SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Apa Berlaku Seminit yang Lepas

Apa Berlaku Seminit yang Lepas



Seminit. Dengar saja seminit kita pandang macam sekejap je kan? Tapi korang tau tak dalam masa seminit tu macam macam perkara yang terjadi? Perkara yang terjadi itu pula adalah perkara yang mampu mengubah dunia. Nak tau apa dia? Baca artikel ini sampai habis.

Seminit yang mengubah dunia



Perkara yang berlaku dalam seminit

  • Dalam masa seminit, jantung kita mengepam lebih kurang sebanyak 72 kali, bermakna darah turut mengalir ke seluruh badan 72 kali!
  • 300 juta sel mati dalam badan kita
  • 258 orang bayi dilahirkan di dunia ini dan 107 orang mati, 2 daripadanya mati disebabkan kemalangan jalanraya
  • 34 bayi dilahirkan di India dan 10 daripadanya mati
  • 10 juta rokok dihisap dan 7 orang mati akibat merokok
  • Di United States, 2 kenderaan dicuri dan 4 jenayah kejam dilaporkan.
  • Dianggarkan 780 telefon bimbit Nokia dikeluarkan.
  • Bill Gates memperoleh 15,000 Dollars.
  • 56,674 tong minyak disedut dari perut bumi manakala 55,757 tong minyak digunakan.
  • 360 kilat berlaku dan 3 gempa bumi
  • 9 kes baru HIV/AIDS dan 34 orang disahkan menghidap kanser
  • 775,000 carian dilakukan oleh enjin Google manakala 141 juta email dihantar ke seluruh dunia


Apa yang berlaku pada Facebook dalam 1 minit?
  • 50,000 links dikongsi
  • 92,550 status di update
  • 135,800 gambar di updated
  • 66,150 gambar di tagged
  • 510,000 komen di post
Fakta diatas mungkin tidak sama dengan sumber lain, jadi jika korang mendapat info yang berlainan, sila nyatakan supaya fakta diatas dapat kita perbetulkan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL