SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Persoalan Kehilangan MH370



Tanda Tanya Berkenaan Kehilangan Pesawat MH370 




Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?
Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.
Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.


2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.

3. Di mana pesawat ini menghilang?
Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


4. Di mana misi mencari dilakukan?
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?
Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang. Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?
Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.


Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.


7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?
Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.


Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.


8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?
Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.


9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia, gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.
Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.



10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran berita Astro Awani 501 juga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370.

PRAY FOR MH370:



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

MH370:Telefon Berdering, Tapi Tiada Jawapan





SHAH ALAM - Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370. 
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil. 
Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri. 
Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain. 
Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini. 
"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi. 
"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya. 
Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.


Credit
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

MH370:Beg Penumpang Diperiksa Teliti





SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan barangan termasuk beg-beg penumpang telah diperiksa dengan protokol yang ketat.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, kesemua beg berkenaan 'bersih' tanpa ada sebarang barang larangan. "Setiap beg telah diperiksa dengan protokol yang ketat. "Beg-beg itu bersih. Tiada sebarang barang larangan," katanya pada sidang media, hari ini. Sementara itu, ketika ditanya soal tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Azharuddin memberitahu ia memenuhi Standard International Civil Aviation Organization (ICAO). "Tahap keselamatan di KLIA memenuhi standard ICAO. "Kami telah diaudit pihak keselamatan dari Amerika Syarikat dan juga Australia," katanya. Hari ini merupakan hari ketiga misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang, Sabtu lalu. Sehingga jam 12 tengah hari, tiada sebarang perkembangan terbaru dilaporkan.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pakai Pakaian Dalam Semasa Tidur


Kesan Memakai Coli Dan Seluar Dalam Semasa Tidur 


‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. 


Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.


Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL