
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 

6. Payudara melembut dan membengkak 
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang. 

7. Deria rasa berubah 
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 

8. Mabuk hamil pagi 
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 

9. Tidak datang haid 
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 

Dan akhir sekali... 

10. Ujian kehamilan yang positif 
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini.

Sumber:  http://www.babycenter.com.my/a1051306/10-tanda-penting-kehamilan#ixzz2ZoUTwixM
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Buang Kutu di Kepala



Gambar hiasan

Masalah kutu rambut banyak dikaitkan dengan wanita terutamanya mereka yang mempunyai rambut panjang dan mereka yang tinggal di asrama. Kutu mampu membuatkan kita berada dalam keadaan yang tidak selesa dan kurang berkeyakinan ketika bersama dengan masyarakat.

Sedikit tips yang dapat dikongsikan bagi mereka yang mempunyai masalah kutu dikepala.

Cuka Putih – Kandungan zat yang terdapat pada cuka putih bermanfaat untuk menghindarkan rambut daripada proses penetasan telur kutu baru. Cuka putih baik digunakan untuk membersihkan kawasan kulit kepala. dengan hanya meratakan cuka putih ke pangkal kulit kepala, biarkan selama 30 minit hingga sejam kemudian bilas dengan air bersih pastinya dapat membuang telur kutu yang ada. Lakukan sekerap mungkin untuk memperoleh kesan lebih cepat.

Kacang Badam – Bukan saja menyihatkan, kandungan nutrisi dalam kacang badam ternyata mampu mengusir kutu rambut daripada kepala. Caranya, sediakan kira-kira 10 biji badam sebelum menumbuknya menjadi halus, rendamkan beberapa minit di dalam air biasa, tambahkan empat sudu perahan lemon dan campurkan kedua-duanya . campuran tadi disapukan ke pangkal rambut dan biarkan beberapa ketika sebelum mencucinya hingga bersih.

Minyak Zaitun – Manfaat minyak zaitun untuk kecantikan memang tidak perlu diragukan lagi. kelebihan minyak yang kaya omega 3 ini boleh digunakan untuk membasmi kutu rambut. Caranya dengan meletakkan minyak zaitun secara rata ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas hingga bersih. Minyak zaitun ini dapat menyebabkan kutu menjadi lemas sehingga mudah tertanggal ketika rambut diramas dalam proses mencuci kelak.

Minyak Kelapa – Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga boleh digunakan untuk mengatasi kutu rambut. Caranya sebelum tidur letakkan minyak kelapa secara rata ke rambut dan kulit kepala. Kemudian ditutup dengan shower cap atau plastik. Bilas rambut keesokan paginya. Cara ini mampu membunuh kutu rambut dan juga telurnya jika dilakukan secara rutin selama seminggu. Selain menyingkirkan kutu rambut, minyak kelapa juga sangat baik untuk kesihatan rambut seperti melebat dan menghitamkan rambut anda.

Sikat kutu – Gunakan sikat kutu khas yang bilahnya lebih rapat daripada biasa. Anda boleh menjerat atau mengambil kutu daripada rambut secara mudah. namun sikat ini pastinya tidak mampu menghilangkan kutu secara keseluruhan tapi boleh dijadikan alternatif untuk mengurangkan kutu rambut. .

Sumber : Hmetro 22/2/14
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tips Agar Murah Rezeki



  • Banyakkan memberi sedekah dan wakaf. Banyak memberi sedekah bukan membuatkan kita bertambah miskin tetapi membuatkan kita bertambah kaya. ALLAH s.w.t akan mengandakan sebanyak 10 kali ganda dari nilai yang kita sedekahkan sama ada dalam bentuk wang, kesihatan ataupun lain-lain perkara contohnya dijauhkan dari bala seperti kemalangan dan sebagainya.

  • Memberi duit kepada ibubapa. Banyakkan memberi duit kepada ibubapa kita, sekiranya diberi kelapangan balik lah ke kampung sekerap mungkin dan beri duit kepada ibubapa kita

  • Banyakkan solat dhuha. Mereka yang istiqamah melakukan solat duha akan dimurahkan rezeki.

  • Membaca surah Al-waqiah pada setiap malam. Sesiapa yang membaca surah Al-waqiah sekurang-kurangnya sekali pada setiap malam tidak akan fakir dan miskin. Ini adalah hadis yang sahih maka kita hendaklah yakin dengan janji ALLAH s.w.t kerana setiap rezeki itu datangnya dari ALLAH s.w.t.

  • Memberi makan dan minum kepada haiwan yang lapar dan dahaga. Contohnya jika ada kucing minta makanan di kedai makan maka hendaklah kita memberi sedikit makanan kepada kucing tersebut. Kucing tersebut akan mendoakan kita supaya murah rezeki.

  • Banyakkan berdoa. Banyakkan berdoa kepada ALLAH s.w.t agar kita dimurahkan rezeki. Lebih afdal di waktu-waktu yang mustajab seperti semasa sujud yang terakhir dalam solat, selepas solat, di antara dua kutbah, semasa gerhana matahari dan bulan dan pada bulan puasa.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Panduan Didik Anak Mengikut Islam




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak


Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”






Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Wanita Yang Patut Lelaki Jauhi

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

5 Kategori Wanita Tak Boleh Diajak Dating



5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating

1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, 
semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.

2. Setiausaha anda. 
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya 
mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, 
anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita. 
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah 
dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan anda. 
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia 
tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? 
Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu demand. 
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan 
lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

13 Tips KAHWIN dari UAI

Gambar Hiasan

Suami isteri ibarat sebuah ikatan yang sangat tulus dan suci...Tetapi di sebalik ikatan itu, tersimpul berbagai jenis simpulan yang sukar untuk di ramal belitnya.. Begitulah juga ibaratnya sebuah perkahwinan yang kejap ada pasang dan dan sekejap ada surutnya.. Jadi Mari kita selongkar diantara Tips perkahwinan yang dinukilkan oleh seorang ustaz siber yang agak famous sekarang ni.. Ustaz Azhar Idrus..!!



1. Ketika Mencari Calon

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 



2. Ketika Melamar

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 


3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 

5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 

7. Ketika RumahTangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% 

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 

13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Elak 8 Habitat Sebelum Tidur













Semua orang perlukan tidur yang cukup dan berkualiti supaya badan mendapat rehat yang cukup apabila bangun tidur. Oleh itu, beberapa habit atau tabiat yang boleh menghalang tidur yang berkualiti perlu dihindari sebelum masuk tidur, di antaranya:

1. Hindari perangsang (stimulan) termasuk makanan.

Ini termasuklah makanan atau minuman mengandungi kafein, melakukan senaman, mengambil makanan manis, makanan berempah, dan makanan lain, seperti ais krim, seleri dan bijirin.
Senaman sebelum tidur menyebabkan seseorang itu sukar tidur kerana kesan tenaga yang dihasilkan daripada senaman tersebut. Walaupun senaman baik bagi membolehkan seseorang itu tidur lena tapi ia perlu dilakukan beberapa jam sebelum tidur. Jangan buat senaman kurang daripada 3 jam sebelum tidur kerana ia akan meningkatkan suhu badan dan menyebabkan sukar lena.

2. Hindari mandi air panas sekurang-kurangnya 1 jam     sebelum tidur.

Seperti juga senaman, mandi air panas akan menaikkan suhu badan dan menyebabkan sukar untuk tidur.

3. Hindari kafein atau makanan berkafein selepas jam 4 petang.

Selepas pukul 4 petang, kafein akan mengganggu jam dalaman semulajadi dan merosakkan ritma badan semulajadi yang mana akan menyebabkan gangguan untuk tidur.

4. Hindari rasa terlalu lapar sebelum tidur.

Ada orang yang rasa terlalu lapar sehingga tidak boleh tidur. Ini adalah tanda seseorang itu tidak dapat cukup protein atau fiber melalui makanan yang diambilnya sehingga menyebabkan perut terlalu lapar. Makan sebelum tidur pula akan menimbulkan masalah kerana tenaga dan graviti diperlukan untuk proses penghadaman.
Jika baring selepas makan, lebih banyak graviti diperlukan oleh salur penghadaman. Ini juga akan menghasilkan simptom pedih ulu hati atau rasa mual.


5. Jangan menonton TV atau melayari internet    
    sekurang - kurangnya satu jam sebelum baring    
    untuk tidur.



Ini kerana cahaya skrin yang terang daripada TV atau skrin komputer akan membantutkan pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang menggalakkan rasa mengantuk untuk tidur.



6. Jangan buat kerja tugasan atau bertengkar 

    sebelum tidur.


Membuat kerja atau bertengkar sebelum tidur akan menyebabkan seseorang itu sukar melelapkan mata sehingga larut malam. Ini akan menyebabkan tekanan mental dan hilang masa tidur yang berharga.


7. Hindari leka membaca buku cerita/novel yang    
    diminati sehingga sukar untuk berhenti


Ini sudah tentu akan menyebabkan sukar untuk tidur. Untuk memudahkan tidur, bacalah bahan-bahan yang ringan atau yang kurang menarik, seperti manual elektronik atau sebagainya, yang tidak menyebabkan leka dan ingin terus membaca.



8. Elakkan peluk kucing atau haiwan kesayangan 

    semasa tidur


Sesetengah orang suka memeluk haiwan kesayangan seperti kucing semasa tidur, atau kucing yang memang suka tidur bersama tuannya. Perlakuan seperti ini selalunya menyebabkan seseorang itu mudah terkejut dari tidur yang nyenyak lebih-lebih lagi jika kucing itu tiba-tiba bangkit secara mengejut apabila ternampak sesuatu pada waktu malam. Ini akan menganggu anda yang sedang lena dan kitar REM (mimpi) anda.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tips Rahsia Lelaki

Siapakah jodoh kita? bila waktunya tiba? di mana akan dipertemukan? adakah ia benar-benar orang yg soleh atau solehah? Semua itu rahsia Allah SWT..


Allah SWT menetapkan tiga bentuk takdir dalam problem jodoh ni. Pertama, cepat jumpa jodoh. Kedua, lambat jumpa jodoh, insyaallah jumpa jugak di dunia. Ketiga, postpone jodoh sampai di akhirat nanti. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah terbaik untuk kita.


Setiap makhluk di muka bumi ni teringin untuk dicintai atau mencintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! 


Maklumlah, KAUM ADAM ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam KAUM HAWA)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!


Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.


Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.



Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!


Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.



Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.


Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!



Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.


Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!



Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.


Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.



Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.


Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.



Lelaki Keparat

Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.


Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL