SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Kes Warganegara Derhaka

Kes Warganegara Derhaka



Lebih kurang 500 sehingga 1000 warganegara Malaysia berbangsa Cina berada di United Kingdom telah menolak untuk menjadi warganegara Malaysia dan memohon untuk menjadi warganegara UK.

Mereka beranggapan dengan memohon British Overseas Certificate (BOC) mereka layak untuk mendapat warganegara British yang sah rupanya tidak.

Permohonan mereka ditolak oleh UK dan terpaksa dalam 'buangan' kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

Kes ini berlanjutan sejak tahun 2003 lagi, masalah bekas rakyat malaysia ini rasanya cuba diselesaikan dah lama namun Kerajaan tetap konsisten mengira bahawa mereka bukan lagi rakyat Malaysia selaras dengan Perlembagan Persekutuan dengan menzahirkan ketidak setia pada persekutuan dengan perbuatan mengoyak dokumen


Rujukan

Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraanmana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati--

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

Dan memang kerajaan hingga ke kerajaan Pak Lah jelas tidak mahu menerima kembali bekas rakyat ini. Tetapi baru-baru ini Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi akan memberi kebenaran untuk mereka pulang ke negara ini.

Malah, pihak imigresen akan memberi mereka 'laluan khas' bagi memudahkan mereka. Namun mereka belum layak diberi status warganegara Malaysia yang sah dan perlu memohon di mahkamah untuk memohon status tersebut.


INI PULA Jawapan dari pihak Zahid Hamidi

1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

4. Pemegang Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963. 

6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia. 

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

Credit
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL