SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Bergaduh Depan Anak

Bergaduh Depan Anak



Memalukan… dua pasangan Singapura dirakam bergaduh besar di hadapan restoran Pizza Hut, Ahad lalu. 

Dalam video yang dimuatnaik di YouTube ini, seorang lelaki dipercayai warga Afrika bertekak dengan lelaki tempatan hingga akhirnya berlaku tolak menolak.

Isteri warga Afrika yang dipercayai wanita tempatan kemudiannya masuk campur lalu mengambil alih pergaduhan tersebut daripada suaminya.

Pengunjung pusat beli belah Compass yang menyaksikan insiden ini menjerit dan menasihati mereka agar menghentikan pergaduhan namun ia tidak dihiraukan.

Anak-anak pasangan ini juga kelihatan terkejut dan takut melihat kelakuan ibu bapa mereka hingga menangis.




Namun tiada pihak yang mahu mengalah dan kedua-duanya dilihat turut berkeras mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan mendakwa mahu menelefon polis untuk melaporkan kejadian tersebut!

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL