SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Sanggup Menyeksa Diri Demi BMW



Demi boleh memiliki kereta mewah secara percuma, apapun sanggup dilakukan. Termasuk menyeksa diri selama beberapa jam. Itulah yang dilakukan oleh Wu Qide dari Wilayah Jiangxi, China.

Untuk memiliki kereta terbaru BMW X1, mereka rela berdiri dengan satu kaki lebih dari 7 jam.

Aksi ini bermula pada 1 Mac 2014 dengan disertai lebih daripada 140 peserta. Mereka akan mengalami tiga fasa eliminasi untuk memenangi kereta tersebut. Pada 16 Mac 2014, fasa terakhir dilakukan dan hanya 20 peserta yang berjaya mengikuti fasa ini.

Pertandingan bermula pada pukul 9.30 pagi. Peserta diminta untuk menyentuh kereta BMW dengan satu tangan dan berdiri dengan satu kaki.

Penderitaan mereka bertambah saat jam menunjukkan pukul 2 petang. Bukan hanya berdiri dengan satu kaki, pihak penganjur juga meminta mereka untuk "berjinjit" dengan satu kaki pula.

Tidak cukup dengan itu, untuk membuktikan bahawa peserta tidak berlaku penipuan dengan merehatkan kaki, pihak penganjur telah menyapu tepung di bawah kaki mereka.

Pada pukul 4 petang, penderitaan mereka pun berakhir. Dari 20 peserta, hanya Wu Qide sahaja yang bertahan.

Event ini berlangsung selama 7 jam 26 minit. Walaupun menang, aksi Wu belum berjaya mengalahkan rekod Suresh Joachim, yang berjaya berjinjit dengan satu kaki selama 76 jam 40 minit dan berjaya memenangi rekod dunia, Guinness World Record.





Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Mengejar Populariti Sanggup Digilis Keretapi



Untuk sebuah keseronokan dan populariti, orang sering melakukan pekara yang melampau yang berada di luar jangkauan akal yang waras. Mempertaruhkan nyawa adalah perkara yang paling sering dilakukan oleh orang untuk mendapatkan keseronokan ataupun populariti. Ketika pekara tersebut di lakukan banyak yang berlaku kemalangan atau bahkan pelakunya menemui ajal.

Kita sering melihat tayangan televisyen yang mempertontonkan adegan ini, ada yang menggunakan motor untuk melompat-lompat di atas barisan kereta api, membakar diri dan hal-hal lain yang membahayakan diri pelaku. Seperti yang dilakukan Gadis berani ini, dia mencabar kereta api dengan Baring telungkup di antara rel kereta api pada saat kereta api melintas di atasnya. Hasilnya, tak terjadi apa-apa atas gadis ini. Sebuah adegan gila.









Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Negara Yang Mengharamkan Islam



Masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan dan menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.


Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.



Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.


” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan selanjutnya, ” katanya.

DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Makanan Paling Eeeyark!!!



AMARAN!!! JANGAN TENGOK kalau tengah makan!....Makanan pelik dan unik menyebabkan sesuatu tempat jadi terkenal. Jika makanan yang dijual lain dari biasa, ia dapat menarik minat penduduk tempatan serta pelancong dari luar negara untuk berkunjung dan menjamu selera. 

                                                                                 


Surstromming (Sweden)
Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera. Apalagi rasanya …. hmmm




Scrapple (Amerika)

Pengisi roti ini adalah semacam agar agar yg dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, moncong, atau bahagian organ lain) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk mengeraskannya.




Baby Mice Wine (Korea)
Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.


Black Pudding (England)Sosej yang dimasak dengan darah, lalu membeku ketika disejukkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.



Balut (Camboddia)
Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya mulai wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. Memakannya dengan diberi garam sedikit. Makanan ini 
digunakan untuk suatu upacara di daerah tempatan.


Boodog (Mongolia)
Daging kambing dimasak dalam perut kambing tersebut.










Century Egg (China)
Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan.










Escamoles (Mexico) 
Hidangan telur semut.


sannakji
Sannakji (Korea)
Hidangan sotong kurita hidup dengan bijan dan minyak bijan.mm

Tuna Eyeball (Jepun)
Mata ikan tuna digunakan dalam masakan.

Cock’s Combs (China)
Balung ayam jantan digunakan dalam masakan.

Fruit Bat Soup (Micronesia)
Sup yang menggunakan kelawar buah.

Smoked Rat (Vietnam)
Hidangan tikus salai terkenal di Canh Nau.

Rocky Mountain Oysters (Amerika dan Kanada)
Testis lembu, biri-biri dan khinzir yang digoreng.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL