SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Makanan Paling Eeeyark!!!



AMARAN!!! JANGAN TENGOK kalau tengah makan!....Makanan pelik dan unik menyebabkan sesuatu tempat jadi terkenal. Jika makanan yang dijual lain dari biasa, ia dapat menarik minat penduduk tempatan serta pelancong dari luar negara untuk berkunjung dan menjamu selera. 

                                                                                 


Surstromming (Sweden)
Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera. Apalagi rasanya …. hmmm




Scrapple (Amerika)

Pengisi roti ini adalah semacam agar agar yg dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, moncong, atau bahagian organ lain) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk mengeraskannya.




Baby Mice Wine (Korea)
Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.


Black Pudding (England)Sosej yang dimasak dengan darah, lalu membeku ketika disejukkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.



Balut (Camboddia)
Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya mulai wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. Memakannya dengan diberi garam sedikit. Makanan ini 
digunakan untuk suatu upacara di daerah tempatan.


Boodog (Mongolia)
Daging kambing dimasak dalam perut kambing tersebut.










Century Egg (China)
Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan.










Escamoles (Mexico) 
Hidangan telur semut.


sannakji
Sannakji (Korea)
Hidangan sotong kurita hidup dengan bijan dan minyak bijan.mm

Tuna Eyeball (Jepun)
Mata ikan tuna digunakan dalam masakan.

Cock’s Combs (China)
Balung ayam jantan digunakan dalam masakan.

Fruit Bat Soup (Micronesia)
Sup yang menggunakan kelawar buah.

Smoked Rat (Vietnam)
Hidangan tikus salai terkenal di Canh Nau.

Rocky Mountain Oysters (Amerika dan Kanada)
Testis lembu, biri-biri dan khinzir yang digoreng.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bunuh Diri Akibat Seringkali Alami Orgasme



Sebuah kisah nyata dan tragis ini mengenai seorang wanita dari Tampa Bay, Amerika Syarikat bernama Gretchen Molannen (39 tahun) yang mengalami penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD) yang menyebabkan dia mengalami rangsangan seksual terus menerus dan menyebabkan dirinya mengalami orgasme tanpa henti secara tak terkawal .

Baginya hal tersebut tidak memberikan rasa nikmat, melainkan psikologinya amat tertekan dan menyiksa batinnya selama 16 tahun terakhir. Salah satu caranya untuk mengendalikan hal ini adalah melakukan masturbasi secara berlebihan dalam sehari, dan adakalanya sampai puluhan kali dalam sehari!

Wanita lain menginginkan orgasme, tetapi baginya sangat menekan batin.

Hal tersebut membuatnya menghabiskan lebih banyak masa di tandas tempatnya bekerja. Sampai akhirnya keadaan ini membuatnya terpaksa berhenti bekerja. Namun itu pun tidak juga menyelesaikan masalah kerana kelainan yang menyerangnya ini tidak pernah reda "serangannya".

Kerana tidak tahan dengan beban seksaan yang dialaminya ini, akhirnya dia memutuskan membunuh dirinya pada 1 Disember 2012 hanya sehari selepas dia menceritakan kisahnya yang disiarkan secara dalam talian oleh Tampa Bay Times.


Dia memutuskan bunuh diri untuk mengakhiri penderitaannya
Sayang sekali ia memutuskan mengakhiri hidupnya kerana sesuatu yang indah.
(Tampa Bay Times, Daily Mail)
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Hukuman Mati "Machine Gun" Di Thailand



Sehingga 2003 pesalah jenayah berat dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesin gun. Teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayahdikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian. 

Tidak seperti hukuman menembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojoditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir. 

Tidak seperti di Malaysia, hukuman mati di Thailand dilakukan selepas waktu makan tengahari. Pesalah mengetahui hukuman mati akan dijalankan sekiranya makan tengahari dihidangkan lebih awal dari biasa. 

Thailand kini menjatuhkan hukuman mati dengan menggunakan teknik suntikan maut. Hukuman ini dikatakan lebih "humane" untuk mengakhiri riwayat pesalah. Antara fakta menarik mengenai hukuman mati Thailand ialah 2 orang dihukum mati kerana kesalah menghina King Bumiphol. Interesting indeed. Menurut algojo terakhir teknik menembak,Chavoret Jaruboon pesalah yang paling tenang ialah pesalah yang merupakan pembunuh upahan. Kerap kali pesalah sebegini akan tenang menemui kematian kerana mereka sudah lali dengan kematian. Cold hearted killers to the end! 



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bercinta Sejak Umur 4 tahun



NORFOLK - Kisah cinta pasangan warga emas ini amat unik kerana mereka dipakaikan baju pengantin dalam satu karnival pada usia empat tahun dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi titik bermulanya cinta mereka yang hingga kini mencecah usia 70 tahun. 

Menariknya, pasangan warga emas itu, Ron Everest dan Eilen Campbell dilahirkan dalam dewan bersalin yang sama, dipakaikan baju pengantin pada sebuah karnival dan siapa sangka, mereka bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan kekal sebagai pasangan suami isteri sehingga kini. 

Pasangan itu yang kedua-duanya berusia 91 tahun berkata telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent. 

Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926. 

asangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943. 

“Cinta kami disemai mungkin sejak dilahirkan lagi kerana lahir di unit bersalin yang sama," kata Everest. 

Isterinya menambah, masih ingat lagi ketika dipakaikan baju pengantin semasa usia empat tahun dan perkahwinan di antara mereka membuatkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi bertambah erat.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL