SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

MH370: Artis Yang Pernah Jadi Staff MAS



Tragedi MH370 yang tercetus, nyata menggemparkan dunia ketika ini. Tidak kira pangkat, darjat, bangsa mahupun usia, semua insan tersentuh serta tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu yang dilaporkan mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi. 

Kelompok artis tempatan turut terkejut dengan insiden ini apatah lagi mereka yang pernah bertugas sebagai anak kapal dengan MAS suatu ketika dulu.

Lantaran hari ini, RAP mengumpulkan beberapa nama yang pernah menjadi pramugara dan pramugari MAS seperti Raja Azmi Raja Sulaiman, Ziana Zain, Amy Mastura, Ellie Suriaty Omar, Anuar Zain, Faezah Elai dan Nazim Othman. Antara yang lain termasuklah Datin Normala Shamsuddin, Fouziah Gous dan artis yang masih bertugas iaitu Zarul Umbrella. 

Nazim Othman - Bertugas: 2000 - 2008
“Sepanjang lima tahun menjadi pramugara, saya tidak pernah pula melalui peristiwa yang menakutkan. Apapun kes yang menimpa pesawat MH370 ini sangat luar biasa. Jadi, saya mengharapkan masyarakat dapat menerimanya secara positif dan tenang apa yang sudah berlaku. Janganlah membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan keadaan tegang dan menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa.
“Saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Walaupun hakikatnya sangat pahit untuk ditelan, apa boleh kita buat kerana ia takdir Tuhan.
“Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu pasrah dan berdoa. Apapun, saya tetap berbangga dengan cara pengurusan MAS dalam tragedi ini dan semua pihak SAR sedang berusaha bersungguh-sungguh mencari di mana kotak hitam.”



Amy Mastura - Bertugas: 1989 - 1994
“Saya sempat lima tahun bersama MAS namun apabila berjaya pertandingan Asia Bagus! pada 1993, saya akhirnya berhenti daripada MAS, setahun kemudian.

“Syukurlah sepanjang lima tahun saya dengan MAS, tidak pernah pun saya berdepan situasi genting. Pun begitu seperti semua anak-anak kapal lain, kami dilatih untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Biasanya sebelum suatu penerbangan berlepas, kesemua anak-kapal terbabit lebih dulu diberi taklimat penting sebagai persiapan kerana kita mahu semuanya berjalan lancar.

“Ketika ini saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat penumpang MH370. Saya yakin semua anak kapal kita dalam MH370 sudah melakukan yang terbaik dalam tugasan mereka dan usahlah kita berprasangka buruk terhadap mereka dan mendengar spekulasi negatif.”



Raja Azmi - Bertugas: 1979 - 1983
“Sebelum menjadi produser filem, saya pernah bertugas dengan MAS ketika berumur 19 tahun dengan pesawat jenis Fokker F27. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana saya suka melayan penumpang dan mendapat ramai kawan. Malah setiap kali menyarung pakaian seragam MAS, saya sangat bangga apatah lagi ketika itu hanya ada satu syarikat penerbangan komersial di Malaysia.

“Daripada F27, saya beralih ke pesawat Boeing 737, DC10, Airbus A300 dan akhir sekali, Boeing 747.

“Paling jauh saya ‘terbang’ ialah ke Rom, Itali pada 1983. Rombongan Sultan Pahang turut menaiki kapal terbang berkenaan.
“Antara saat cemas buat saya apabila kami mengalami gangguan cuaca dalam perjalanan ke Manila pada 1982. Pesawat Boeing 737 kami tiba-tiba menempuh ‘air pocket’ dan ditarik hampir 20 kaki ke bawah!.

“Habis air kopi yang mahu saya hidangkan tercurah ke badan saya apabila kapten tidak sempat memberikan isyarat amaran. Walaupun panik seketika, semua penumpang selamat dan faham dengan situasi ‘air pocket’.”



Ellie Suriaty - Bertugas: 1991 - 1998
“Terus terang niat asal saya menjadi pramugari adalah untuk mencari seorang kawan baik ketika kami bersekolah dulu. Saya akhirnya bertemu juga dengan rakan saya itu.

“Saya puas kerana berpeluang menjelajah banyak negara seperti England, Kanada, Belanda, Australia, China dan Jepun.

“Biasanya apabila berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan menjadi penghibur dan mereka seperti ahli keluarga kita. Kami anak-anak kapal memang akrab.

“Melalui gangguan cuaca adalah perkara biasa. Namun kami semua sudah diajar untuk tenang dan sentiasa sedia. Paling penting usah tunjukkan rasa gugup di depan penumpang dan perlu jadi kuat. Kami kerap menjalani kursus dan mendengar taklimat penerbangan.”



Ziana Zain - Bertugas: 1990 - 1992
“Saya hanya sempat terbang dengan MAS selama dua tahun tetapi saya tetap seronok dan gembira menjadi ‘cabin crew’. Paling gembira apabila kita dapat melihat negara orang dan pergi ke tempat yang mungkin sukar untuk saya lawati ketika itu kerana keluarga saya bukannya orang yang senang.

“Penerbangan terakhir saya adalah ke Dubai sekitar Julai 1992. Selepas itu saya terpaksa berhenti demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

“Saya bangga kerana dalam keluarga, adik saya, Anuar juga bekas pramugara dan suami saya (Armin Zaharin) masih lagi berkhidmat sebagai ketua pramugara MAS. Aura MAS nampaknya masih dekat dengan saya kerana sudah 24 tahun Armin bertugas dengan MAS.”


Anuar Zain - Bertugas: 1990 - 2000
“Saya bangga dapat berkhidmat dengan MAS selama lebih 10 tahun kerana bersama mereka banyak memberikan pengalaman indah dan berharga dalam kehidupan saya.

“Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan ramai individu yang begitu komited pada kerja dan disiplin mereka sangat hebat.

“Apatah lagi, ketika berkhidmat dulu pun saya ada pengalaman pernah bekerja dengan beberapa anak kapal yang terbabit dalam tragedi pesawat MH370 seperti ketua pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes.

“Mereka ternyata orang-orang yang bagus dan amat baik belaka. Seperti Andrew, dia adalah orang yang bertanggungjawab membentuk saya dalam menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan seorang yang cukup merendah diri dan mesra.

“Begitu juga dengan Patrick, saya paling mengingatinya sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan amat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara.

“Hanya doa yang mampu saya berikan kepada mereka.”



Danny X-Factor - Bertugas: 2003 - 2006
“Banyak pengalaman manis dirasai sepanjang saya bertugas dengan MAS. Pendapatan saya termasuk elaun sebulan boleh mencecah sehingga RM8,000 dan saya juga sempat membuat umrah di Makkah. Antara pesawat yang pernah saya naiki ialah Boeing 737, Airbus 200, Airbus 300, Boeing 777 dan Boeing 747.

“Bercakap mengenai pengalaman getir, ia lebih kepada penerbangan dalam hujan lebat kerana kita harus bijak mengawal suasana supaya penumpang tidak gelisah.

“Biasanya apabila cuaca buruk, pesawat tidak akan terus membuat pendaratan, sebaliknya akan berlegar-legar dulu buat seketika di udara.

“Ketika ini ada penumpang akan tertanya-tanya dan kami akan memberitahu dengan baik agar mereka tenang dan memakai tali pinggang keledar.

“Sebagai anak kapal, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat penumpang. Ragam penumpang itu perkara biasa buat kami.”



Faezah Elai - Bertugas: 2003 - 2005
“Saya sempat berkhidmat selama tiga tahun dengan MAS. Namun saya bertuah kerana sudah ‘terbang’ jauh hingga ke New York. Antara pesawat yang saya naiki adalah Boeing 737, 777 dan 747.

“Banyak cabaran harus dilalui sebagai pramugari dan kita perlu melayan semua penumpang dengan sebaik mungkin.

“Tiada istilah yang buruk atau teruk kerana bagi saya semua cabaran itu harus digalas dengan penuh rasa tanggungjawab. Malah saya seronok bermesra dengan penumpang yang ramah dan mendapat kawan baru. Lebih teruja kalau saya dapat bertugas bersama anak-anak kapal yang rapat andai kami 'terbang' ke satu-satu destinasi yang jauh.

“Kalau ada ‘night stop’, kami boleh berjalan-jalan dan membeli-belah bersama.”
 - Hmetro

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Chef UK Menang Saman McD



Chef dari UK, Jamie Oliver, beliau telah menang dalam mahkamah kes saman McDonald tahun 2013.

Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari kualiti yang paling rendah hanya layak untuk binatang ternakan yang makan.

Jadi, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi juga kerana 'they really serve you JUNK food'.

Baca artikel di bawah.

Alert: Ammonia found in McDonald's Foods: Chef Oliver Wins Lawsuit

McDonald’s Burgers “Unfit for human consumption”
Hamburger chef Jamie Oliver has won his long-fought battle against one of the largest fast food chains in the world – McDonalds. After Oliver showed how McDonald’s hamburgers are made, the franchise finally announced that it will change its recipe, and yet there was barely a peep about this in the mainstream, corporate media.

Oliver repeatedly explained to the public, over several years – in documentaries, television shows and interviews – that the fatty parts of beef are “washed” in ammonium hydroxide and used in the filling of the burger. Before this process, according to the presenter, the food is deemed unfit for human consumption. According to the chef and hamburger enthusiast, Jamie Oliver, who has undertaken a war against the fast food industry, “Basically, we’re taking a product that would be sold in the cheapest way for dogs, and after this process, is being given to human beings.”

Besides the low quality of the meat, the ammonium hydroxide is harmful to health. Oliver famously coined this the “the pink slime process.”


“Why would any sensible human being put meat filled with ammonia in the mouths of their children?” Oliver asked.

In one of his colorful demonstrations, Oliver demonstrates to children how nuggets are made. After selecting the best parts of the chicken, the remains (fat, skin and internal organs) are processed for these fried foods.

In the United States, however, Burger King and Taco Bell had already abandoned the use of ammonia in their products. The food industry uses ammonium hydroxide as an anti-microbial agent in meats, which has allowed McDonald’s to use otherwise “inedible meat.”

Most disturbing of all is the horrifying fact that because ammonium hydroxide is considered part of the “component in a production procedure” by the USDA, consumers may not know when the chemical is in their food.

Watch the "PINK SLIME PROCESS" video:


About Ammonia

According to Wikipedia, Ammonia or azane is a compound of nitrogen and hydrogen with the formula NH3. It is a colourless gas with a characteristic pungent smell. Ammonia contributes significantly to the nutritional needs of terrestrial organisms by serving as a precursor to food and fertilizers. Ammonia, either directly or indirectly, is also a building-block for the synthesis of many pharmaceuticals and is used in many commercial cleaning products. Although in wide use, ammonia is both caustic and hazardous. The global production of ammonia for 2012 is anticipated to be 198 million tonnes,[7] a 35% increase over the estimated 2006 global output of 146.5 million tonnes.[8]

Credit

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pramugari Royal Brunei Utamakn Aurat




Pramugari ROYAL BRUNEI AIRLINES dengan rasminya menutup AURAT sempena penguatkuasaan HUDUD.Alhamdulillah, proses transformasi secara berfasa Royal Brunei Airlines untuk mencapai 100% pramugari mereka menutup aurat berjaya baru-baru ni selepas penguatkuasaan penuh hukuman hudud Brunei pada 1 April 2014 yang lepas.

Walau ada beberapa perkara boleh diperbaiki lagi (seperti melabuhkan lagi sedikit tudung dan memanjangkan lengan), well, it is a good start.

Semoga pencapaian ini menjadi ikutan negara-negara jiran Brunei seperti Malaysia InsyaAllah.

Sama-sama kita doakan.







Semua pramugari sudah bertudung !Berskirt panjang tutup aurat !
Subhanallah.. Allahuakbar!
Tahniah ! Royal Brunei Airlines..

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Yahudi Putar Belit Khasiat Kambing




YAHUDI Mereka yang bergelar doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan.

Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.

Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging Kambing Adalah Daging Yang Paling Baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.

Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.

Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu’Alam.

INFO TAMBAHAN:

Kita Ditipu Oleh Pengkaji Dari Barat(Yahudi)….??

Bijak sungguh mereka memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, akan tetapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa jika ingin mendapatkan vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.  Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita oleh kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi pada hati ayam.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Tetapi lain pula bagi orang Barat dan Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

Untuk pengetahuan, ‘Mereka’ juga mengwar-warkan kebaikan minum soya, namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser, serta melemahkan otak dan tulang oleh kerana kandungan soya mempunyai hormon estrogen yang sama terdapat pada wanita. Soya juga mempunyai kandungan phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL