SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Kumpul 9 Juta Bahan Buangan Biayai Anak



Pepatah Perkasa ada berkata, Sikit sikit lama lama menjadi bukit. Ini mungkin pepatah yang ada dalam bahasa tionghua kerana sepasang suami isteri di Hengyang, Provinsi Hunan mengitar semula 9 000 000 botol plastik selama 10 tahun bagi membiayai yuran pelajaran anak mereka di Jerman. Ini memang parents yang deserve respect. Bekerja keras untuk anak. Kalau anak dia lupakan pengorbanan ibu bapanya, harap kami ialah Ah Tanggang akan mati disumpah menjadi botol plastik gergasi. 




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 Keajaiban Solat Tahajud




Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.

Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”


Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :

1. Tiket ke Syurga

Abdullah Ibn Muslin berkata 
“kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).


2. Menjauhi Penyakit

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda,
 “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia

Rasulullah Saw bersabda, 
“Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)


4. Mendapat Rahmat Allah

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, 
“Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)


5. Doa Dikabulkan

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)


6. Penghapus dosa

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, 
“Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)


7. Menewaskan Syaitan


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda,
 “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”


8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.

Allah Berfirman,
 “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)


Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kes Warganegara Derhaka



Lebih kurang 500 sehingga 1000 warganegara Malaysia berbangsa Cina berada di United Kingdom telah menolak untuk menjadi warganegara Malaysia dan memohon untuk menjadi warganegara UK.

Mereka beranggapan dengan memohon British Overseas Certificate (BOC) mereka layak untuk mendapat warganegara British yang sah rupanya tidak.

Permohonan mereka ditolak oleh UK dan terpaksa dalam 'buangan' kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

Kes ini berlanjutan sejak tahun 2003 lagi, masalah bekas rakyat malaysia ini rasanya cuba diselesaikan dah lama namun Kerajaan tetap konsisten mengira bahawa mereka bukan lagi rakyat Malaysia selaras dengan Perlembagan Persekutuan dengan menzahirkan ketidak setia pada persekutuan dengan perbuatan mengoyak dokumen


Rujukan

Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraanmana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati--

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

Dan memang kerajaan hingga ke kerajaan Pak Lah jelas tidak mahu menerima kembali bekas rakyat ini. Tetapi baru-baru ini Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi akan memberi kebenaran untuk mereka pulang ke negara ini.

Malah, pihak imigresen akan memberi mereka 'laluan khas' bagi memudahkan mereka. Namun mereka belum layak diberi status warganegara Malaysia yang sah dan perlu memohon di mahkamah untuk memohon status tersebut.


INI PULA Jawapan dari pihak Zahid Hamidi

1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

4. Pemegang Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963. 

6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia. 

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

Credit
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Akibat Hina Polis Trafik



Zaman sekarang, pepatah ‘kerana mulut santan binasa’ mungkin boleh juga ditukar kepada ‘kerana status Facebook badan merana’.

Inilah yang menimpa seorang ibu tunggal beranak satu di Beaufort, Sabah apabila dia ditahan polis kerana satu status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.

Status itu berbunyi:


“TRAFIK PAPAR CARI DUIT CARA KEJI… Bodo ke bangang trafik Papar, boleh-boleh saman laju di kawasan lorong memotong Jalan Bongawan tu. Laju 90km/h. Sudah la tiada signboard had laju, gulung balik la tu. Jalan 3 hala. Gila ka mau suruh orang memotong tapi laju 90 ja di sana. Nampak sangat cara perangkap orang tu. Buat jalan tiga hala, siap ada signboard LORONG MEMOTONG tapi tak boleh laju lebih 90. Siapa-siapa mau lalu jalan tu boleh siap-siap bawa batu ka apa-apa ja yang boleh baling kepala otak trafik yang jaga sana sebab bangang sangat…”

Difahamkan, status yang ditulis oleh wanita berkenaan diiringi status lain yang menyebut anggota-anggota trafik sebagai ‘Anjing Anjing Putih C Najib’ membuatkan seorang anggota trafik yang terbaca kenyataan tersebut pada 9 malam, 8 April lalu kemudiannya membuat laporan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Susulan itu wanita yang bekerja di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Beaufort itu ditahan di lokap dan direman, manakala barangan miliknya yang boleh membantu siasatan dirampas.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL