SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Relakan Diri DiROGOL Demi Selamatkn Anak


Gambar Hiasan

Seorang ibu terpaksa merelakan dirinya untuk diperkosa oleh seorang penyamun bersenjata di rumahnya minggu lalu untuk melindungi anak-anaknya. 

Wanita tersebut, seorang surirumah berusia 38 tahun, dirogol berkali-kali manakala empat orang anaknya telah dikunci oleh suspek di sebuah bilik bersebelahan.

Kejadian tersebut berlaku jam 5.45 pagi apabila wanita tersebut dikejutkan oleh seorang lelaki yang memegang sebilah gunting.

Suspek, yang menutup mukanya dengan sehelai pakaian kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap.

Dia tangkas menutup mulut wanita tersebut dengan tangan dan mengacukan gunting yang dipegangnya ke leher mangsa. Suspek memberi amaran kepadanya untuk tidak menjerit atau dia akan dibunuh.

Mangsa juga dipaksa untuk menyerahkan barang kemas dan wang yang dimilikinya.

Wanita tersebut yang ketakutan lalu mengambil wang RM300, dua telefon bimbit, seutas rantai dan sepasang anting-anting, diletakkan di dalam sarung bantal dan menyerahkan kepada suspek.

Suspek kemudian menyatakan dia hendak merogol salah seorang anak perempuannya dan ini menyebabkan dia merayu dengan menyatakan dia sanggup menjadi pengganti kepada anaknya.

Ketika itu, anak-anaknya terjaga dan suspek telah mengunci mereka di dalam bilik. Suami wanita tersebut tiada di rumah dan tidak pulang kerana berada di luar untuk urusan perniagaan.

Suspek kemudian pergi mendapatkan wanita itu yang terpaksa membiarkan dirinya dibogelkan dan diperkosa.

Wanita itu kemudian memberitahu polis suspek tersebut tidak menggunakan kondom tetapi sekadar membaluti kemaluannya dengan bag plastik.

Mangsa ditampar beberapa kali apabila beliau meronta dan cuba menahan dari diperkosa lagi.

Setelah suspek pergi, mangsa memanggil jirannya untuk mendapatkan bantuan sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Beliau juga telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan polis forensik tiba ke tempat kejadian untuk mendapat kesan cap jari suspek. 

Mereka turut menemui gunting yang digunakan suspek untuk mengancam wanita berkenaan dan pakaian kanak-kanak yang digunakan suspek untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan tetapi enggan mengulas lebih lanjut. -NST

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Makan Batu Ketika Resah



Seorang wanita berumur 45 tahun sudah mempunyai kebiasaan memakan batu selama 20 tahun. Ibu dua anak ini mengaku kalau memakan batu merupakan makanan yang "selesa" untuknya. Jika wanita lain, perlu makan coklat untuk menenangkan fikiran disaat gelisah, wanita ini malah memakan batu.


Namun sejak berkahwin dengan suaminya Jim tahun lalu,"Jim membuat saya sangat bahagia dan saya pun mula mengurangkan makan batu," katanya. "Namun semua orang mempunyai hari yang buruk dan apabila saya mengalaminya, hanya batulah yang boleh membuat saya lebih baik dan terhibur."

Teresa Widener, nama wanita itu, menyimpan batu di dalam peti khas yang terletak di dapur rumah mereka di Bedford, Virginia dan biasanya memakan batu itu sambil berbual dengan suaminya.


"Saya memilih batu dari bentuk yang saya suka," katanya. "Saya menyukai aroma tanah yang ada pada batu itu, hingga saya juga menelan tanah yang melekat di batunya."

Batu kesukaan Teresa adalah batu yang lembut dan rapuh. Namun jika ada batu yang keras, terkadang Teresa menghancurkannya sendiri dengan tukul miliknya.

"Saya merasa lebih baik hanya dengan mengetahui kalau ada persediaan batu di rumah," jelasnya. "Mereka selalu ada untuk menghibur saya saat saya sedang sedih."

Kelainan Teresa ini dinamakan Pica, iaitu kelainan yang membuat penderitanya memakan sesuatu yang bukan makanan. Haiwan-haiwan seperti serigala dan penyu juga kadang memakan batu untuk membantu pencernaannya, namun kes ini jarang dilihat pada manusia.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kenikmatan Telur Rebus Teruna



Mengikut tradisi, penduduk bandar Dongyang, yang terletak ditengah-tengah wilayah Zhejiang di China telah menyediakan sejenis hidangan pelik yang dikenali sebagai telur rebus teruna untuk tahun ini.

Dijual di kedai dan juga di gerai penjaja tempatan, telur-telur ini dikatakan lebih masam tahun ini, yang menjadikannya lebih lazat!


Ia sememangnya makanan musim bunga yang popular, dan penduduk Dongyang tahun ini sangat berpuas hati dengan telur rebus ini, yang sebenarnya dihasilkan dengan merebus telur ayam dua kali dalam kencing budak lelaki.

Cerita tentang telur ini dilaporkan dengan meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan cerita tentang telur rebus teruna sepatutnya tidak mengejutkan pengguna Internet lagi. Telur rebus teruna sudah dihasilkan di Dongyang selama berkurun lamanya dan digemari oleh penduduk tempatan. Ia dikatakan mempunyai khasiat untuk kesihatan, contohnya memberikan tenaga, menyahtoksin darah dan menyembuhkan demam.




Air kencing yang digunakan untuk merebus telur datangnya dari budak-budak lelaki berusia 10 tahun ke bawah. Hanya budak yang sihat sahaja dibenarkan menderma air kencing mereka untuk digunakan bagi merebus telur.

Budak yang menghidap selsema atau penyakit lain adalah dilarang sama sekali dari menyumbang air kencing, yang didapatkan dari baldi yang diletakkan di sekolah-sekolah rendah (dan kemudiannya dikencing oleh budak) di Dongyang untuk mengekalkan ketulenannya.


Tidak cukup dengan itu, telur ini juga perlu direbus dua kali, pertama dengan kulit telur tidak diusik, dan kemudiannya sekali lagi dengan kulit telur dipecahkan sedikit. Kalau nak buat, pastikan ikut langkah yang betul, okay?


Dan inilah hasilnya telur yang sudah direbus dan sedia untuk dinikmati. Telur ini telah diiktiraf sebagai warisan budaya masyarakat Dongyang oleh kerajaan China pada tahun 2008.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Wanita Tertidur Di Dalam Sungai



Akibat menghadapi masalah rumahtangga, wanita ini tidak menyedari yang dia telah tertidur dipermukaan air selama hampir 40minit dan hanyut dibawa arus sehingga diselamatkan polis.

Pihak polis di bandar Wenling, Wilayah Zhejiang, China telah dibanjiri panggilan telefon dari orang ramai yang telah melihat mayat terapung di dalam sungai. Polis yang bertindak cepat dan tiba di lokasi yang dilaporkan mendapati tubuh seorang wanita muda terapung di atas air.

Dan yang peliknya, wanita itu sebenarnya tidak mati, hanya tertidur di atas permukaan air. Dan yang paling menarik, dia sudah tertidur di situ selama 40 minit. Seperti yang dilaporkan oleh Rocketnews, insiden itu berlaku selepas wanita tersebut bertengkar dengan suaminya di rumah.

Di tengah kerisauan, wanita itu menelan 20 butir ubat dan kemudian berjalan sendirian untuk meredakan kemarahannya. Malangnya, wanita tersebut tidak mengambil kira faktor kesan sampingan yang ada. Ketika berjalan-jalan, dia mengalami perasaan mengantuk yang sangat luar biasa.

Kerana tidak mampu menahan perasaan mengantuknya itu, dia terjatuh ke dalam sungai yang kebetulan dilaluinya. Perkara terakhir yang diingatinya mengenai insiden itu adalah perasaan tercekik di leher selepas jatuh ke dalam air, tapi oleh kerana perasaan mengantuk yang terlalu kuat, dia pun terlelap.

Namun, wanita itu sangat beruntung kerana ketika tertidur tubuhnya mampu terapung di atas air dengan tenang dan mencegahnya dari tenggelam. Ramai saksi menyatakan bahawa wanita tersebut berada dalam kedudukan tersebut selama 40 minit sebelum polis tiba dan menyelamatkannya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL