Sos tomato memang menjadi bahan pelengkap terbaik untuk membuat makanan kelihatan lebih sedap . Namun wanita ini tidak hanya menjadikan sos tomato sebagai pelengkap saja, tetapi juga sebagai sesuatu yang kritikal dalam makanannya .
Wanita ini bernama Melissa Ibbitson mengaku tidak boleh makan jika tidak menggunakan sos tomato. Tercatat setiap harinya ia memakan sos tomato saiz besar 3 kali dalam sehari. Bahkan jika dikira ia telah menghabiskan 75 kilogram sos per tahunnya.
Wanita berusia 19 tahun ini mendedahkan bahawa ia mula ketagih sos tomato sejak ia kecil. " Aku mula makan sos tomato saat masih kecil di McDonalds. Sejak saat itu aku seperti merasa taksub dan tidak boleh hidup tanpa sos tomato, " kata Melissa .
Ia juga mendedahkan bahawa untuk mendapatkan sos tomato yang banyak , ia tidak malu-malu untuk mengambilnya secara percuma di restoran. Menurutnya sos tomato yang paling enak adalah jenama Heinz.
Melissa merupakan seorang mahasiswa di Universitas Lincoln. " Pilihan adalah sos Heinz, namun sebagai pelajar aku harus sedikit menjimatkan kerana harganya yang mahal , " katanya. "Saya kemudiannya mengambil sachet sos tomato di semua tempat. Kafe dan restoran menjadi tempat yang paling tepat untuk menjimatkan kos."


Meskipun begitu , Melissa juga mengaku takut akan kesihatan tubuhnya jika mengambil sos tomato secara berlebihan . Namun sifat ketagihan yang melampau membuatkannya tidak boleh berhenti sekalipun untuk memakan sos tomato setiap hari.
Post a Comment