SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Kaitan Yahudi Dan Bruce Lee

Kaitan Yahudi Dan Bruce Lee



Mendengar sahaja nama "legend" seperti Bruce Lee sudah pasti kita terus terfikir mengenai Kung Fu.

Pada tahun 1940, di sebuah hospital di San Francisco lahirlah Lee Hsiao Lung. Doktor yang menyambut kelahiran bayi itu, memberinya nama Inggeris, Bruce. Demikianlah sang legenda dilahirkan.

Sejak berusia 6 tahun Bruce Lee sudah berlakon untuk pertama kalinya dalam filem berjudul "A Beginning Of A Boy". Hal ini tidak menghairankan kerana ayahnya Lee Hoi Chun adalah seorang pelakon filem.

Sebenarnya Bruce adalah anak yang manja dan beliau juga tergolong dalam anak yang cerewet dalam memilih makanan. Sehinggalah beliau terlibat dalam satu pergaduhan di jalanan dan beliau mengalami kekalahan teruk. Waktu itu beliau baru berumur 14 tahun. Setelah berbincang dengan ibunya, beliau memutuskan untuk belajar seni bela diri.

Jenis ilmu pertahan diri yang dipelajari adalah Wing Chun, beliau berguru dengan Sifu Yip Man. Ia juga berguru dengan master kungfu Siu Hon Sung. Kebiasaanya masa yang diperlukan untuk menguasai 30 jurus Siu Hon Sung itu adalah 3 minggu, Bruce Lee hanya memerlukan 3 malam saja. Ada satu hal unik lagi mengenai Bruce Lee, beliau bukan sahaja mahir dalam bidang seni pertahankan diri malah mahir dalam tarian cha-cha bahkan pada tahun 1958 dan beliau berjaya meraih trophy Hongkong Cha-Cha Championship.

Pada suatu ketika Bruce lee ingin sekali menguji kemahiran kungfunya dalam pergaduhan. Maka beliau pun terlibat dalam perkelahian jalanan. Polis memberi peringatan kepada ibunya jika Bruce tidak menghentikan perangainya maka beliau akan ditahan. Lalu ayahnya membuat keputusan untuk menghantar Bruce ke Amerika agar menjadi orang yang lebih bertanggungjawab. Dengan berbekal 100 US $ maka berangkatlah beliau ke tanah kelahirannya San Francisco menerusi kapal laut. Dalam perjalanan beliau masih sempat mencari wang dengan memberi kursus tari cha-cha.

Di San Francisco, Bruce diamanahkan kepada rakan bapanya, Ruby Chow, pemilik sebuah restoran. Selepas menamatkan sekolah tinggi, Bruce masih lagi berminat untuk membina badan. Baginya tidak cukup sekedar menjadi ahli seni bela diri yang baik, beliau harus menjadi yang terbaik.

Bruce kemudiannya telah membuat keputusan untuk melanjutkan kuliah di Seattle dan mengambil jurusan dalam falsafah. Di universiti beliau bertemu rakan-rakan Asia dipanggil Taki Kimura. Kimura pernah menghadapi satu siri serangan bersifat perkauman. Berdasarkan belas kasihan, Bruce memberi motivasi kepada Kimura untuk meningkatkan harga diri Kimura dengan melatih seni mempertahankan diri. Tidak lama selepas itu sekolah telah ditubuhkan. Sekolah ini dibuka kepada orang ramai atau untuk sesiapa sahaja yang berminat. Berbeza sekali dengan Hong Kong. Di Hong Kong, kung fu adalah ilmu rahsia dan tidak semudah-mudahnya diajar kepada orang ramai. Hanya sebilangan orang sahaja dibenarkan untuk belajar kung fu.

Pada tahun 1961, beliau bertemu dengan seorang gadis bernama Linda Emery. Mereka jatuh cinta dan berkahwin. 2 tahun kemudian Brandon Shannon dilahirkan.

Pada tahun 1964, dalam kejohanan karate, Bruce mendemonstrasikan jurus pukulan satu inci yang hebat. Seorang penerbit televisyen amat kagum dengan penampilan Bruce yang penuh keyakinan dan konsentrasi yang tinggi. Setelah melalui ujian pemeriksaan, Bruce akhirnya mendapat watak sebagai Kato dalam filem Green Hornet. Kato hanya memainkan peranan sebagai watak pembantu/tambahan sahaja, tetapi popularitinya mengalahkan watak utama, terutama di Hong Kong.

Van Williams, bintang utama Green Hornet, menceritakan tentang banyaknya stunt-man telah tercedera disebabkan oleh gerakan Bruce, akibatnya sukar untuk mencari stunt-man yang sanggup bekerjasama dengan Bruce. Bruce juga mempunyai pergerakan yang sangat pantas dan gagal ditangkap oleh kamera sehingga Bruce terpaksa memperlahankan pergerakannya.

Selepas kejayaan projek "Green Hornet" . Bruce kemudiannya membuka sekolah kung fu yang baru dan diberi nama "Lee Jun Fan Gung Fu Institut". Di tempat inilah Bruce Lee belajar menggunakan senjata nunchaku. Para pesohor pun belajar kung fu di tempat ini seperti Kareem Abdul-Jabbar, James Coburn, dan Steve McQueen. Populariti Bruce pun meningkat. Untuk satu sesi latihan selama satu jam harga yang ditetapkan ialah 300US$.

Di sekolah yang baru itu pula lah Bruce menciptakan teknik Jeet Kune Do, teknik memotong serangan. Bruce berpendapat memotong serangan lebih baik dan lebih cepat dari pada menahan lalu melakukan serangan.

Tahun 1967, Bruce membintangi “A Man Called Ironside”, sebagai seorang master martial art, Bruce sering melakukan adegan merbahaya tanpa stunt-man. Kareer filemnya terus berlanjut sehingga akhirnya beliau berjaya memenuhi apa yang dicita-citakan iaitu dibayar lebih mahal daripada Steve McQueen.

Bruce memutuskan untuk melanjutkan kerjaya filemnya di Hong Kong. Setelah untuk beberapa filem yang dibintanginya, sekarang Bruce sudah dianggap sebagai wira negara. Tidak berpuas hati dengan semua itu, beliau membuka syarikat sendiri kerana beliau ingin menulis sendiri senario, plot cerita, sekaligus membintangi filem tersebut. Usaha Bruce berhasil dan filem-filemnya laris di pasaran.

Setelah berbagai filem dibuat dan pelbagai kejayaan diraih, pada 10 Mei, 1973 Bruce secara tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri selama setengah jam. Doktor memberinya preskripsi Manatol, ubat yang digunakan untuk merawat gejala-gejala otak bengkak (perkembangan otak).

Pada 20 Julai 1973, Bruce merancang untuk bertemu dengan Raymond Chow dan Betty Ting Pei, yang akan menjadi salah satu bintang dalam filem “Game of Death”. Di rumah Betty, Bruce mengeluh sakit kepala dan kemudian dia meminum Aguagesic, ubat-ubatan sakit kepala yang biasa dimakan Betty. Kemudian Bruce berbaring, serangan bengkak otak kembali. Bruce akhirnya meninggal dunia di hospital di dalam bilik kecemasan Queen Elizabeth.

Misteri Di Balik Kematian Bruce Lee

Berita kematian Bruce Lee sangat mengejutkan, bahkan banyak yang tidak percaya. Berbagai spekulasi tentang kematiannya bermunculan, seperti:

1. Bruce telah dibunuh oleh samseng kerana enggan membayar wang perlindungan, satu amalan yang lazim dalam dunia perfileman di Hong Kong pada masa itu.

2. Bruce dibunuh oleh pendekar shaolin kerana Bruce telah menyebarkan kung fu kepada semua orang di penjuru dunia.

3. Bruce dikutuk kerana telah membeli rumah berhantu.

4. Bruce meninggal saat menjalin hubungan dengan Betty Ting Pei

5. Kebanyakan orang Cina yakin Bruce meninggal kerana terlalu keras berlatih kung fu

6. Tanggapan mengenai kematian Bruce makin dasyat, Bruce Lee telah dibunuh oleh rangkaian Yahudi rahsia iaitu Mafia Triad, sebuah kongsi gelap yang sangat berpengaruh di China, Hong Kong, malah di Amerika juga. Sebabnya, Bruce Lee banyak mendedahkan orang ramai mengenai kung fu yang sepatutnya menjadi kumpulan rahsia. Rangkaian rahsia Yahudi, seperti Triads Mafia, Yakuza, Mafia Itali, Freemasonry, Illuminati, dan lain-lain organisasi jenayah, samseng, dan konspirastif, yang bertujuan untuk memusnahkan dunia. 

Tidak kira apa spekulasi ini, fakta-fakta perubatan telah dinyatakan bahawa Bruce meninggal dunia selepas koma akibat edema serebrum, otak bengkak akibat cecair berlebihan.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL