Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Dia : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Dia : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.
kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Dia : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.
berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Dia : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.
pencaran dan perolakan.
Dia : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?
kita mengalami rintangan?
Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
untuk mengurangkan rintangan itu.
Dia : Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Dia : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.
bertindak balas dengannya.
Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Dia : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Aku : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Dia : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Dia : Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Dia : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Dia : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......
Post a Comment