SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Kubur Di Dalam Restoran



Ia pasti satu pengalaman yang menyeramkan bilamana menjamu selera di sebuah restoran di India yang dibina di atas tapak perkuburan lama.

Menurut Krishan Kuttin, pemilik restoran berkenaan, tempat itu baik untuk perniagaan dan dia memutuskan untuk mengekalkan kubur itu bagi menjalankan perniagaannya.

Ekoran dari konsepnya yang 'pelik' itu, perniagaannya semakin meningkat dan berkembang kerana ia memberikan satu pengalaman yang unik kepada pengunjung restorannya.

"Asalkan pelanggan tidak kisah, perniagaan tetap diteruskan" kata Krishan






Krishan sendiri tidak mengetahui siapa pemilik tanah perkuburan itu. Menurut penduduk di sekitar, tempat itu menempatkan perkuburan pengikut ahli Sufi abad yang ke 16. Terdapat 12 kubur dalam restoran berkenaan.

Setiap hari sebelum mula beroperasi, pekerja Krishan akan membersihkan kubur itu dan menghiasinya dengan bunga-bunga segar sebagai tanda penghormatan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Akhiri Penderitaan Dengan Bunuh Diri




Seorang rakyat Switzerland bunuh diri dibantu perubatan atau euthanasia. Disaksikan keluarganya, ia meneguk ubat mematikan di sebuah klinik di Switzerland. Proses menuju kematian itu, hebatnya atau mungkin sedihnya, disiarkan televisyen BBC, menjadi Kontroversi.

Nama lelaki itu adalah peter Smedley berusia 71 dan sedang sakit parah yang tak mungkin dapat disembuhkan lagi. Pemilik hotel ini pun memutuskan untuk mengakhiri penderitaan itu dengan cara meminum ubat membawa maut.

Niatnya itu boleh terlaksana kerana di negaranya, Switzerland, euthanasia tidak terlarang. Beliau meminta doktor di sebuah klik bernama Dignitas memberikan ubat mematikan: barbituates.

Entah bagaimana dia mengizinkan kepada Sir Terry Pratchett, pengacara Terry Pratchett: Choosing To Die, untuk merakam detik-detik terakhirnya saat meminum racun. Berlaku sebelum Krismas tahun lalu.

Dalam gambar di BBC yang ditayangkan (13/6/11) itu, pesakit, Smedley, didampingi doktor dari klinik. Sebagai perpisahan terakhir, si isteri Christine (40) mencium suaminya dan berkata, "Kuatlah sayang".

Christine pun kelihatan tenang saat Smedley meminum ubat itu, namun ia tetap berada di samping suaminya itu. Kelihatan pesakit dengan yakin meminum ubat yang sudah disediakan doktor. Dan dalam masa beberapa saat, ia meninggal di kerusinya.

Selepas tayangan itu, debat panas muncul di Twitter, media sosial lain serta media cetak membuat BBC digelar 'cheerleaders' euthanasia . 


           



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Taksub Akan Kecantikan Suntik Minyak Masak





Seoul: Seorang wanita yang ketagihan pembedahan plastik menyuntik minyak masak ke wajahnya apabila doktor enggan memberikan suntikan silikon lagi.
Bekas model Hang Mioku mengalami kecacatan kekal ekoran rawatan kecantikan yang dilakukan sendiri itu.


Selepas menyuntik sebotol silikon dari pasaran gelap ke wajahnya, Hang menggunakan minyak masak hingga menyebabkan wajahnya membengkak dan berparut.

Kegetirannya itu disiarkan televisyen Korea dan penonton memberi sumbangan jutaan won bagi bayaran pembedahan memulihkan wajahnya.


Ketika 10 pembedahan pertama, pakar bedah mengeluarkan 60 gram silikon, minyak serta bahan asing lain dari mukanya dan 200 gram dari lehernya.



Bagaimanapun, Hang masih kelihatan cacat dan dia berkata, dia berharap dapat memiliki wajah lamanya semula.
Hang menjalani prosedur pembedahan plastik pertama ketika berusia 28 tahun dan kemudian berpindah ke Jepun, di mana dia mendapatkan rawatan berulang kali. Dia serta-merta ketagih untuk memperoleh kulit yang lembut dan licin. Doktor akhirnya enggan melakukan pembedahan terhadapnya selepas wajahnya membesar dengan ketara.


Bagaimanapun, dia dapat membeli sebotol silikon dan picagari untuk menyuntik dirinya tetapi apabila sudah habis, dia menggunakan minyak masak.
Wajahnya jauh berubah hinggakan ibu bapanya tidak dapat mengenalinya dan kanak-kanak menggelarnya ‘kipas angin berdiri’ kerana wajahnya amat besar berbanding dengan tubuhnya yang kecil. Pelbagai pembedahan yang dibayar dengan wang sumbangan berjaya mengecilkan saiz wajah dan lehernya, tetapi dia masih mengalami kecacatan.


Baru-baru ini, bekas model itu bekerja di kedai pakaian kitar semula bernama ‘The Beautiful Shop’ dan menerima bantuan daripada kerajaan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Incredible Hulk Versi Awek



Seorang wanita berpenampilan seperti superhero Hulk telah melakukan penyerangan terhadap gadis remaja berusia 17 tahun di pusat bandar NewYork. Akibat aksi pemukulan itupihak polis sedang memburu wanita Hulk tersebut

Pihak polisi New York sedang memburu wanita "Incredible Hulk" setelah ia menyerang seorang gadis remaja pada 26 April di pusat bandar New York, pukul 03.00 waktu tempatan.

Detektif telah mengeluarkan gambar wanita itu yang dirakam kamera CCTV. Wanita tersebut berpakaian ala-ala superhero Hulk.


Kejadian itu terjadi di luar sebuah restoran makanan segera. Akibat penyeranganitu gadis remaja tersebut menderita lebam di wajahnya dan lebam di matanya. Aksi wanita itu dirakam kamera ketika sedang berbual di telefon bimbitnya. Wanita yang tidak dikatahui namanya itu tubuhnya yang dilindungi cat hijau dengan rambut merah serta memakai tshirt berwarna putih.

Pihak polis New York yakin Wanita Hulk ini adalah seorang gadis berkulit putih dan berusia dua puluhan dengan tinggi 152 cm.

Petugas polis dari New York, Cheryl Hunter mengatakan bahawa pihaknya sedang memburu wanita hijau tersebut dan meminta semua pihak yang melihatnya untuk segera menghubungi polis atau datang terus ke balai polis.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL