SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Sanggup Menggendong Cucu Sejauh 4km



Tidak ada yang menyangkal jika kasih sayang datuk dan nenek kepada cucu mereka begitu besar . Begitu juga pengorbanan seorang nenek di China yang rela menggendong cucunya setiap hari ke sekolah walaupun usianya kini sudah begitu remaja.

Fang Mei Qiu lahir dalam keadaan tidak normal di mana lututnya tidak boleh digerakkan secara sempurna sehingga ia tidak boleh berjalan. Ayahnya meninggalkan Fang saat masih bayi dan ibunya pergi dari rumah untuk berkahwin dengan orang lain. Automatik kini Fang hidup bersama datuk neneknya yang sudah tua.

Meskipun begitu , si nenek tidak mahu membiarkan Fang hidup terpencil di rumah tanpa pendidikan sama sekali . Ia kemudian mendaftarkan Fang ke sekolah walaupun untuk mencapai tempat tersebut , si nenek harus menggendong Fang sejauh 4 kilometer setiap harinya melalui jalan yang berliku-liku . Aktiviti tersebut tersebut dilakuni nenek dengan penuh kasih sayang sejak Fang masih kecil hingga sekarang berusia 14 tahun.

Sedangkan datuk Fang sudah terlalu tua dan sakit untuk membantu si nenek. Setiap pagi nenek mula menggendong Fang di belakangnya untuk melakukan perjalanan ke sekolah. Kerana tubuhnya yang sudah tua, ia harus berehat selama lima kali dan memerlukan masa selama 1.5 jam untuk menempuh jarak tesebut.

Fang sendiri merasa kasihan dengan neneknya yang rela berkorban demi pendidikannya. Ia pun membalasnya dengan rajin belajar dan berusaha berjalan walaupun menggunakan tongkat buluh. Tidak lupa ia selalu mengucapkan terima kasih kepada neneknya ketika tiba di sekolah.

Kini selepas kisah mengharukan mereka diangkat ke media, banyak orang yang merasa bersimpati . Akhirnya kerajaan China memberikan rumah di dekat sekolah untuk keluarga Fang . Kerajaan juga menghadiahkan kerusi roda kepada Fang untuk melakukan aktivitinya tanpa perlu memberatkan hidup si neneknya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Lukisan Zip Gergasi



Zip memang sesuatu perkara yang biasa kita dijumpai di kehidupan sehari - hari . Namun seniman yang berasal dari Jepun ini justru berjaya mengubah zip yang biasa - biasa saja menjadi suatu karya seni luar biasa . Kitagawa Jun mulanya melukis zip di dinding dengan kesan dua dimensi . 

Namun ia merasa kurang puas dan dicabar untuk membuat karya yang jauh lebih sukar dengan kesan tiga dimensi .Zip karyanya juga dibuat dengan saiz gergasi . Salah satunya karyanya yang menarik adalah lukisan 3D zip raksasa di dinding terowong Tokyo . 

Gambarnya yang unik tentunya menarik perhatian pejalan kaki sekitar hingga dijadikan objek foto oleh anak - anak muda Jepun . Tidak hanya itu saja , ia juga membuat zip raksasa dan ditempatkan di sebuah kolam . Kini Kitagawa tengah dalam projek pengerjaan zip raksasa baru yang rencananya akan dipasang di beberapa tempat awam Jepun seperti bangunan pejabat dan jalan - jalan .

Ia mendedahkan bahawa karyanya tersebut mempunyai tujuan untuk membuat orang boleh lebih berimajinasi terhadap hal - hal yang menurut mereka biasa .

Berikut ini foto resleting raksasa karya Kitagawa Jun :







Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sanggup Melakukan Pembedahan Demi Superman



Kebiasaan kanak-kanak meminati watak superhero sehingga ke sekolah menengah sahaja tetapi tidak bagi Herbert Chaves, seorang lelaki dari Filipina yang berumur 35 tahun. Beliau yerlalu obses dengan watak Superman sehinggakan beliau sanggu melakukan pembedahan pada hidung, pipi bibir dan lekuk pada dagu beliau, begitu juga dengan warna kulitnya yang hampir sama seperti pelakon watak Superman.


Lebih 10 tahun beliau menjalani pelbagai prosedur bagi memastikan beliau mempunyai bentuk hidung yang mancung seerti sekarang, beliau melakukan pembedahan plastik pada pipi, bibir dan dagu beliau, dan menggunakan suntikan bagi memutihkan kulit beliau. Beliau juga bercadang untuk melakukan beberapa pembedahan lagi untuk mendapatkan badan yang berotot dan juga ingin menambahkan ketinggian menerusi pembedahan terhadap kakinya. Herbet juga menghasilkan pakaian kostum Superman dengan sendirinya, dan apabila beliau tidak memakai kostum tersebut, beliau akan mengenakan pakaian seperti watak Clark Kent di dalam filem tersebut.








Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Lukisan Maze Game Paling Mencabar





Seorang berbangsa Jepun menggunakan nama Kya7y di laman twitternya, menjumpai satu hasil lukisan lorong sesat yang mungkin biasa kita bermain, iaitu dengan bermula dari lorong mula dan berakhir dengan lorong penamat, tetapi lukisan lorong sesat ini amat menakjubkan, ianya dihasilkan oleh bapa beliau 30 tahuan yang lalu, dan mengambil masa selama 7 tahun untuk menyiapkannya. Ukuran lukisan lorong sesat ini bersaiz 33 inci panjang dan lebar sepanjang 23 inci.



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL