SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Bunuh Diri Akibat Seringkali Alami Orgasme



Sebuah kisah nyata dan tragis ini mengenai seorang wanita dari Tampa Bay, Amerika Syarikat bernama Gretchen Molannen (39 tahun) yang mengalami penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD) yang menyebabkan dia mengalami rangsangan seksual terus menerus dan menyebabkan dirinya mengalami orgasme tanpa henti secara tak terkawal .

Baginya hal tersebut tidak memberikan rasa nikmat, melainkan psikologinya amat tertekan dan menyiksa batinnya selama 16 tahun terakhir. Salah satu caranya untuk mengendalikan hal ini adalah melakukan masturbasi secara berlebihan dalam sehari, dan adakalanya sampai puluhan kali dalam sehari!

Wanita lain menginginkan orgasme, tetapi baginya sangat menekan batin.

Hal tersebut membuatnya menghabiskan lebih banyak masa di tandas tempatnya bekerja. Sampai akhirnya keadaan ini membuatnya terpaksa berhenti bekerja. Namun itu pun tidak juga menyelesaikan masalah kerana kelainan yang menyerangnya ini tidak pernah reda "serangannya".

Kerana tidak tahan dengan beban seksaan yang dialaminya ini, akhirnya dia memutuskan membunuh dirinya pada 1 Disember 2012 hanya sehari selepas dia menceritakan kisahnya yang disiarkan secara dalam talian oleh Tampa Bay Times.


Dia memutuskan bunuh diri untuk mengakhiri penderitaannya
Sayang sekali ia memutuskan mengakhiri hidupnya kerana sesuatu yang indah.
(Tampa Bay Times, Daily Mail)
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Hukuman Mati "Machine Gun" Di Thailand



Sehingga 2003 pesalah jenayah berat dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesin gun. Teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayahdikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian. 

Tidak seperti hukuman menembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojoditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir. 

Tidak seperti di Malaysia, hukuman mati di Thailand dilakukan selepas waktu makan tengahari. Pesalah mengetahui hukuman mati akan dijalankan sekiranya makan tengahari dihidangkan lebih awal dari biasa. 

Thailand kini menjatuhkan hukuman mati dengan menggunakan teknik suntikan maut. Hukuman ini dikatakan lebih "humane" untuk mengakhiri riwayat pesalah. Antara fakta menarik mengenai hukuman mati Thailand ialah 2 orang dihukum mati kerana kesalah menghina King Bumiphol. Interesting indeed. Menurut algojo terakhir teknik menembak,Chavoret Jaruboon pesalah yang paling tenang ialah pesalah yang merupakan pembunuh upahan. Kerap kali pesalah sebegini akan tenang menemui kematian kerana mereka sudah lali dengan kematian. Cold hearted killers to the end! 



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bercinta Sejak Umur 4 tahun



NORFOLK - Kisah cinta pasangan warga emas ini amat unik kerana mereka dipakaikan baju pengantin dalam satu karnival pada usia empat tahun dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi titik bermulanya cinta mereka yang hingga kini mencecah usia 70 tahun. 

Menariknya, pasangan warga emas itu, Ron Everest dan Eilen Campbell dilahirkan dalam dewan bersalin yang sama, dipakaikan baju pengantin pada sebuah karnival dan siapa sangka, mereka bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan kekal sebagai pasangan suami isteri sehingga kini. 

Pasangan itu yang kedua-duanya berusia 91 tahun berkata telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent. 

Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926. 

asangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943. 

“Cinta kami disemai mungkin sejak dilahirkan lagi kerana lahir di unit bersalin yang sama," kata Everest. 

Isterinya menambah, masih ingat lagi ketika dipakaikan baju pengantin semasa usia empat tahun dan perkahwinan di antara mereka membuatkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi bertambah erat.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bergunanya Ubat Gigi



1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. Mengilatkan kuku

5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang
lembut keesokan harinya.

11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL