SuaraPensEL
hit the buttOn :
Home » » Antara Gambar Yang Menyentuh Perasaan

Antara Gambar Yang Menyentuh Perasaan



Emosi, adalah gambaran apa yang dirasakan dalam fikiran. Kadangkala emosi yang dilahirkan boleh jadi palsu apabila ia sengaja dibuat-buat bagi tujuan tertentu. Tapi apabila emosi terlahir secara bersahaja ia bukan sahaja dirasakan oleh orang yang berada di sekeliling, malah terserlah bila dirakam lensa kamera.

Di bawah merupakan sebahagian koleksi gambar yang dapat mengalirkan air mata sesiapa yang melihatnya kerana ‘kejujuran’ emosi yang dilahirkan oleh subjek terlibat.


Salah seorang mangsa gempa bumi di Sichuan, China tidak dapat menahan sebak apabila menemui album gambar keluarga di celah runtuhan rumah.



Luka, 12, kanak-kanak yang mempunyai sakit muskular diberi peluang merasa ‘bermain’ bola keranjang, papan luncur dan berenang oleh jurugambar, Matej Peljhan.





Meghan Vogel yang sudah pasti memenangi larian berhenti seketika untuk membantu lawannya, Arden McMath yang rebah agar sama-sama melepasi garisan penamat.



Hawkeye, anjing kesayangan seorang anggota tentera Amerika, Jon T. Tumilson, berbaring berhampiran keranda tuannya sepanjang majlis memperingati mendiang.



Kasih sayang antara Lucas, kanak-kanak yang mengidap sindrom Sanfilippo bersama anjingnya.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Post a Comment

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL