SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » MH370: Syarikat Insurans Bayar 2 juta Pada Waris

MH370: Syarikat Insurans Bayar 2 juta Pada Waris






Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd akan membayar RM2 juta kepada 14 waris penumpang pesawat MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan, kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Koh Yaw Hui.

Beliau berkata syarikat itu akan mengetepikan prosedur bagi memproses pembayaran tuntutan.

“Kami memahami situasi mereka, dan oleh itu, akan terus membuat pembayaran,” katanya kepada media di luar acara perasmian Pusat Kecemerlangan Great Eastern Life baharu di sini Selasa.

Koh berkata proses pembayaran hanya mengambil masa sehari.

Beliau juga berkata semua pelanggan yang diinsuranskan dengan Great Eastern Life Assurance terdiri daripada rakyat Malaysia.

Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, hilang kira-kira 40 minit dalam perjalanan.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 153 warga China, 50 Malaysia dan tujuh Indonesia.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL