SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Kenapa Bayi Dilahirkan Menangis




Sebab Bayi Menangis Ketika Dilahirkan | Sememangnya menjadi kepastian setiap bayi yang lahir menangis, melainkan bayi itu lahir tanpa roh, tiada nyawa atau telah meninggal dari dalam kandungan lagi.

Namun tahukah anda Kenapa Bayi Menangis Ketika Lahir dan Mengapa Bayi Muslim diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya sejurus kelahiran. Setiap perintah dan kejadian itu ada sebabnya dan terjadinya begitu adalah ihsan dari Allah untuk makhluk ciptaannya. Berikut ialah Pandangan Islam Mengapa Bayi Menangis Ketika Lahir.

Berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis..” HR. Ad-Darami

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda;
"Tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali dipegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan, sehingga ia berteriak menangis kerana pegangan syaitan, kecuali Maryam dan anaknya."

Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ad Darami, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra Maryam"

Menurut Jamal Abdurrahman dalam bukunya "Cara Nabi Menyiapkan Generasi" mengatakan bahawa;
"Azan berfungsi sebagai tikaman balik kepada syaitan yang selalu berusaha menyesatkan manusia"

Jelaslah syaitan itu telah mengikut setiap ibu yang hampir melahirkan dan menunggu saat kelahiran itu untuk mula menghasut anak adam itu disaat pertama kali mereka melihat cahaya dunia. 

Maka saat diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya, selain manfaat azan agar bunyian pertama yang didengar bayi adalah lafaz-lafaz Ilahinanti, syaitan juga pasti menjauhi bayi tersebut. 

Semoga mereka menjadi manusia yang soleh dan selalu ingat akan Allah. Insyaallah

Wallahu’alam 
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Hobi Pelik Kumpul Pensil



Hobi Pelik Remaja India Ini Kumpul 14 ribu Batang Pensil | Apapun memang boleh dijadikan koleksi , mungkin itulah yang difikirkan oleh remaja berasal dari India ini . Tushar Lakhanpal pun memilih mengumpul pensil hingga sudah mencecah 14 ribu batang .

Tushar mendakwa koleksinya dengan pelbagai bentuk berasal dari 40 negara di seluruh dunia . Tidak hairan , remaja berusia 15 tahun ini yakin koleksinya boleh memecahkan rekod dunia . Saat ini ia sudah masuk buku rekod Limca India dan sedang berusaha mendaftarkan diri di Guinness Book of Records .


Salah satu koleksi remaja di New Delhi ini adalah dua pensil yang agak mahal di dalam kotak yang didakwa pernah digunakan Ratu Elizabeth II . Untuk saiz , yang terbesar iaitu sepanjang 2.5 meter dan lebar 29 cm .

Sedangkan pensil terkecilnya adalah sepanjang 4 cm . Tushar mulai mengkoleksi pensil sejak usia 4 tahun dan dibantu oleh pekerjaan ayahnya yang seorang pilot . Jika harga pensil incarannya terlalu mahal maka ia meminta bantuan dana dari keluarga besarnya .

Keluarga jauhku juga tahu aku pengumpul pensil sehingga sering menghantar dari berbagai tempat mereka berada , ” ungkapnya . Hingga kini Tushar masih menambah koleksi beliau untuk melampaui rekod Emilio Arenas dari Uruguay yang punya 14.552 pensil .

Pengumpul pensil terbanyak sedunia memang masih dipegang Emilio yang mengumpulkan dari 60 negara pada Ogos 2011 . Ia sudah mengumpulkan sejak 1956 atau 60 tahun lebih awal dari Tushar .

Credit

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Badan "Rosak" Ingin Break Record Dunia " Bench Press"


Keadaan Selepas lelaki Ini Ingin Memecah Rekod Dunia 'Bench Press'. Scott Mendelson telah cuba untuk memecahkan rekod 'bench press' dengan mengangkat berat 325kg. Namun dia telah mencederakan dirinya dan ini rupanya selepas itu.




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Service Lelaki Tak Berbaju Cetus Kemarahan Dubai


Perkhidmatan Pelayan Lelaki Tidak Berbaju Cetus Kemarahan Ramai Di Dubai | Khidmat pelayan peribadi atau “butler” kini berkonsep baru. Sebuah syarikat pengurusan acara di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menawarkan jejaka berwajah tampan, menawan dan paling utama mereka tidak berbaju dengan caj daripada Dh500 (RM452) untuk seorang butler sejam.

Masyarakat setempat ternyata terkejut dengan konsep baru pelayan atau butler tanpa baju yang memenuhi kolam renang dan pantai persendirian yang semakin menular. Iklan perkhidmatan di laman web seperti:

“Memakai hanya pakaian renang, kolar dan manset, mereka menawarkan keseronokan, perkhidmatan profesional berkonsep siapa cepat dia dapat: menyambut dan mengiringi tetamu, khidmat bar dan penyediaan minuman, khidmat kanape atau hanya kelihatan menyelerakan ketika menyajikan makanan,” sudah pasti mengumpan sesiapa saja yang mampu.

Penduduk berkata, khidmat sedemikian tidak mengikut tradisi dan budaya negara itu, memandangkan masyarakatnya masih berfikiran konservatif. Mereka turut menekankan bahawa mereka bersikap toleransi dengan kelakuan expatriate selagi mereka tidak terbabit dengan khidmat sedemikian.

“Saya tak sangka akan mendengar khidmat seperti ini ada di UAE dan saya tak fikir saya akan seronok berada di majlis yang menyediakan khidmat begini. Saya rasa orang boleh buat apa saja di belakang pintu yang tertutup rapat, selagi saya tidak terbabit. Servis seperti ini tidak sepatutnya mendapat publisiti,” kata Alia Hussain, seorang warga UAE.

Seorang expatriate Kanada, Jeffery Hunt berkata: “Saya tak kisah menggunakannya sebagai bahan lawak kerana ia agak berbeza dengan parti kolam di luar.”

Iqbal Ebarahim dari Pakistan berkata: “Saya faham jika servis begini disediakan di negara Eropah tapi masyarakat mudah terlupa bahawa kami menetap di negara Islam di mana minum arak tanpa lesen pun adalah salah di sisi undang-undang. Bagaimana syarikat seperti ini boleh bekerja secara sah di sini? Hakikat yang mereka tidak berbaju paling mengejutkan saya.”

Yousuf Hamad dari Palestin berkata: “Jika kita biarkan servis begini bermula bayangkan apa pula natijahnya di masa depan? UAE adalah negara liberal, tapi kita tidak seharusnya melampaui batas. Saya terfikir bagaimana pula dengan pelayan lelaki yang tidak berbaju, adakah ini juga sah.”


Pegawai dari Jabatan Pemeriksaan Makanan di Perbandaran Dubai berkata mereka tiada kuasa ke atas majlis persendirian.

“Jika penghuni ada rungutan, kami minta mereka cepat melaporkan kepada kami menerusi hotline 800 900. Jika tidak, kami tidak punya hak dalam menentukan kod berpakaian yang perlu diikuti di kediaman dan majlis persendirian,” kata pegawai. 

Begitulah realiti yang terjadi di sebuah negara Islam yang dilanda arus kemodenan dan kebaratan...

Credit: bharian
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL