
Zaman sekarang, pepatah ‘kerana mulut santan binasa’ mungkin boleh juga ditukar kepada ‘kerana status Facebook badan merana’.
Inilah yang menimpa seorang ibu tunggal beranak satu di Beaufort, Sabah apabila dia ditahan polis kerana satu status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.
Status itu berbunyi:
“TRAFIK PAPAR CARI DUIT CARA KEJI… Bodo ke bangang trafik Papar, boleh-boleh saman laju di kawasan lorong memotong Jalan Bongawan tu. Laju 90km/h. Sudah la tiada signboard had laju, gulung balik la tu. Jalan 3 hala. Gila ka mau suruh orang memotong tapi laju 90 ja di sana. N