SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Masih Hidup Lepas 9 Hari Disembelih



Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Padah Berskirt Pendek



Hal sebegini selalunya terjadi apabila ada musang hidung belang atau berkeinginan melihat seluar dalam awek yang berskirt paras paha.

Kepada perempuan-perempuan yang rasa diri mereka hot apabila tidak bertudung dan berskirt pendek, adalah lebih elok kalau kalian berfikiran waras dengan memanjangkan sedikit skirt pakaian anda.


kepada jejaka-jejaka yang berhidung belang, waraskan pemikiran anda walau dimana anda berada.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Islam tapi Lapor Polis Gangguan Azan



Seorang lelaki berumur 50 tahun telah membuat satu laporan polis kerana bacaan ayat tahrim dan laungan azan subuh yang terlalu kuat sehingga mengganggu tidurnya.

Lelaki ini dalam laporannya berkata dia juga telahpun membuat aduan kepada pejabat Agama Islam negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan juga ahli jawatan kuasa (AJK) surau perumahan terbabit.

Dia kata laungan azam ini mengganggu dan dia tak selesa dengan laungan azam subuh yang kuat.

Cerita laporan polis ini telah tersebar dan kisah ini telah di'share'kan oleh facebook, whatsapp dan telegram dan menjadi viral. 

Banyak komen yang diterima dan paling menarik satu komen daripada bukan Islam.
Eric Kai Yuen : I'm non Muslim, my condo is just opposite masjid, and i stay here for more than 10 years. I didn't found a single problem with it. I believe praying is good for everyone, no matter what religions u are.

Apa nak jadi umat Islam di negara ini entahlah....

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Where Children Sleep

Chris Booth dan James Mollison ialah dua orang jurugambar yang menghasilkan projek Where Children Sleep dimana mereka mengembara keseluruh dunia untuk melihat "bilik tidur" kanak-kanak. Ada yang mempunyai bilik yang mewah dan tak kurang juga ada yang tinggal sebagai gelandangan. Siri foto ini menginsafkan. 






Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL