SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Bergunanya Ubat Gigi



1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. Mengilatkan kuku

5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang
lembut keesokan harinya.

11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sebab Wanita Local Terpikat dgn Mat Bangla



1. Sebab diorang lebih setia
Kebanyakan mereka ni ibarat walau lautan api sanggup direnangi. Haha. Tapi ade terbaca gak yang benda ni tak kekal lama. Biasanya time belum kawen, time bercinta, memang semuanya baik/elok, tapi bila dah kawen, jadi lain. 

Setakat ni belum pernah dengar lagi kes dorang curang dengan girlpren/pasangan Malaysia dorang. Err lagipun time zaman pemerintahan British dulu, diorang ni (Gurkha) memang terkenal dengan kesetiaan diorang, loyal, berani, dan tak akan berundur lari ketakutan dalam medan peperangan. 

2. Sebab diorang lebih romantik
Tapi perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan adalah, diorang lebih thoughtful. Mungkin boleh dikaitkan dengan romantik. Atau mungkin jugak dorang lebih romantik sebab banyak sangat tengok movie Bollywood. 

3. Dorang cepat belajar/ menguasai sesuatu perkara
Contohnya, Bahasa Melayu dan slang-slang yang kita orang Malaysia ni selalu gunakan dalam daily conversation kita di Malaysia. diorang cepat belajar BM. Kalau kita, mampu cakap dalam bahasa Nepal after 1 month duduk Nepal tanpa guna Google Translator etc? 

Selain dari tu, diorang jugak berusaha untuk gain knowledge. Time bila dorang buat semua tu?..Tup tup dorang dah jadi pandai, siap jadi supervisor lagi di kilang-kilang. 

4. Dorang tak guna duit perempuan
If diorang betul-betul cintakan/sayangkan korang, duit korang diorang tak akan sentuh. Biasanya if diorang dalam kesusahan pun, diorang tak akan meminta dari korang. diorang tak nak menyusahkan korang. 

5. Diorang terima korang seadanya
Biasanya diorang tak tanya pun tentang ex ex pakwe korang dan kisah-kisah korang dan ex pakwe korang. Cuma, diorang akan tanya sama ada korang ni bini orang ke or dah pernah kawen/tunang. Kadang-kadang, korang nak bercerita tentang kisah-kisah lama korang (kononnya nak share kesedihan kisah lepas) pun dorang tak nak ambik tau. Haha. Bukan sebab kejam ke apa, tapi sebab dorang tak nak ungkit kisah lepas dan nak korang fokus pada masa sekarang je. 

Biasanya diorang jugak tak memilih sangat bab paras rupa seseorang perempuan. Tapi if ade perempuan yang cun suka pada diorang, takdela dorang tolak pulak. Haha... Contoh dah banyak depan mata. Pernah ke korang selalu dengar diorang kawen dengan minah salleh? Tapi lelaki-lelaki Malaysia yang kawen dengan minah salleh banyak.

6. Sebab rajin?
Memandang situasi dimana mat bangla-mat bangla beratur berjalan di tepi bahu jalan pada awal pagi jam 6.15 pagi dan juga jam 9 malam akan berkata "wah, awal pagi dah bangun kena berjalan pergi kerja" dan "wah, malam pukul 9 or 10 malam baru dapat balik rumah". Kesimpulannya, untuk buat macam tu (bangun awal pagi, berjalan kaki untuk ke kilang-kilang, malah membawa bekal nasi berlaukkan kari/dal) setiap hari adalah SANGAT mencabar minda

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Antara Penyakit Tiada Ubatnya



Dalam dunia ini ada beribu-ribu jenis penyakit. Belum pun satu penyakit itu ditemui penawarnya,muncul pula penyakit lain.Kita patut berterima kasih kepada para saintis di seluruh dunia kerana bertungkus lumus mencari ubat bagi setiap penyakit,walaupun mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya memberi kesan kelegaan. 

Supaya kita semua lebih berjaga-jaga dan lebih prihatin terhadap kesihatan sendiri, ini dia 5 senarai penyakit yang belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan sepenuhnya.Tujuan posting ini bukan untuk menakut-nakut pembaca ya,tetapi supaya kita memberi lebih perhatian terhadap tubuh kita sebab sebahagian daripada penyakit tersebut berpunca dari diri sendiri. 

1.AIDS
AIDS bermaksud Acquired Immune Deficiency Syndrome. Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus).Virus ini akan melumpuhkan sistem antibodi tubuh,menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit. AIDS itu sendiri tidak membunuh, tetapi penyakit yang berkerumun menimpa kita selepas dijangkiti HIV itu yang membunuh. 

2.DIABETES
Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit yang popular di Malaysia, dan malang sekali tidak ada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit ini secara total buat masa ini.Walaubagaimanapun,kepada mereka yang ada Diabetes,jangan putus asa,sebab kesannya masih boleh dikawal dengan senaman,pengambilan makanan yang teratur dan berkhasiat serta ubat(bukan menyembuhkan,hanya mengawal kesannya) 

3.ALZHEIMER
Alzheimer ialah sejenis penyakit yang dikategorikan dalam penyakit mental.Pesakit Alzheimer akan mengalami masalah pemikiran,tabiat dan memori. Tidak ada rawatan untuk penyakit ini,lebih-lebih lagi ia selalu menyerang mereka yang berumur 60 tahun keatas,tetapi ada juga kes pesakit yang lebih muda dari itu. 

4.PARKINSON
Penyakit Parkinson berlaku disebabkan kerosakkan pada sistem saraf pusat.Pesakit akan mengalami keadaan menggeletar yang tidak terkawal,pergerakkan jadi perlahan dan sukar mengimbang badan. Parkinson dialami oleh setiap seorang daripada 100 orang yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh dunia. 

5.ASMA
Asma ialah sejenis penyakit paru-paru akibat radang atau penguncupan saluran pernafasan,menyebabkan si pesakit tercungap-cungap,sukar bernafas.Belum ada ubat untuk Asma yang terbukti mampu menyembuhkan 100%. Punca Asma juga masih belum dapat dipastikan tetapi dipercayai disebabkan keturunan. 

Sekian senarai 5 penyakit yang tidak dapat disembuhkan.Tapi semuanya tak mustahil untuk sembuh kalau Allah izinkan. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dimasa muda ini supaya bahagia di hari tua kelak... :)

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Antara Sebab Wanita Lambat Kahwin


Gambar Hiasan

Masalah kahwin lambat yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan.

Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 – 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan ianya menurun 6 peratus sahaja pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih 

Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan ialah pada sekitar usia 17 tahun, tetapi di luar bandar sekitar 15 – 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada umur 20 tahun. Dari itu, pada keseluruhannya penduduk Malaysia masih berkahwin pada usia muda.

Pada tahun 1988, umur perkahwinan pertama bagi wanita Melayu 19 tahun, Cina 22 tahun dan India 20 tahun.

Dahulu seorang gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini sudah tidak begitu lagi, kerana pada usia tersebut masih ramai yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan akan berlanjutan sehingga usia 24 atau 25 tahun. Itupun kalau tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 

Mereka akan bekerja dengan sektor awam atau swasta atau istirahat sementara mendapatkan pekerjaan. Mungkan pada usia 30 tahun ke atas bolehlah dikatakan lewat terutama bagi wanita kerana ada faktor lain yang perlu diambil kira, yang berkait rapat dengan usia, seperti jangka hayat kesuburan yang berkait rapat pula dengan masalah kesihatan ketika hamil dan melahirkan anak dan sebagainya.

Faktor yang menyebabkan wanita lambat berkahwin ialah :

1. Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti melanjutkan pelajaran dan
bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.

Antara kesan negatif ialah:

1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh subur dan selamat
untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 – 49) tahun. Wanita yang lewat melahirkan
anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi menghindarkan maksiat.

Kebaikan dari menjadi andalusia berkahwin lambat ialah :

1. Minda lebih matang.
2. Ekonomi stabil.
3. Pengetahuan dan kemahiran lebih sempurna.
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL