SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Antara Sebab Zionis Bunuh Kanak2 Palestine



PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui.

Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka?

Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.
“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?”
demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan 
jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran.

Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan solat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Festival Kejam Bunuh Ikan Lumba2



Acara ini berlaku setiap tahun di Feroe iland di Denmark. Di dalam upacara pembunuhan ini, peserta utama adalah remaja dengan alasan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah dewasa dan matang.

Dalam pembunuhan besar ini, Semua orang yang menyertai akan membunuh atau melihat kekejaman yang pembunuhan ikan lumba-lumba.

Tetapi, atas dasar kemanusiaan ikan lumba-lumba ini dibunuh kerana untuk membuktikan mereka sudah meningkat dewasa dan matang. Mereka lupa perbuatan mereka seperti binatang buas yang dahagakan darah.. 

Ikan lumba-lumba ini tidak mati serta-merta, mereka dipotong 1, 2 atau 3 kali dengan cangkuk besar. 

Dan pada masa itu ikan lumba-lumba menghasilkan suara amat serasi dengan jeritan kanak-kanak yang baru dilahirkan.




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kisah Persahabatan Toco dan Tuannya



Persahabatan Toco dan tuannya sudah memasuki 2 tahun . Mereka telah membesar bersama sejak lahir lagi . Kedua -duanya berkongsi persahabatan yang sangat istimewa dan tidak dapat dipisahkan. Ibu bapa telah didokumenkan ikatan istimewa mereka pada instagram.


























Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Indahnya..Bunga Bentuk Hati



Bleeding Heart, Bunga berbentuk hati yang unik. Pertama kali ditemui pada tahun 1846 oleh Robert Fotrune ketika beliau berada di China. Beliau merupakan seorang botanis dari Scotland.










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bilik Tersembuyi Dlm Rumah



Kejadian berlaku di sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai dua orang anak. Rumah yang mereka diami telah dibina sejak awal tahun 2000 lagi. Jika sekali tengok, tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai rumah ini.


Tetapi, lain ceritanya apabila si pemilik baru menjumpai satu ruang rahsia di bahagian belakang rak buku.


Bilik ruang rahsia itu turut mempunyai anak tangga.


Tangga yang tinggi dan berputar itu didapati menuju ke arah bawah, secara terus di dalam dinding.



Di dalamnya, kedua kanak-kanak ini telah menemui perkara yang menakutkan: bukti bahawa terdapat orang lain yang turut tinggal bersama mereka. Di dalam dinding mereka sendiri.


Mereka juga turut menemui sebatang anak kunci yang aneh dan tidak diketahui apa yang ia boleh bukakan.



Dan sudah tentu, mereka juga menemui anak patung yang menyeramkan di dalam bilik rahsia itu.

Pada masa ini, pihak polis masih lagi giat menjalankan operasi mencari individu yang tinggal di dalam rumah mereka. Kerana terdapat sisa-sisa makanan, ia seoalah-olah menunjukkan individu terbabit boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa yang dia suka. Selain itu, terdapat juga timbunan kecil pakaian di sekitar katil itu. Gula-gula dan snek yang dimakan turut dikenalpasti sebagai kepunyaan kanak-kanak berkenaan, tetapi sesiapa sahaja yang tinggal di ruang berkenaan, dia mampu merangkak keluar pada waktu malam untuk mencuri sesuatu.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bernafas Dengan Paru-Paru Besi



Agak pelik didengar tetapi begitulah kejadian yang berlaku pada Martha Mason yang mengambil keputusan untuk bernafas menggunakan paru-paru besi semenjak 61 tahun lalu.

Seorang wanita Amerika Syarikat menghabiskan 61 tahun hidup dalam tiub besi untuk terus bernafas selepas penyakit polio menyebabkan dia lumpuh.Martha Mason terbaring dalam tiub yang digelar sebagai paru-paru besi yang berfungsi sebagai sejenis pengalih udara, menambah dan mengurangkan tekanan udara bagi mengembang dan mengecutkan paru-paru Martha kerana ototnya amat lemah.

Martha terbaring dalam silinder besi berukuran 2 meter panjang dan seberat 362 kilogram itu, membaluti tubuhnya kecuali kepala.

Martha lumpuh ketika berusia 11 tahun selepas menghidap polio sejurus selepas wabak itu membunuh adik lelakinya, Gaston.

Selepas adik lelakinya dikebumi, Martha menyedari yang dia juga menghidap simptom sama, tetapi merahsiakan kebimbangannya untuk tidak membuat ibu bapanya sedih.

Dalam bukunya, ‘Bernafas: Hidup Dalam Rentak Paru-Paru Besi,’ Martha menulis: “Saya tahu saya menghidap polio. Saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya.

“Sehari sebelum itu saya dengar ibu bercakap dengan rakannya mengenai paru-paru besi yang dipakai Gaston.

“Saya tahu saya tidak akan berdepan kesukaran itu kerana saya ada paru-paru yang sihat.”

Dalam video dirakam sebelum kematiannya pada 2009, Martha berkata: “Saya sering berfikir bagaimana perasaan ibu bapa saya apabila saya jatuh sakit - mereka turut mengebumikan satu-satunya anak lelaki mereka.

“Orang lain dan saya sendiri menyangka ibu bapa saya akan hidup lebih lama daripada saya. Doktor berkata, paling lama pun, saya hanya akan hidup setahun, tetapi sehingga hari ini saya masih hidup. Terima kasih kepada paru-paru besi itu.”

Mereka yang menulis mengenai kisah hidupnya berkata, semangat dan keinginan Martha untuk menjalani kehidupan biasa adalah kunci kepada umur panjangnya.

Walaupun mengalami keadaan yang sukar, Martha yang dilahirkan pada 1937 dan tinggal di Lattimore, North Carolina berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan terbaik, selain turut menganjurkan parti makan malam.

Dalam video itu Martha berkata: “Hidup seperti ini sudah menjadi perkara biasa buat saya saya tidak pernah memikirkan mengenainya.”

“Mesin ini berfungsi daripada gegendang telinga saya seperti beg udara besar. Terdapat kaedah lain pengalihan udara, tetapi saya memilih untuk tidak melakukannya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Masih Hidup Lepas 9 Hari Disembelih



Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Padah Berskirt Pendek



Hal sebegini selalunya terjadi apabila ada musang hidung belang atau berkeinginan melihat seluar dalam awek yang berskirt paras paha.

Kepada perempuan-perempuan yang rasa diri mereka hot apabila tidak bertudung dan berskirt pendek, adalah lebih elok kalau kalian berfikiran waras dengan memanjangkan sedikit skirt pakaian anda.


kepada jejaka-jejaka yang berhidung belang, waraskan pemikiran anda walau dimana anda berada.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL