SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » MH370:PM New Zealand Tawar Pesawar Pengesan

MH370:PM New Zealand Tawar Pesawar Pengesan


PM New Zealand Tawar Pesawat Pengesan Maritim P-3C Orion 



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang. 


"Saya telah terima faks daripada Perdana Menteri New Zealand dan mereka tawarkan sebuah P-3C Orion iaitu kapal terbang yang ada pengkhususan untuk membuat pengesanan maritim," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan berharap pesawat itu dapat membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang awal pagi Sabtu lalu.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dijangka mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Ia membawa penumpang terdiri warganegara 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - BERNAMA
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL