SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Akibat Hina Polis Trafik

Akibat Hina Polis Trafik



Zaman sekarang, pepatah ‘kerana mulut santan binasa’ mungkin boleh juga ditukar kepada ‘kerana status Facebook badan merana’.

Inilah yang menimpa seorang ibu tunggal beranak satu di Beaufort, Sabah apabila dia ditahan polis kerana satu status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.

Status itu berbunyi:


“TRAFIK PAPAR CARI DUIT CARA KEJI… Bodo ke bangang trafik Papar, boleh-boleh saman laju di kawasan lorong memotong Jalan Bongawan tu. Laju 90km/h. Sudah la tiada signboard had laju, gulung balik la tu. Jalan 3 hala. Gila ka mau suruh orang memotong tapi laju 90 ja di sana. Nampak sangat cara perangkap orang tu. Buat jalan tiga hala, siap ada signboard LORONG MEMOTONG tapi tak boleh laju lebih 90. Siapa-siapa mau lalu jalan tu boleh siap-siap bawa batu ka apa-apa ja yang boleh baling kepala otak trafik yang jaga sana sebab bangang sangat…”

Difahamkan, status yang ditulis oleh wanita berkenaan diiringi status lain yang menyebut anggota-anggota trafik sebagai ‘Anjing Anjing Putih C Najib’ membuatkan seorang anggota trafik yang terbaca kenyataan tersebut pada 9 malam, 8 April lalu kemudiannya membuat laporan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Susulan itu wanita yang bekerja di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Beaufort itu ditahan di lokap dan direman, manakala barangan miliknya yang boleh membantu siasatan dirampas.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL