SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Sekolah Utk Jadi Nabi




Golongan nabi-nabi seperti yang kita tahu merupakan golongan insan terpilih yang dipilih oleh Allah s.w.t..Namun, di Israel, terdapat sebuah institusi pendidikan di mana selepas para pelajarnya menamatkan pengajian, mereka akan ditauliahkan dengan gelaran “Nabi”..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..

Di Israel, terdapat institusi pengajian di mana lulusannya bakal mendapat gelaran ‘nabi’.

Sekolah bernama ’Cain and Abel School for Prophet’ itu menawarkan biayaan sebanyak 200 shekel bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki gelaran nabi. Apa yang gilanya, untuk mendapatkan gelaran Nabi, para pelajar hanya perlu mengikuti 40 kelas singkat.

Sekolah tersebut akan memberikan sijil kepada sesiapap yang dinyatakan lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat. Siswa-siswa di sekolah tersebut dibenarkan masuk ke kelas dengan hanya mengenakan baju biasa, menggunakan gadget semasa proses pembelajaran, bahkan ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Terdapat juga siswa yang tak segan keluar dari kelas untuk merokok.

Di sekolah ini, para siswa akan belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku eksternal dan penampilan.

Satu-satunya guru sekolah itu, Shmuel Hapartzy percaya, Messiah (Nabi Isa) telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru. Anehnya, Hapartzy mengaku tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuatkan murid-muridnya boleh berinteraksi secara langsung dengan Tuhan.

Hapartzy menjelaskan kurikulum yang dipakai di sekolah tersebut mengikuti sifat-sifat seorang nabi. Sehingga, jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.

“Di masa lalu terdapat golongan nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu,” kata Hapartzy, seperti dilapor oleh AP. Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali sebagai tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari yuran kemasukan para murid-murid sekolah nabi.


 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bersuamikan 5 Lelaki



India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.

Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya.

Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.
Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.

Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.

“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya.

“Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.
Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.

“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.
Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.

Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.

“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.
Mengikut adat di kampung berkenaan, Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk

Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami.
Dinesh dikahwininya tahun lepas ketika lelaki itu berusia 18 tahun.

Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.

Rajo katanya, memasak dan mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sebak! Nenek Bersalah Mencuri Ubi Kayu



Subhanallah! Terharu sangat Baca Kisah Ini ! Mungkin ramai yang sudah tahu tetapi MESTI diketahui semua orang yang belum tahu 

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Hmmm Jika anda rasa terharu dan mendapat banyak pengajaran dalam cerita ini , ada juga perlu untuk Share kepada orang lain

Semoga ia bermanfaat

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Melihat Dunia Secara Songsang



Sekiranya surat khabar yang kita lihat dalam keadaan terbalik, kita sendiri akan menterbalikkan semula, samala juga seperti televisyen, jika ia dalam posisi yang yang tidak menegak, ia akan menyukarkan kita untuk menontonya.

Tetapi tidak kepada wanita ini, apabila dipercayai mempunyai gaya hidup yang pelik.

Gaya hidup yang dimaksudkan di sini adalah, penglihatannya lebih suka melihat dalam keadaan terbalik seperti menonton tv dan membaca surat khabar dalam keadaan sebaliknya. 

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.





Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL