SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Ketagih Kosmetik

Ketagih Kosmetik



Ohio: Seorang wanita membeli mekap bukan untuk dipakai, sebaliknya untuk dimakan. Britonni, 22 berkata, dia kemaruk memakan mekap sehingga boleh memakan 15 hingga 20 bahan kosmetik itu setiap hari.

Menurutnya, setiap mekap itu mempunyai rasa berbeza bergantung kepada jenis dan jenamanya.

Dia mendakwa pembayang mata metalik berwarna coklat muda, putih dan kelabu yang paling lazat.

“Saya rasa hidup tidak lengkap jika tidak makan mekap. Setiap kali memakannya saya dapat membayangkan warna-warna cantik itu menyelaputi bahagian dalam badan saya,” katanya.

BRITTONI menghabiskan lebih RM660 seminggu membeli mekap.

Tabiat pelik Brittoni itu bermula sejak dia berusia lima tahun apabila dia mula ‘geram’ melihat mekap berwarna-warni ibunya.

Bagaimanapun, dia mengakui terpaksa menyembunyikan sikap peliknya itu daripada keluarga.

“Saya menyorok mekap merata-rata di rumah. Di bawah sofa, di dalam pasu bunga atau peti sejuk.

“Malah, rambut saya yang panjang juga menjadi tempat menyembunyikan mekap yang saya ingin bawa untuk dimakan ketika di luar rumah.

“Keluarga tidak mengetahui perkara ini kerana saya malas menjelaskan kepada mereka.

“Malah ibu juga tidak tahu - kalau tidak habislah saya dileteri,” katanya.

Menurutnya, dia membelanjakan lebih AS$200 (RM660) seminggu membeli kosmetik malah mempunyai cara tersendiri untuk memastikan mekap dibeli bersesuaian.

“Sudah tentu saya perlu merasa mekap untuk memastikan tidak tersalah beli. Jadi saya tuangkan sedikit pada tangan sebelum menjilatnya sambil memastikan tiada sesiapa di situ.

“Kalau tidak sedap, saya letak semula. Mungkin perbuatan itu salah namun saya tidak mahu terbeli mekap tidak sedap,” katanya.

Bagaimanapun, bahan kimia dalam mekap berkenaan sudah pasti menghancurkan badannya dari dalam secara perlahan.



Antara bahan yang digunakan termasuk magnesium silikat yang serupa dengan asbestos selain minyak galian dan mika iaitu sejenis galian yang digunakan untuk menghasilkan warna dalam cat.

Brittoni menghidap masalah jantung sejak berusia 12 tahun yang mungkin disebabkan tabiat peliknya itu namun mengakui enggan memikirkan kesan negatif akibat tabiatnya itu.

Tabiat Brittoni itu bukan saja memberi kesan terhadap kesihatannya, malah menjejaskan hubungannya dengan teman lelaki, Josh.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL