SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Manusia Hybrid China



Bagi sesetengah pengkaji hidupan liar, kewujudan Yeti atau lebih dikenali sebagai Bigfoot mungkin merupakan suatu haiwan mitos yang sukar untuk dibuktikan.

Namun, di China, terdapat sejenis manusia hibrid yang dikenali sebagai Yeren wujud dan tinggal bersama salah seorang penduduk di sebuah kampung di sana.

Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha lat bawah ni..


Manusia di dalam video di bawah dikatakan anak daripada hasil ibunya yang telah dirogol oleh Yeren yang lain. Pada masa kejadian, si ibu telah hilang berbulan-bulan lamanya dan sejurus selepas pulang ke rumah, dia langsung tidak bercakap dengan sesiapa tetapi mendakwa telah dirogol oleh Yeren.

Pihak saintis pernah memberitahu hasrat mereka untuk mengkaji si anak namun telah dihalang oleh si ibu dan meminta mereka meninggalkan tempat tersebut.

Yeren, atau dirujuk sebagai Yiren, Ren Yeh, Chinese Wildman, atau Wildman of China, Manusia Monyet dan Manusia Beruang dikatakan merupakan sejenis bangsa manusia yang belum pernah ditemui dan menjadikan kawasan pergunungan dan hutan di wilayah Hubei, China sebagai tempat tinggal mereka.

Yeren sering digambarkan sebagai makhluk yang berbadan besar, berbulu dan berkaki dua dan ditafsirkan mempunyai pertalian hubungan yang kuat dengan Bigfoot di Amerika Syarikat, Yeti di Tibet dan Nepal dan Yowie di Australia.


Walaubagaimana pun, keterangan yang diberikan oleh si ibu yang mengatakan dia dirogol oleh Yeren mungkin agak sukar dipercayai dan rata-rata masyarakat menganggap anaknya itu hasil daripada kecacatan kelahiran yang melampau. 

Di China dan kebanyakan bahagian lain di dunia agak cenderung untuk menjaga anak-anak yang kurang upaya daripada dilihat oleh khalayak ramai bagi mengelakkan penghinaan.

Dalam beberapa kes, ibu bapa akan menyalahkan syaitan dan makhluk ghaib yang menyebabkan kecacatan anak mereka.



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Ketagih Bau Pampers Kotor



Wanita Ini Ketagih Makan dan Hidu Najis Dalam Lampin Pakai Buang.

Jika kebanyakan orang merasa jijik kepada lampin pakai buang, maka lain halnya pula dengan Keyshia . Perempuan berasal dari Queens , New York , ini kerana sangat suka mengunyah lampin kotor .

Dalam suatu acara berjudul " My Strange Addiction " yang siarkan di TLC , Keyshia mendedahkan bahawa ia mula ketagih mengambil lampin pakai buang sejak 2 tahun lalu . Bahkan ia rela mencari di longgokkan sampah untuk mendapatkan lampin tersebut . Hingga ketika ini ia telah berjaya mengumpul 25 ribu lampin kotor .

Ia mendedahkan bahawa lampin tersebut haruslah mengandungi najis yang banyak . " Harus ada air kencing di dalamnya . Semakin banyak semakin saya suka , " kata Keyshia .

Ia juga menggumpul lampin - lampin tersebut di dalam rumahnya seperti di laci , almari atau dapur . Bahkan ia tidak malu untuk memintanya terus dari teman mahupun jiran .

Ketika ditanya mengenai baunya , Keysha dengan bangga memaparkan bahawa ia sangat suka . " ketika anda berjalan ke sebuah bilik dan tercium bau yang kuat seperti makanan , ya seperti itulah rasanya . Aku sangat suka , " tegasnya .






Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tidak Pernah Cuci Rambut




Selama 26 Tahun Mr Luo 80 tahun tinggal di desa kecil bandar Chong Qing di China. Dia belum pernah mencuci atau memotong rambut atau janggut selama lebih dari 26 tahun.


Rambutnya yang tumbuh sehingga 2 meter panjang dan janggutnya 1.5 meters.Buat pertama kalinya dalam tempoh 26 tahun, ia memutuskan untuk membenarkan dirinya untuk kelihatan baru dalam acara sukan haiwan tempatan.

Setelah banyak usaha gagal dengan menggunakan syampu biasa, mereka menghabiskan lebih 5 jam dan 3 bungkus detergen untuk mencuci dirinya sehingga bersih.

Pada akhirnya, Mr Luo merasa gembira dengan tindakannya itu.




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Jersey Paling Mahal Di Dunia





Jersey dari pasukan bola sepak di dunia memiliki harga yang berbeza-beza. Ada yang murah, ada yang mahal. Harga jersey yang mahal disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya tahap populariti pasukan bola tersebut, bahan yang digunakan dan tentunya keuntungan yang diinginkan oleh pemilik kelab tersebut. 

Akhbar Daily Mail pernah melakukan kajian tentang harga jersey kelab untuk yang berpangkalan di Eropah. Ternyata hasilnya jersey pasukan Liga Premier dijual dengan harga yang tergolong murah. Jersey pasukan sekelas Chelsea, Arsenal, Manchester City dan Manchester United termasuk kategori antara 10 kelab dengan jersey termurah.

Harga jersey pasukan-pasukan Inggeris juga tergolong lebih murah bila dibandingkan dengan wakil dari La Liga Sepanyol. Sebagai contoh Real Madrid, peminat di Eropah perlu mengeluarkan sehingga RM 362 untuk mendapatkan sehelai jersey Los Blancos tersebut.

Menariknya, liga-liga yang tidak terlalu terkenal seperti Rusia, Switzerland dan Romania menjual jersey dengan sangat mahal. Bayangkan saja, untuk memiliki seragam Zenit St Petersburg, peminat harus membelanjakan wang sehingga RM 465 untuk sehelai jersey.

Berikut 10 Jersey Termahal Di Dunia :

Zenit St Petersburg (RM 465) 

FC Basel (RM 439)
Steaua Bucuresti (RM 424) 

Shakhtar Donetsk (RM 412) 

Juventus (RM 384) 

Paris Saint Germain (RM 383) 

FC Porto (RM 383) 

Barcelona (RM 383) 

Atletico Madrid (RM 366) 

Real Madrid (RM 365) 


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL