SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Elak 8 Habitat Sebelum Tidur

Elak 8 Habitat Sebelum Tidur













Semua orang perlukan tidur yang cukup dan berkualiti supaya badan mendapat rehat yang cukup apabila bangun tidur. Oleh itu, beberapa habit atau tabiat yang boleh menghalang tidur yang berkualiti perlu dihindari sebelum masuk tidur, di antaranya:

1. Hindari perangsang (stimulan) termasuk makanan.

Ini termasuklah makanan atau minuman mengandungi kafein, melakukan senaman, mengambil makanan manis, makanan berempah, dan makanan lain, seperti ais krim, seleri dan bijirin.
Senaman sebelum tidur menyebabkan seseorang itu sukar tidur kerana kesan tenaga yang dihasilkan daripada senaman tersebut. Walaupun senaman baik bagi membolehkan seseorang itu tidur lena tapi ia perlu dilakukan beberapa jam sebelum tidur. Jangan buat senaman kurang daripada 3 jam sebelum tidur kerana ia akan meningkatkan suhu badan dan menyebabkan sukar lena.

2. Hindari mandi air panas sekurang-kurangnya 1 jam     sebelum tidur.

Seperti juga senaman, mandi air panas akan menaikkan suhu badan dan menyebabkan sukar untuk tidur.

3. Hindari kafein atau makanan berkafein selepas jam 4 petang.

Selepas pukul 4 petang, kafein akan mengganggu jam dalaman semulajadi dan merosakkan ritma badan semulajadi yang mana akan menyebabkan gangguan untuk tidur.

4. Hindari rasa terlalu lapar sebelum tidur.

Ada orang yang rasa terlalu lapar sehingga tidak boleh tidur. Ini adalah tanda seseorang itu tidak dapat cukup protein atau fiber melalui makanan yang diambilnya sehingga menyebabkan perut terlalu lapar. Makan sebelum tidur pula akan menimbulkan masalah kerana tenaga dan graviti diperlukan untuk proses penghadaman.
Jika baring selepas makan, lebih banyak graviti diperlukan oleh salur penghadaman. Ini juga akan menghasilkan simptom pedih ulu hati atau rasa mual.


5. Jangan menonton TV atau melayari internet    
    sekurang - kurangnya satu jam sebelum baring    
    untuk tidur.



Ini kerana cahaya skrin yang terang daripada TV atau skrin komputer akan membantutkan pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang menggalakkan rasa mengantuk untuk tidur.



6. Jangan buat kerja tugasan atau bertengkar 

    sebelum tidur.


Membuat kerja atau bertengkar sebelum tidur akan menyebabkan seseorang itu sukar melelapkan mata sehingga larut malam. Ini akan menyebabkan tekanan mental dan hilang masa tidur yang berharga.


7. Hindari leka membaca buku cerita/novel yang    
    diminati sehingga sukar untuk berhenti


Ini sudah tentu akan menyebabkan sukar untuk tidur. Untuk memudahkan tidur, bacalah bahan-bahan yang ringan atau yang kurang menarik, seperti manual elektronik atau sebagainya, yang tidak menyebabkan leka dan ingin terus membaca.



8. Elakkan peluk kucing atau haiwan kesayangan 

    semasa tidur


Sesetengah orang suka memeluk haiwan kesayangan seperti kucing semasa tidur, atau kucing yang memang suka tidur bersama tuannya. Perlakuan seperti ini selalunya menyebabkan seseorang itu mudah terkejut dari tidur yang nyenyak lebih-lebih lagi jika kucing itu tiba-tiba bangkit secara mengejut apabila ternampak sesuatu pada waktu malam. Ini akan menganggu anda yang sedang lena dan kitar REM (mimpi) anda.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL