SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Protokol Ke 10 Yahudi



Cuba kita renungkan kebenaran artikel ini sebagai rujukkan kita bersama dan sebagai ingatan kepada kita.
Di ingatkan semula agar kita tidak lupa dan lalai terhadap apa yang dunia hidangkan kepada kita.

Protokol Yahudi

Di bawah adalah Protokol ke 10 Yahudi (jumlah protokol 24 kesemuanya) mengandungi 8 perkara untuk melalaikan manusia. Sekaligus memudahkan mereka menguasai dunia seperti yang terjadi sekarang ini.

Dakwah melalui lagu? Setakat ini tak dapat lihat kesannya

Song
Lagu-lagu amat menghiburkan dan melalaikan. Ada anak-anak yang tidak tahu mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Tidak menghafal ayat-ayat al-Quran meskipun sependek al-Fatihah tetapi boleh menghafal lagu dalam bahasa yang tidak difahaminya. Berjayakah Yahudi? Sememangnya mereka berjaya sehinggakan kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? Boleh ke hidup tanpa lagu? Tanya diri anda sendiri. Al-Quran atau Protokol Yahudi yang anda ikut?

Sex
Sex sudah menjadi kegilaan remaja dan orang tua sekalipun. Sex senang didapati di mana-mana. Di kaca tv, di dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Filem 18SX amat laris di pasaran. VCD lucah amat mudah didapati dan harganya amat murah. Kini kita seakan-akan tidak kisah dengan filem yang mempunyai unsur sex. Lagi sekali Yahudi berjaya.

Rokok
Rokok adalah hasil ciptaan Yahudi. Tetapi mereka tidak merokok. Rokok telah menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak lelaki jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi perempuan yang kononnya mahu di gelar 'up to date'. Kita seakan-akan mendokong penuh dalam merialisasikan matlamat yahudi.

Sukan
Pelbagai jenis sukan telah dipopularkan. Lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba untuk mencapai target dan kemenangan. Bila bersukan, jarang yang menutup aurat, sembahyang dan puasa juga boleh di tangguhkan dan dibaikan. Yang menonton pun leka dan lupa menunaikan solat. Ramai yang fanatik dengan pasukan sukan masing-masing. Sampaikan ada yang bergaduh. Menangis kerana menang atau kalah. Pernah kita menangis kerana Allah? Atau menagis kerana permainan Yahudi?

Hiburan
Kita seolah-olah tidak dapat lari dari hiburan. Hiburan ada disekeliling kita. Betul ke kita tak dapat lari dari ini semua? Adakah pancaindera yang dianugerahkan kepada kita hanya untuk berhibur? Semua lapisan peringkat umur meminati hiburan. Akademi Fantasia contohnya memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. penonton melekat di depan tv berjam-jam lamanya. Seolah-olah itulah dunia mereka. Mereka gelak dan menangis bersama. Yang pasti yahudi gelakkan kita.

Wanita
Perempuan, tawaran Yahudi ini amat mengasyikkan. Perempuan dijadikan sebagai 'pelacur' untuk melariskan produk-produk syarikat dan memeriahkan event seperti lumba kereta dan sebagainya. Apa relevannya meletakkan perempuan separuh bogel di dalam iklan bateri kereta? Ini adalah untuk merendahkan martabat dan maruah perempuan. Hak-hak perempuan? Apa itu? Dari Quran atau pemikiran Yahudi?


Adakah Nabi Muhammad s.a.w ingin hadir ke festival fesyen islam ini?

Fashion
Fesyen terutama perempuan ada bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka sudah tidak menutup aurat. Macam mana hendak dikatakan menutup aurat jika bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat? Yahudi lebih mengetahui nafsu syawat lelaki berbanding wanita. Faham apa yang saya sampaikan? Fesyen lelaki juga semakin pelik. Gambar lucah terpampang di dada-dada mereka. Gah berjalan seolah-olah bangga dengan fesyen mereka tampilkan. Yahudi ketawakan kita lagi.

Makanan
Lagi satu kegilaan Umat Islam ialah obses terhadap makanan dari Barat seperti MC D, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Hanya dibeli setahun sekali apabila bulan Ramadan tiba. Tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan walaupun memudaratkan kesihatan. Makanan-makanan ini memang dicipta supaya Umat Islam lemah berfikir dan akan menjadi 'pak turut' kepada Yahudi.


Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Langkah 3:
* Sharekan ini orang yang anda kasihi..


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Masa Berlalu TAKKAN PERNAH Kembali



Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil.


Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi.

Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan. 

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi. 

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Keda: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

"WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI"

Credit
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Ritual Mandi Ludah



Ritual kuno berumur ratusan tahun di India ini mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit. Yang unik, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.

Ritual ini disebut sebagai ‘Made Snana’ bermaksud mandi ludah, iaitu ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun iaitu kuil Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar Udupi.

Sebagai sebahagian daripada ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka pada sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.

Festival rutin ini diikuti oleh sehingga 25000 orang yang berguling pada ‘sisa makanan’ para Brahmana.

Sementara, di sisi lain, terdapat sebahagian Dalit yang bergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menutup hospital dan badan kesihatan formal yang lainnya. Ritual ini dianggap menjadi
sebuah hal yang sangat tidak ilmiah dan menjijikkan.


Bagaimanapun, salah seorang pengikutnya, seorang ahli astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva menjelaskan bahawa ritual ini tidak ada kaitannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat dewa. Saya sendiri berguling ketika berumur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh.

Beberapa pihak yakin bahawa terdapat kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri mereka meningkat dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Penemuan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok



Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.

Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. 

Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.



Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.



Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.




Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini

Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.

Cakera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.


Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6

Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.



Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL