SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Ibu Kucing Selamatkan Anak Dari Kebakaran



Scarlett. 

Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Kisah Menyayat Hati Scarlett, Ibu Kucing Yang Selamatkan Anak Anak Dari Kebakaran

Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pertandingan Ratu Cantik Transgender



Miss Tiffany ialah pertandingan ratu cantik Transgender paling terkenal di dunia. Ini ialah gambar beberapa peserta edisi 2014. Thailand.. good at making sad ass adverts and superiors transgenders since forever! 





Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Festival Berjalan Atas Api



Festival yang diraikan setiap tahun pada tarikh 8 Disember diadakan di kuil Buddha Zen di Aichi, Jepun. Dalam festival ini, para peserta akan diminta untuk melangkah melintasi bara api yang menyala untuk mendapatkan kembali kesucian batin mereka.


Tahun ini, panitia Fukugonji Akiba Grand Festival berjanji bahawa acara ini akan lebih menghiburkan berbanding tahun lalu. Dewa pelindung Fukugonji bernama Akibasanjakubo. Fukugonji dulunya adalah seorang sami. Dikatakan bahawa dalam hidupnya, ia telah berjaya menguasai segala bencana kebakaran dan mampu mengawal api.

Setiap tahun Akibasan Grand Festival diadakan di Fukugonji untuk memperingati hari kematian dan kenaikan Akibasanjakubo.Festival ini terdiri dari dua bahagian utama: berdoa dan berjalan di atas bara api. Selepas berdoa di dalam kuil, para peserta akan menyanyi sambil bergerak mengelilingi api.

Orang yang berani melewati bara api akan dimurnikan hati dan fikirannya, kerana ketakutan seseorang terhadap api akan mengingatkannya untuk mengawal api batinnya juga. 



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Plastik Ditukarkan Jadi Petrol



Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.

Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.


Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.

Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.







Jika kita berbangga dengan artis, hiburan, sukan orang kafir, mengapa kita tidak boleh berbangga-bangga dengan pencapaian ummat Islam saudara kita sendiri? 

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sindrom Sleeping Beauty



Penyakit aneh yang dialami seorang wanita berusia 23 tahun sangat pelik dan jarang terjadi. Dailymail melaporkan mangsa yang dikenali sebagai Imaarl Duprey tidur selama 59 hari disebabkan sindrom ‘Sleeping Beauty’ yang dialaminya.

Meskipun menghidap sindrom yang hanya melanda 1,000 orang di dunia ini, namun Imaarl berjaya memperolehi ijazah dalam bidang psikologi di Universiti Goldsmiths. Imaarl, hanya bangun untuk makan, minum dan ke bilik air ketika dikejutkan oleh anggota keluarganya dan ketika itu dia umpama bermimpi.

“Ia memberikan kesan yang besar kepada keluarga saya. Ketika mula-mula menghidap sindrom ini, saya terpaksa dipantau oleh ibu saya, Kerry Griffiths dan adik, Shahnequa Duprey,” katanya.

Imaarls mula mengalami sindrom tersebut pada 2008 apabila dia tidur selama 10 hari ketika berusia 18 tahun. Setahun selepas itu, kejadian sama berlaku ketika dia bercuti bersama rakan-rakannya.

Imaarl kemudiannya mendapat rawatan doktor dan dia hanya disahkan menghidap penyakit itu selepas setahun. Ibunya, Kerry pula berkata, keadaan akan menjadi lebih mudah jika anaknya hanya tidur namun masalahnya dia akan bertukar menjadi individu yang berbeza ketika dikejutkan.

“Apabila saya kejutkannya untuk ke tandas atau makan, dia berubah menjadi seperti kanak-kanak dan keadaan ini memberikan tekanan,’’ katanya.Kebanyakan penghidap sindrom ini adalah lelaki dan rawatan utama ialah pemerhatian khas daripada anggota keluarga. Tiada ubat yang dapat mengubati penyakit aneh ini. 





Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Ibu Diikat Seperti Binatang Peliharaan



Sungguh kejam seorang anak apabila mengikat ibunya seperti anjing ketika dibawa berjalan-jalan. Dalam video yang tersebar luas di internet itu, seorang anak mengikat pinggang ibunya dengan tali dan lelaki itu menjadikan ibunya seperti anjing.

Walaupun ibunya itu beberapa kali jatuh tetapi anaknya langsung tidak membantu. Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan video itu dimuat naik di internet.

Pihak berkuasa Taiwan menyiasat kejadian itu apabila ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kejam seorang anak yang memperlakukan ibunya seperti anjing.

Ikuti video rakaman dibawah untuk melihat secara lebih jelas perlakuan kejam seorang anak kepada ibunya.



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Penguburan Langit


Kebanyakan orang Tibet adalah Budha yang percaya pada kelahiran kembali. 

Disebabkan geografik tanah tibet yang berbatu serta curam akan sumber daya kayu, mereka akhirnya lebih memilih untuk melakukan penguburan langit daripada membakar jenazah-jenazah, kerana dianggap lebih praktis.

Pekara ini memang mengerikan bagi kita yang belum pernah melihatnya, namun bagi umat buddha di Tibet, penguburan langit (sky burial) merupakan kemurahan hati bagi orang yang meninggal, kerana mereka memberikan tubuhnya sebagai makanan untuk makhluk hidup lain.

Foto-foto di bawah memperlihatkan proses penguburan langit yang dilakukan oleh orang-orang Tibet.













Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Syok Kongsi Gambar Couple Di Mukabuku



Rasa sedih ada, nak marah pun ada malah lagi banyak bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu.

Jika sebelum ini ada video remaja baru nak akil baligh dah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih, sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa.

Yang tak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal.

Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tak tahu, kan.


Gambar atas...aksi tengah ‘comolot’ baik punya pun nak dimuatnaik di Facebook. Apa agaknya yang ada dalam fikiran saat mereka menekan butang share ye?..

Mungkin mereka rasa perbuatan ini sesuatu yang urban lagi hip untuk dipertontonkan agaknya.

Mungkinkah mereka lupa, kalau pun mereka tidak ada rasa malu tapi keluarga terutama ibu bapa pasti ada perasaan begitu jika melihat anak yang baru setahun jagung sudah ‘advance’ sampai begini rupa di belakang mereka.

Silap-silap yang sedap anak yang tak tahu malu ini tapi yang bakal dipersalahkan sah-sah ibu bapa padahal depan mereka si anak mungkin pijak semut pun tak mati.

Di bawah ini pula, tersilap menimbang perkara yang betul dan salah. Memanglah gambar yang dimuatnaik bukan gambar dengan bukan muhrim tapi sedar tak sedar, apa dilakukannya menghampiri dosa yang lebih besar.

Kononnya daripada dicium lelaki lebih baik berciuman dengan sesama jenis.



Kesimpulannya tak kisahlah bagaimana posisi mahu pun alasan gambar dimuatnaik, budak-budak zaman sekarang nampaknya makin nipis akhlak, iman dan malu.

Bayangkan yang anda tonton ini adik beradik atau anak sendiri, apa agaknya yang bakal budak-budak ini terima bila balik rumah nanti?

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL