SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

MH370:Isyarat terakhir MH370 di tengah laut


HANOI (Vietnam): Pihak berkuasa Vietnam mengesan isyarat terakhir pesawat MAS MH370 di luar pantai barat daya negara itu di Laut China Selatan.

Pegawai Gerakan Mencari dan Menyelamat Vietnam Pham Hien berkata, isyarat itu dikesan di 120 batu nautika di barat daya wilayah Ca Mau.

Pengarah pihak berkuasa penerbangan awam Vietnam Lai Xuan Thanh berkata, pesawat itu sedang terbang di kawasan laut dan dalam perjalanan memasuki ruang udara Vietnam tetapi pegawai kawalan udara tidak menerima sebarang perhubungan selepas kali terakhir dikesan.

Sementara itu, Vietnam yang bekerjasama dengan Malaysia dan China turut melancarkan gerakan mencari pesawat pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.


Pesawat itu dilaporkan tidak mengeluarkan isyarat kecemasan atau sebarang tanda amaran kesulitan. - AGENSI
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

MH370:MAS hubungi ahli keluarga penumpang


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata fokus pihaknya juga sekarang ialah bekerjasama dengan petugas kecemasan dan pihak berkuasa yang telah mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan.

"Kami mendoakan semua penumpang dan anak kapal serta ahli keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan media.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara.

Ahmad Jauhari menasihatkan ahli keluarga penumpang terlibat untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Berikut senarai nama anak kapal di dalam pesawat tersebut:

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

MH370:Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang


227 penumpang termasuk dua bayi dikhuatiri maut apabila kapal terbang milik syarikat penerbangan Malaysia MAS terhempas di Vietnam pagi tadi.

Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkanhilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.


Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.


Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

sumber
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Ular Mati Selepas Gigit Wanita



Seekor ular Boa mati akibat keracunan silikon setelah menggigit payudara seorang model Israel, ms Orit Fox ketika sedang melakukan sesi fotografi dan temu ramah dengan wartawan. Kejadian berlaku semasa Orit membelai ular tersebut, kemudian menciumnya. 

Model yang juga seorang pelakon pada awalnya nampak selesa bersama ularnya melakukan yang terbaik untuk tampil seksi semasa penggambaran di Tel Aviv.Dia dengan penuh yakin mencium dan menjilat wajah ular itu. Ketika dia mengendalikan haiwan reptilia itu pada kedudukan untuk 'ciuman', Ms Fox mengendurkan pegangannya di leher setelah menjilatnya, reptilia itu tiba-tiba bereaksi dengan marah. 

Tidak semena-mena ular itu langsung menuju ke arah aset berharga Fox dan membenamkan giginya ke payudara kirinya. 


Seorang pembantu bergegas untuk membantunya menarik ular tersebut. Setelah beberapa saat kemudian, usaha melepaskan cengkaman ular daripada payudara ms Fox berjaya dilakukan. 

Model itu segera dikejarkan ke hospital untuk diberi suntikan tetanus [suntikan anti kejang urat atau kejang otot].Namun, ular itu tidak begitu bernasib baik, mati akibat keracunan silikon payudara ms Fox. 


sumber: dailymail reporter

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL