SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Bantah Perundangan Syariah Sanggup Bogel

Bantah Perundangan Syariah Sanggup Bogel



Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir.

Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm.

Sambil memegang bendera Mesir, dia menulis perkataan `syariah bukan perlembagaan’ pada badannya.

Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam.

“Tentulah jika kita mahu melakukan perubahan, kita perlu melakukan sesuatu biarpun ia tidak disukai,” katanya.

Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu.

Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden.

Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini.

Sementara keluarganya di Kaherah pula, kata Alia, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu.

Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu.

Dia baru menganggotai FEMEN, sejak dua minggu lalu.

Alia menjadi popular selepas bergambar bogel dalam blognya, setahun yang lalu.

Baru-baru ini, Alia telah dihalang daripada memasuki Perancis untuk mengambil bahagian dalam protes bogel yang dirancang diadakan kedutaan Mesir di Paris.

Dalam pada itu, kumpulan pembangkang di Mesir yang turut memprotes rangka perlembagaan baru Mesir bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan Alia itu.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

+ comments + 1 comments

5 March 2022 at 06:22

Hotels near Casino at Virgin Hotels - Mapyro
A short walk from 전주 출장샵 the Casino at 제천 출장샵 Virgin 보령 출장샵 Hotels Casino in Las Vegas, this luxury hotel 보령 출장안마 and 통영 출장마사지 casino is set 1.3 mi (1.9 km) from LINQ Promenade and 3.2 mi (5.4 km).

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL