Persahabatan Toco dan tuannya sudah memasuki 2 tahun . Mereka telah membesar bersama sejak lahir lagi . Kedua -duanya berkongsi persahabatan yang sangat istimewa dan tidak dapat dipisahkan. Ibu bapa telah didokumenkan ikatan istimewa mereka pada instagram.
Kisah Persahabatan Toco dan Tuannya
Posted by Unknown
Posted on 9:06 pm
with No comments
Labels:
ChuuP!
Indahnya..Bunga Bentuk Hati
Posted by Unknown
Posted on 8:47 pm
with No comments
Bleeding Heart, Bunga berbentuk hati yang unik. Pertama kali ditemui pada tahun 1846 oleh Robert Fotrune ketika beliau berada di China. Beliau merupakan seorang botanis dari Scotland.
Labels:
ChuuP!
Bilik Tersembuyi Dlm Rumah
Posted by Unknown
Posted on 8:43 pm
with No comments
Kejadian berlaku di sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai dua orang anak. Rumah yang mereka diami telah dibina sejak awal tahun 2000 lagi. Jika sekali tengok, tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai rumah ini.
Tetapi, lain ceritanya apabila si pemilik baru menjumpai satu ruang rahsia di bahagian belakang rak buku.
Bilik ruang rahsia itu turut mempunyai anak tangga.
Tangga yang tinggi dan berputar itu didapati menuju ke arah bawah, secara terus di dalam dinding.
Di dalamnya, kedua kanak-kanak ini telah menemui perkara yang menakutkan: bukti bahawa terdapat orang lain yang turut tinggal bersama mereka. Di dalam dinding mereka sendiri.
Mereka juga turut menemui sebatang anak kunci yang aneh dan tidak diketahui apa yang ia boleh bukakan.
Dan sudah tentu, mereka juga menemui anak patung yang menyeramkan di dalam bilik rahsia itu.
Pada masa ini, pihak polis masih lagi giat menjalankan operasi mencari individu yang tinggal di dalam rumah mereka. Kerana terdapat sisa-sisa makanan, ia seoalah-olah menunjukkan individu terbabit boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa yang dia suka. Selain itu, terdapat juga timbunan kecil pakaian di sekitar katil itu. Gula-gula dan snek yang dimakan turut dikenalpasti sebagai kepunyaan kanak-kanak berkenaan, tetapi sesiapa sahaja yang tinggal di ruang berkenaan, dia mampu merangkak keluar pada waktu malam untuk mencuri sesuatu.
Labels:
ChuuP!
Bernafas Dengan Paru-Paru Besi
Posted by Unknown
Posted on 3:04 pm
with No comments
Agak pelik didengar tetapi begitulah kejadian yang berlaku pada Martha Mason yang mengambil keputusan untuk bernafas menggunakan paru-paru besi semenjak 61 tahun lalu.
Seorang wanita Amerika Syarikat menghabiskan 61 tahun hidup dalam tiub besi untuk terus bernafas selepas penyakit polio menyebabkan dia lumpuh.Martha Mason terbaring dalam tiub yang digelar sebagai paru-paru besi yang berfungsi sebagai sejenis pengalih udara, menambah dan mengurangkan tekanan udara bagi mengembang dan mengecutkan paru-paru Martha kerana ototnya amat lemah.
Martha terbaring dalam silinder besi berukuran 2 meter panjang dan seberat 362 kilogram itu, membaluti tubuhnya kecuali kepala.
Martha lumpuh ketika berusia 11 tahun selepas menghidap polio sejurus selepas wabak itu membunuh adik lelakinya, Gaston.
Selepas adik lelakinya dikebumi, Martha menyedari yang dia juga menghidap simptom sama, tetapi merahsiakan kebimbangannya untuk tidak membuat ibu bapanya sedih.
Dalam bukunya, ‘Bernafas: Hidup Dalam Rentak Paru-Paru Besi,’ Martha menulis: “Saya tahu saya menghidap polio. Saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya.
“Sehari sebelum itu saya dengar ibu bercakap dengan rakannya mengenai paru-paru besi yang dipakai Gaston.
“Saya tahu saya tidak akan berdepan kesukaran itu kerana saya ada paru-paru yang sihat.”
Dalam video dirakam sebelum kematiannya pada 2009, Martha berkata: “Saya sering berfikir bagaimana perasaan ibu bapa saya apabila saya jatuh sakit - mereka turut mengebumikan satu-satunya anak lelaki mereka.
“Orang lain dan saya sendiri menyangka ibu bapa saya akan hidup lebih lama daripada saya. Doktor berkata, paling lama pun, saya hanya akan hidup setahun, tetapi sehingga hari ini saya masih hidup. Terima kasih kepada paru-paru besi itu.”
Mereka yang menulis mengenai kisah hidupnya berkata, semangat dan keinginan Martha untuk menjalani kehidupan biasa adalah kunci kepada umur panjangnya.
Walaupun mengalami keadaan yang sukar, Martha yang dilahirkan pada 1937 dan tinggal di Lattimore, North Carolina berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan terbaik, selain turut menganjurkan parti makan malam.
Dalam video itu Martha berkata: “Hidup seperti ini sudah menjadi perkara biasa buat saya saya tidak pernah memikirkan mengenainya.”
“Mesin ini berfungsi daripada gegendang telinga saya seperti beg udara besar. Terdapat kaedah lain pengalihan udara, tetapi saya memilih untuk tidak melakukannya.
Labels:
OUcH!

