SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Islam tapi Lapor Polis Gangguan Azan



Seorang lelaki berumur 50 tahun telah membuat satu laporan polis kerana bacaan ayat tahrim dan laungan azan subuh yang terlalu kuat sehingga mengganggu tidurnya.

Lelaki ini dalam laporannya berkata dia juga telahpun membuat aduan kepada pejabat Agama Islam negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan juga ahli jawatan kuasa (AJK) surau perumahan terbabit.

Dia kata laungan azam ini mengganggu dan dia tak selesa dengan laungan azam subuh yang kuat.

Cerita laporan polis ini telah tersebar dan kisah ini telah di'share'kan oleh facebook, whatsapp dan telegram dan menjadi viral. 

Banyak komen yang diterima dan paling menarik satu komen daripada bukan Islam.
Eric Kai Yuen : I'm non Muslim, my condo is just opposite masjid, and i stay here for more than 10 years. I didn't found a single problem with it. I believe praying is good for everyone, no matter what religions u are.

Apa nak jadi umat Islam di negara ini entahlah....

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Where Children Sleep

Chris Booth dan James Mollison ialah dua orang jurugambar yang menghasilkan projek Where Children Sleep dimana mereka mengembara keseluruh dunia untuk melihat "bilik tidur" kanak-kanak. Ada yang mempunyai bilik yang mewah dan tak kurang juga ada yang tinggal sebagai gelandangan. Siri foto ini menginsafkan. 






Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pulau Kecil yg Padat dan Maju



Migingo adalah sebuah pulau batu kecil, dengan luas kurang dari setengah ekar atau sekitar setengah ukuran padang bola sepak, yang terletak di Tasik Victoria, Tasik terbesar di Afrika dan tasik tropika terbesar di dunia.

Meskipun ukuran kecil, pulau ini adalah tempat tinggal bagi 131 orang yang tinggal di pondok-pondok penuh sesak diperbuat dari zink dan kayu. Meskipun kondisi kehidupan tidak seperti setinggan, Migingo adalah sebuah pulau yang mempunyai lima bar, salon kecantikan, kedai ubat serta beberapa hotel dan berbagai pelacuran. Sebahagian besar penduduk pulau bekerja sebagai nelayan dan pedagang ikan.

Orang yang pertama tiba di pulau itu adalah dua nelayan Kenya, Dalmas Tembo dan George Kibebe, yang mengaku telah menetap di sana sejak tahun 1991. Pada saat itu, pulau ini dihuni dengan burung dan ular.

Mereka kemudian bergabung dengan 60 anggota kelompok nelayan lainnya setelah menerima informasi bahwa wilayah ini kaya dengan ikan Nile Perch. Selanjutnya, nelayan lain dari Kenya, Uganda dan Tanzania datang ke pulau mengubahnya menjadi sebuah pusat perdagangan yang berkembang pesat.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Temani Anak Saat Tahu Ajal Akan Tiba



Ketika anda berkahwin tentunya sangat ingin ditemani oleh kedua orang tua anda bukan? Ketika upacara perkahwinan anda disaksikan oleh ayah dan ibu rasanya kebahagiaan lebih lengkap. Begitu juga dengan orang tua, pastinya menjadi kebahagiaan tersendiri jika boleh mendampingi anaknya dalam upacara perkahwinan.

Namun jika Tuhan berkehendak lain, apa yang perlu dilakukan? Seperti halnya dengan Kisah Jim Zetz ini, Mengetahui dirinya menghidap kanser prankeas, ayah ini ingin berjalan di ruang sayap (the aisle) bersama anak perempuannya yang masih berusia 11 tahun. Mereka melakukan upacara selayaknya perkahwinan kerana Jim Zetz tidak akan mungkin membawa anak perempuannya di ruang sayap kerana mungkin sebentar lagi dia harus pergi untuk selamanya.

Dipetik dari dailymail.co.uk, Jim Zetz berusia 62 tahun dan mempunyai anak perempuan yang kini usianya masih 11 tahun. Keluarga yang berasal dari California ini kini sedang diliputi perasaan haru. Jim sedang mengidap kanser pankreas tahap 4. Jim sebenarnya ingin sekali memegang tangan anak perempuannya ketika berjalan di ruang sayap jika kelak anak perempuannya berkahwin. Cerita ini pun didengar oleh seorang jurugambar bernama Lindsey Villatoro yang sangat tersentuh dengan kisah Jim, kemudian dirinya mempunyai inisiatif untuk mengumpul dana dan hal-hal lain yang berkaitan dengan perkahwinan.





Akhirnya dalam masa 72 jam Lindsey boleh menyiapkan kek pengantin, pakaian, makanan untuk menjamu jemputan, bunga, dan bahkan makeup. Awalnya Lindsey mendengar cerita mengharukan tersebut ketika melakukan foto dengan keluarga Jim sebagai kenangan terakhir bersama dengan Jim. Josie tidak boleh menerima kenyataan apabila mengetahui mungkin ayahnya nanti tidak boleh mendampingi ketika Josie berkahwin. Lindsey akhirnya memberikan idea untuk membuat upacara perkahwinan mini. 



Tidak dapat dielakkan lagi, upacara perkahwinan yang dilakukan di laman belakang rumah ini mengundang ribuan air mata jatuh menitis ketika Josie menangis dipelukan ayahnya selepas Jim memberikan cincin yang sangat indah kepada Josie bertepatan dengan ulang tahunnya yang ke-11. Bagi Jim, kenangan ini akan sangat bermakna bagi Josie kelak dan tentu bagi ketenangan dirinya sendiri yang mungkin akan segera meninggalkan putri kesayangannya. Semoga Tuhan memberikan keajaiban ya Ladies agar Jim diberikan usia lebih panjang demi Josie.

Tengok Vdeo >>>

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bayi Seberat Budak 6 Tahun



Bayi paling gemuk yang beratnya sama dengan anak berusia enam tahun telah lahir di Colombia. Si ibu bernama Eunice Fandino menulis dalam meminta bantuan, hingga Sukarelawan dari Medellin berasaskan Chubby (Gorditos de Corazon) datang dan menyelamatkan mereka. Bayi ini mempunyai berat 20kg, di dinyatakan obesiti, kerana mempunyai saiz badan yang sangat besar.

Si ibu sangat menyesal kerana dia selalu memberikan susu setiap kali anaknya menangis yang menyebabkan si anak menjadi lebih besar lagi. "Dia lahir dengan keadaan yang tidak biasa, jadi jika dia menangis saya hanya memberinya makan," tambahnya.



Caracol Radio melaporkan bahawa Santiago telah menderita komplikasi perubatan kerana berat badannya sejak ia lahir, dan telah dirawat di hospital pada beberapa kesempatan. Pengarah Chubby Hati Salvador Palacio González mengatakan anak akan dinilai oleh doktor pakar di Colina Clinic.

Paramedik kemudian akan cuba untuk menurunkan berat badannya ke tahap yang pas sebelum melakukan siri pembedahan, "Kemungkinan, apa yang dia perlukan adalah rawatan jangka panjang, pendidikan, makanan sihat, dan ketika dia melakukan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh anak yang usianya lebih tua," kata ahli bedah Cesar Ernesto Guevar El Espectador.



Laman Daily Mail juga mendedahkan "Jika tidak, di masa depan, ia boleh menderita diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat dengan sendi-sendinya," tambahnya. Fandino mendedahkan bahawa ia praktikal terbatas pada rumahnya sebagai bayi itu 'terlalu berat' untuk mengambil keluar dan kira-kira. Namun dia menambah bahawa dia adalah 'optimis' tentang bantuan dia menerima dan berjanji untuk mengikuti Arahan dia diberikan oleh doktor.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kumpul 9 Juta Bahan Buangan Biayai Anak



Pepatah Perkasa ada berkata, Sikit sikit lama lama menjadi bukit. Ini mungkin pepatah yang ada dalam bahasa tionghua kerana sepasang suami isteri di Hengyang, Provinsi Hunan mengitar semula 9 000 000 botol plastik selama 10 tahun bagi membiayai yuran pelajaran anak mereka di Jerman. Ini memang parents yang deserve respect. Bekerja keras untuk anak. Kalau anak dia lupakan pengorbanan ibu bapanya, harap kami ialah Ah Tanggang akan mati disumpah menjadi botol plastik gergasi. 




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 Keajaiban Solat Tahajud




Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.

Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”


Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :

1. Tiket ke Syurga

Abdullah Ibn Muslin berkata 
“kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).


2. Menjauhi Penyakit

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda,
 “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia

Rasulullah Saw bersabda, 
“Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)


4. Mendapat Rahmat Allah

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, 
“Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)


5. Doa Dikabulkan

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)


6. Penghapus dosa

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, 
“Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)


7. Menewaskan Syaitan


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda,
 “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”


8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.

Allah Berfirman,
 “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)


Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kes Warganegara Derhaka



Lebih kurang 500 sehingga 1000 warganegara Malaysia berbangsa Cina berada di United Kingdom telah menolak untuk menjadi warganegara Malaysia dan memohon untuk menjadi warganegara UK.

Mereka beranggapan dengan memohon British Overseas Certificate (BOC) mereka layak untuk mendapat warganegara British yang sah rupanya tidak.

Permohonan mereka ditolak oleh UK dan terpaksa dalam 'buangan' kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

Kes ini berlanjutan sejak tahun 2003 lagi, masalah bekas rakyat malaysia ini rasanya cuba diselesaikan dah lama namun Kerajaan tetap konsisten mengira bahawa mereka bukan lagi rakyat Malaysia selaras dengan Perlembagan Persekutuan dengan menzahirkan ketidak setia pada persekutuan dengan perbuatan mengoyak dokumen


Rujukan

Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraanmana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati--

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

Dan memang kerajaan hingga ke kerajaan Pak Lah jelas tidak mahu menerima kembali bekas rakyat ini. Tetapi baru-baru ini Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi akan memberi kebenaran untuk mereka pulang ke negara ini.

Malah, pihak imigresen akan memberi mereka 'laluan khas' bagi memudahkan mereka. Namun mereka belum layak diberi status warganegara Malaysia yang sah dan perlu memohon di mahkamah untuk memohon status tersebut.


INI PULA Jawapan dari pihak Zahid Hamidi

1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

4. Pemegang Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963. 

6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia. 

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

Credit
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL