Halaman istana
Bangunan
Lokasi: Bendera Brunei Brunei Darussalam
Pelanggan: DYMM Sultan Hassanal Bolkiah
Pemilik: DYMM Sultan Hassanal Bolkiah
Koordinat: 4°52′19.31″U 114°55′14.72″TKoordinat: 4°52′19.31″U 114°55′14.72″T
Pembinaan Diselesaikan: 1984
Kawasan tingkat: 200,000 m²
Kos: AS$1.4 billion
Pasukan reka bentuk: Arkitek Leandro V. Locsin
Firma seni bina Ayala International
Istana Nurul Iman ialah tempat kediaman rasmi bagi Sultan Brunei, DYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam.
Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat kediaman paling besar di dunia.[1]
Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik mandi serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang.
Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m²).
Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.
Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya". Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. Tetapi apakah dengan nikmat itu dapat membawa insan kepada sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia? BELUM TENTU!
Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...
Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!
Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiahmelaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!
Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.
Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!
Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).
Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.
Baginda juga memiliki barangan peribadi dan perabot bersalut emas dan berlian.
Baginda juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS!
Singki pun bersalut emas!
Kekayaan Sultan Hasanal Bolkiah sangat luar biasa! Mungkin kerana berkat negara yang mengamalkan undang-undang Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati Negara Brunei.
Post a Comment