SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » BiOLOGI Student Bercinta

BiOLOGI Student Bercinta

AkuKasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Dia : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Dia : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Dia : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Dia : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.

Dia : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?

Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.

Dia : Adakah kita akan berpadu secara kimia? 

Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Dia : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Dia : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Dia : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Dia : Tapi, imanku adalah infiniti! 

Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Dia : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. 

Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Dia : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL