SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Antara Punca Kematian Pelik



1 - Li Po - Mati Ketika Merenung Bayangan Bulan Di Dalam Sungai

Chinese poet Li Po (701-706) dikenali sebagai salah seorang daripada 2 greatest poets dalam sejarah sastera China. Mamat ni terkenal dengan kaki-botol dan selalu meludah di atas karya2 beliau ketika mabok(WTH..). Satu malam, ketika sedang asyik menikmati cahaya bulan di dalam Sungai Yangtze, dia terjatuh lalu mati lemas.


2 - Hans Steininger - Mati Disebabkan Janggut


Austrian Hans Steininger ni sangat femes kerana die memiliki janggut yang terpanjang di dunia iaitu mencecah 1.4 meter!! Pada suatu hari yang tenang, berlaku kebakaran di tempat kediaman mamat ni.. Hans menjadi panik hingga terlupa untuk menggulung janggut ketika ingan melarikan diri. Dalam kekalutan tersebut, beliau terpijak janggutnya yang panjang tu, lalu terjatuh dan mematahkan leher beliau dan mati di tempat kejadian!! 


3 - King Adolf Frederick - Mati Disebabkan Makanan


King Adolf Frederick of Sweden ni memang terkenal kerana suka makan dan mati disebabkan oleh makanan! Irony kan?? King yang diberi gelaran “King Who Ate Himself to Death” ni mati pada tahun 1771 ketika berumur 61 tahun disebabkan oleh masalah penghadaman setelah membaham bermacam2 makanan dalam satu masa! antara makanan yang beliau makan ialah lobster, caviar, sauerkraut, cabbage soup, smoked herring, champagne dan 14 pinggan dessert kesukaan beliau iaitu semla, a bun filled with marzipan and milk. tula..sape suruh makan sampai tak hengat dunia...kan mati sia2 jer.. haha


4 - Allan Pinkerton - Mati Kerana Tergigit Lidah


Kematian ni memang stress.. Allan Pinkerton ni merupakan founder Pinkerton Detective Agency dan femes kerana developing investigative techniques seperti surveilling suspects dan undercover work. Mamat ni mati kerana infection setelah tergigit lidahnya ketika tersadung di tepi jalan..sungguh tragis..memang stress.. 


5 - Bobby Leech - Mati Disebabkan Kulit Limau

Bobby Leech ni merupakan seorang daredevil yang femes. Beliau penah perform macam2 stunt berani mati dan merupakan orang kedua di dunia yang terjun ke dalam Niagara Falls menggunakan sebuah tong. Pada suatu hari, ketika beliau sedang jalan2 makan angin kat New Zealand, Leech terpijak kulit limau kat atas jalan lalu terjatuh. Kaki beliau patah teruk dan terpaksa dipotong. Tak lame selapas tu, belaiu pun menemuai ajalnya kerana infection yangh teruk kat kaki. Memang sangat irony.. Daredevil mati kerana terpijak kulit limau..


6 - Ray Chapman - Mati Terkena Bola Baseball


Ray Chapman ni merupakan salah seorang legend dalam sukan baseball yang bermain untuk pasukan Cleveland Indians. Pada zaman itu, pitcher selalunya mengotorkan bola baseball sebelum melemparkannya untuk mengaburi pihak lawan. On August 6, 1920, Carl Mays melontarkan bola yang kotor sebagai satu taktik. Malangnya, bola itu terkena kepala Chapman yang tengkorak beliau injured teruk lalu mati di tempat kejadian. Stress kesian... ish3...


7 - Christine Chubbuck - Mati Bunuh Diri Ketika Live News Broadcast


Christine Chubbuck ni merupakan pemberita yang pertama dan satu-satunya pemberita yang membunuh diri secara live di TV. Pada 15 Julai 1974, Christine yang sangat depressed ketika itu berkata kepada live TV "In keeping with Channel 40’s policy of bringing you the latest in blood and guts, and in living color, you are going to see another first: an attempted suicide." Selepas itu, beliau mengeluarkan sepucuk Revolver lalu menembak di kepalanya! Memang rare dan stress!! 


8 - Robert Williams - Mati Dibunuh Robot


Robert Williams merupakan manusia pertama di dunia yang mati dibunuh robot. Pada 25 Januari 1979, Williams memanjat rak di Ford Motor’s Flat Rock untuk mengambil spare part untuk robot yang dijualnya. Tiba-tiba, seekor robot telah reactivates dan slammed lengannya ke muka Williams. Williams yang malang tu terjatuh lalu mati. Stress bahaya beb.. ntah cane robot tu boleh idup sendiri.. horror...


9 - Tennessee Williams - Mati Tercekik Tudung Botol


American playwright, Tennessee Williams ni mati pada tahun 1983 kerana tercekik tudung botol ketika minum di hotel beliau.


10 - Steve Irwin (The Crocodile Hunter) - Mati Disengat Ikan Pari


Sape tak kenal ngan mamat yang berani nak mampos ni. Aku pun minat gler tgk mamat ni dalam The Crocodile Hunter. Tapi malang tidak berbau.. Seterer mane pon dia, tetap mati disebabkan binatang.. 

Pada tahun 2006, pakar haiwan liar, Steve Irwin mati kerana disengat ikan pari tepat di dadanya ketika beliau sedang filming dokumentary Ocean’s Deadliest. Bhaya gak ikan pari nih.. RIP Steve Irwin.. No one can replace you.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kaitan Yahudi Dan Bruce Lee



Mendengar sahaja nama "legend" seperti Bruce Lee sudah pasti kita terus terfikir mengenai Kung Fu.

Pada tahun 1940, di sebuah hospital di San Francisco lahirlah Lee Hsiao Lung. Doktor yang menyambut kelahiran bayi itu, memberinya nama Inggeris, Bruce. Demikianlah sang legenda dilahirkan.

Sejak berusia 6 tahun Bruce Lee sudah berlakon untuk pertama kalinya dalam filem berjudul "A Beginning Of A Boy". Hal ini tidak menghairankan kerana ayahnya Lee Hoi Chun adalah seorang pelakon filem.

Sebenarnya Bruce adalah anak yang manja dan beliau juga tergolong dalam anak yang cerewet dalam memilih makanan. Sehinggalah beliau terlibat dalam satu pergaduhan di jalanan dan beliau mengalami kekalahan teruk. Waktu itu beliau baru berumur 14 tahun. Setelah berbincang dengan ibunya, beliau memutuskan untuk belajar seni bela diri.

Jenis ilmu pertahan diri yang dipelajari adalah Wing Chun, beliau berguru dengan Sifu Yip Man. Ia juga berguru dengan master kungfu Siu Hon Sung. Kebiasaanya masa yang diperlukan untuk menguasai 30 jurus Siu Hon Sung itu adalah 3 minggu, Bruce Lee hanya memerlukan 3 malam saja. Ada satu hal unik lagi mengenai Bruce Lee, beliau bukan sahaja mahir dalam bidang seni pertahankan diri malah mahir dalam tarian cha-cha bahkan pada tahun 1958 dan beliau berjaya meraih trophy Hongkong Cha-Cha Championship.

Pada suatu ketika Bruce lee ingin sekali menguji kemahiran kungfunya dalam pergaduhan. Maka beliau pun terlibat dalam perkelahian jalanan. Polis memberi peringatan kepada ibunya jika Bruce tidak menghentikan perangainya maka beliau akan ditahan. Lalu ayahnya membuat keputusan untuk menghantar Bruce ke Amerika agar menjadi orang yang lebih bertanggungjawab. Dengan berbekal 100 US $ maka berangkatlah beliau ke tanah kelahirannya San Francisco menerusi kapal laut. Dalam perjalanan beliau masih sempat mencari wang dengan memberi kursus tari cha-cha.

Di San Francisco, Bruce diamanahkan kepada rakan bapanya, Ruby Chow, pemilik sebuah restoran. Selepas menamatkan sekolah tinggi, Bruce masih lagi berminat untuk membina badan. Baginya tidak cukup sekedar menjadi ahli seni bela diri yang baik, beliau harus menjadi yang terbaik.

Bruce kemudiannya telah membuat keputusan untuk melanjutkan kuliah di Seattle dan mengambil jurusan dalam falsafah. Di universiti beliau bertemu rakan-rakan Asia dipanggil Taki Kimura. Kimura pernah menghadapi satu siri serangan bersifat perkauman. Berdasarkan belas kasihan, Bruce memberi motivasi kepada Kimura untuk meningkatkan harga diri Kimura dengan melatih seni mempertahankan diri. Tidak lama selepas itu sekolah telah ditubuhkan. Sekolah ini dibuka kepada orang ramai atau untuk sesiapa sahaja yang berminat. Berbeza sekali dengan Hong Kong. Di Hong Kong, kung fu adalah ilmu rahsia dan tidak semudah-mudahnya diajar kepada orang ramai. Hanya sebilangan orang sahaja dibenarkan untuk belajar kung fu.

Pada tahun 1961, beliau bertemu dengan seorang gadis bernama Linda Emery. Mereka jatuh cinta dan berkahwin. 2 tahun kemudian Brandon Shannon dilahirkan.

Pada tahun 1964, dalam kejohanan karate, Bruce mendemonstrasikan jurus pukulan satu inci yang hebat. Seorang penerbit televisyen amat kagum dengan penampilan Bruce yang penuh keyakinan dan konsentrasi yang tinggi. Setelah melalui ujian pemeriksaan, Bruce akhirnya mendapat watak sebagai Kato dalam filem Green Hornet. Kato hanya memainkan peranan sebagai watak pembantu/tambahan sahaja, tetapi popularitinya mengalahkan watak utama, terutama di Hong Kong.

Van Williams, bintang utama Green Hornet, menceritakan tentang banyaknya stunt-man telah tercedera disebabkan oleh gerakan Bruce, akibatnya sukar untuk mencari stunt-man yang sanggup bekerjasama dengan Bruce. Bruce juga mempunyai pergerakan yang sangat pantas dan gagal ditangkap oleh kamera sehingga Bruce terpaksa memperlahankan pergerakannya.

Selepas kejayaan projek "Green Hornet" . Bruce kemudiannya membuka sekolah kung fu yang baru dan diberi nama "Lee Jun Fan Gung Fu Institut". Di tempat inilah Bruce Lee belajar menggunakan senjata nunchaku. Para pesohor pun belajar kung fu di tempat ini seperti Kareem Abdul-Jabbar, James Coburn, dan Steve McQueen. Populariti Bruce pun meningkat. Untuk satu sesi latihan selama satu jam harga yang ditetapkan ialah 300US$.

Di sekolah yang baru itu pula lah Bruce menciptakan teknik Jeet Kune Do, teknik memotong serangan. Bruce berpendapat memotong serangan lebih baik dan lebih cepat dari pada menahan lalu melakukan serangan.

Tahun 1967, Bruce membintangi “A Man Called Ironside”, sebagai seorang master martial art, Bruce sering melakukan adegan merbahaya tanpa stunt-man. Kareer filemnya terus berlanjut sehingga akhirnya beliau berjaya memenuhi apa yang dicita-citakan iaitu dibayar lebih mahal daripada Steve McQueen.

Bruce memutuskan untuk melanjutkan kerjaya filemnya di Hong Kong. Setelah untuk beberapa filem yang dibintanginya, sekarang Bruce sudah dianggap sebagai wira negara. Tidak berpuas hati dengan semua itu, beliau membuka syarikat sendiri kerana beliau ingin menulis sendiri senario, plot cerita, sekaligus membintangi filem tersebut. Usaha Bruce berhasil dan filem-filemnya laris di pasaran.

Setelah berbagai filem dibuat dan pelbagai kejayaan diraih, pada 10 Mei, 1973 Bruce secara tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri selama setengah jam. Doktor memberinya preskripsi Manatol, ubat yang digunakan untuk merawat gejala-gejala otak bengkak (perkembangan otak).

Pada 20 Julai 1973, Bruce merancang untuk bertemu dengan Raymond Chow dan Betty Ting Pei, yang akan menjadi salah satu bintang dalam filem “Game of Death”. Di rumah Betty, Bruce mengeluh sakit kepala dan kemudian dia meminum Aguagesic, ubat-ubatan sakit kepala yang biasa dimakan Betty. Kemudian Bruce berbaring, serangan bengkak otak kembali. Bruce akhirnya meninggal dunia di hospital di dalam bilik kecemasan Queen Elizabeth.

Misteri Di Balik Kematian Bruce Lee

Berita kematian Bruce Lee sangat mengejutkan, bahkan banyak yang tidak percaya. Berbagai spekulasi tentang kematiannya bermunculan, seperti:

1. Bruce telah dibunuh oleh samseng kerana enggan membayar wang perlindungan, satu amalan yang lazim dalam dunia perfileman di Hong Kong pada masa itu.

2. Bruce dibunuh oleh pendekar shaolin kerana Bruce telah menyebarkan kung fu kepada semua orang di penjuru dunia.

3. Bruce dikutuk kerana telah membeli rumah berhantu.

4. Bruce meninggal saat menjalin hubungan dengan Betty Ting Pei

5. Kebanyakan orang Cina yakin Bruce meninggal kerana terlalu keras berlatih kung fu

6. Tanggapan mengenai kematian Bruce makin dasyat, Bruce Lee telah dibunuh oleh rangkaian Yahudi rahsia iaitu Mafia Triad, sebuah kongsi gelap yang sangat berpengaruh di China, Hong Kong, malah di Amerika juga. Sebabnya, Bruce Lee banyak mendedahkan orang ramai mengenai kung fu yang sepatutnya menjadi kumpulan rahsia. Rangkaian rahsia Yahudi, seperti Triads Mafia, Yakuza, Mafia Itali, Freemasonry, Illuminati, dan lain-lain organisasi jenayah, samseng, dan konspirastif, yang bertujuan untuk memusnahkan dunia. 

Tidak kira apa spekulasi ini, fakta-fakta perubatan telah dinyatakan bahawa Bruce meninggal dunia selepas koma akibat edema serebrum, otak bengkak akibat cecair berlebihan.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sedih! Cara Jaga Anak Di China



Apabila ibu bapa di China tidak mampu membayar dan membawa anak mereka ke penjagaan kanak-kanak, mereka meninggalkan anak-anak mereka di tempat kerja atau meletakkannya di jalan-jalan dengan diikat …








Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pilih Lelaki Utk Disetubuhi Sebelum Kahwin



Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kemboja.

Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kemboja yang sangat liberal dan terbuka dalam hal berkenaan seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ kecil dan menyuruh anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sehingga bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menngahwininya.

Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk mencari suami terbaik untuk anak perempuan mereka yang mereka anggap akan menjadi pasangan sempurna. Mereka percaya,melalui cara ini , hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.


Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani remaja perempuan mereka. Menurut mereka, di zaman moden di mana perceraian dan pemerkosaan terlalu parah dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, menyebarkan kesedaran tentang seks yang selamat , ialah dengan menggunakan kondom.

Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah pondok cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang pondok cinta ini :


“Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami.

“Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya..Mereka tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan ‘hubungan intim’ dengannya di pondok saya.

“Tetapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti melakukan seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke pondok saya ketika berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.


“Saya tak mengira, berapa banyak lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga buat masa ini. Saya rasa tidak ada kewajipan untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur disamping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.

“Saya risau tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orangtua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil hasil daripada seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainya, maka dia akan mengahwini gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya.



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL