SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Antara Fakta Mengenai Korea Utara



Antara Fakta mengenai Korea Utara





















Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Worst Mother Ever



Seorang ibu di Dongguan, China dikritik hebat apabila video menunjukkan dirinya memukul dan mengheret anak yang masih kecil tanpa belas kasihan tersebar di internet.


Anaknya hanya mampu menangis hingga terkencing malah terbaring di jalanraya yang kotor dan berdebu namun si ibu dilihat lebih sibuk dengan telefon bimbit.

Orang awam dan anggota polis yang terkejut melihat perlakuannya cuba menenangkan keadaan namun ibu ini bukan sahaja tidak menerima nasihat malah naik angin.

Berikut adalah rakaman lain menunjukkan apa yang diperkatakan wanita ini apabila dinasihati:


Selain menghambur maki hamun, dia turut berkeras itu adalah cara dia mendisiplinkan anaknya.

Anaknya yang ketakutan melihat orang ramai cuba mendapatkan perlindungan ibunya namun wanita berhati kering ini tergamak meninggalkan anaknya yang mungkin baru pandai berjalan itu semata-mata untuk bercakap di telefon bimbit.

Perlakuan kejam wanita ini dikecam masyarakat yang pada sama, turut menyalahkan anggota polis dalam rakaman ini kerana tidak menahan wanita tersebut.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

BerAKSI Panas di Restoran



Gambar pasangan ini telah dikongsi di laman STOMP oleh seorang pengunjung restoran tersebut yang dikenali sebagai ‘STST’

MUNGKIN pasangan kekasih ini boleh dikategorikan sebagai manusia yang sudah putus urat malunya.

Apa tidaknya, mereka boleh beraksi ‘panas’ dalam sebuah restoran steamboat di Singapura.
Menurutnya, kedua-dua mereka langsung tidak memperdulikan pandangan orang ramai yang ternyata jelik dengan aksi mesra mereka di meja makan.

“Mereka bergilir-gilir duduk di atas riba masing-masing dan asyik bersentuhan. Saya rasa seolah-olah sedang menonton filem porno ringan semasa makan!

“Apa sudah jadi dengan anak muda zaman sekarang?,” ujarnya kesal.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Mengamuk Di McD Tanpa Pakaian



She’s not lovin’ it…

Kejadian dipercayai berlaku di Mcdonalds St Petersburg, Florida, Amerika Syarikat.
Rakaman adalah dari kemera keselamatan restoran berkenaan.

Entah apa la yang dia marah sangat…atau sedang berhalusinasi kot… sehingga pekerja-pekerja lelaki restoran tu pun hanya mampu melihat.

Dalam video di bawah, wanita berkenaan selain menghancurkan barangan, turut memakan ais krim dari mesin.

Lebih menarik kalau menonton video ini adalah suara gelak ketawa krew Mcdonalds ketika menonton kembali kejadian itu.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL