SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Sanggup Menyeksa Diri Demi BMW

Sanggup Menyeksa Diri Demi BMW



Demi boleh memiliki kereta mewah secara percuma, apapun sanggup dilakukan. Termasuk menyeksa diri selama beberapa jam. Itulah yang dilakukan oleh Wu Qide dari Wilayah Jiangxi, China.

Untuk memiliki kereta terbaru BMW X1, mereka rela berdiri dengan satu kaki lebih dari 7 jam.

Aksi ini bermula pada 1 Mac 2014 dengan disertai lebih daripada 140 peserta. Mereka akan mengalami tiga fasa eliminasi untuk memenangi kereta tersebut. Pada 16 Mac 2014, fasa terakhir dilakukan dan hanya 20 peserta yang berjaya mengikuti fasa ini.

Pertandingan bermula pada pukul 9.30 pagi. Peserta diminta untuk menyentuh kereta BMW dengan satu tangan dan berdiri dengan satu kaki.

Penderitaan mereka bertambah saat jam menunjukkan pukul 2 petang. Bukan hanya berdiri dengan satu kaki, pihak penganjur juga meminta mereka untuk "berjinjit" dengan satu kaki pula.

Tidak cukup dengan itu, untuk membuktikan bahawa peserta tidak berlaku penipuan dengan merehatkan kaki, pihak penganjur telah menyapu tepung di bawah kaki mereka.

Pada pukul 4 petang, penderitaan mereka pun berakhir. Dari 20 peserta, hanya Wu Qide sahaja yang bertahan.

Event ini berlangsung selama 7 jam 26 minit. Walaupun menang, aksi Wu belum berjaya mengalahkan rekod Suresh Joachim, yang berjaya berjinjit dengan satu kaki selama 76 jam 40 minit dan berjaya memenangi rekod dunia, Guinness World Record.





Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL