SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Tanda Kehamilan


Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda hamil. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan sehingga telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus, beberapa hari selepas persenyawaan. 

Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya "Adakah saya hamil?" hanya apabila mereka tidak datang haid. Berikut ialah senarai beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini. 

1. Mengidam 
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 

2. Warna areola menjadi gelap 
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 

4. Kerap membuang air kecil 
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan 
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 

6. Payudara melembut dan membengkak 
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang. 

7. Deria rasa berubah 
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 

8. Mabuk hamil pagi 
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 

9. Tidak datang haid 
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 

Dan akhir sekali... 

10. Ujian kehamilan yang positif 
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini.

Sumber:  http://www.babycenter.com.my/a1051306/10-tanda-penting-kehamilan#ixzz2ZoUTwixM
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kajian Kissing


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Buang Kutu di Kepala



Gambar hiasan

Masalah kutu rambut banyak dikaitkan dengan wanita terutamanya mereka yang mempunyai rambut panjang dan mereka yang tinggal di asrama. Kutu mampu membuatkan kita berada dalam keadaan yang tidak selesa dan kurang berkeyakinan ketika bersama dengan masyarakat.

Sedikit tips yang dapat dikongsikan bagi mereka yang mempunyai masalah kutu dikepala.

Cuka Putih – Kandungan zat yang terdapat pada cuka putih bermanfaat untuk menghindarkan rambut daripada proses penetasan telur kutu baru. Cuka putih baik digunakan untuk membersihkan kawasan kulit kepala. dengan hanya meratakan cuka putih ke pangkal kulit kepala, biarkan selama 30 minit hingga sejam kemudian bilas dengan air bersih pastinya dapat membuang telur kutu yang ada. Lakukan sekerap mungkin untuk memperoleh kesan lebih cepat.

Kacang Badam – Bukan saja menyihatkan, kandungan nutrisi dalam kacang badam ternyata mampu mengusir kutu rambut daripada kepala. Caranya, sediakan kira-kira 10 biji badam sebelum menumbuknya menjadi halus, rendamkan beberapa minit di dalam air biasa, tambahkan empat sudu perahan lemon dan campurkan kedua-duanya . campuran tadi disapukan ke pangkal rambut dan biarkan beberapa ketika sebelum mencucinya hingga bersih.

Minyak Zaitun – Manfaat minyak zaitun untuk kecantikan memang tidak perlu diragukan lagi. kelebihan minyak yang kaya omega 3 ini boleh digunakan untuk membasmi kutu rambut. Caranya dengan meletakkan minyak zaitun secara rata ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas hingga bersih. Minyak zaitun ini dapat menyebabkan kutu menjadi lemas sehingga mudah tertanggal ketika rambut diramas dalam proses mencuci kelak.

Minyak Kelapa – Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga boleh digunakan untuk mengatasi kutu rambut. Caranya sebelum tidur letakkan minyak kelapa secara rata ke rambut dan kulit kepala. Kemudian ditutup dengan shower cap atau plastik. Bilas rambut keesokan paginya. Cara ini mampu membunuh kutu rambut dan juga telurnya jika dilakukan secara rutin selama seminggu. Selain menyingkirkan kutu rambut, minyak kelapa juga sangat baik untuk kesihatan rambut seperti melebat dan menghitamkan rambut anda.

Sikat kutu – Gunakan sikat kutu khas yang bilahnya lebih rapat daripada biasa. Anda boleh menjerat atau mengambil kutu daripada rambut secara mudah. namun sikat ini pastinya tidak mampu menghilangkan kutu secara keseluruhan tapi boleh dijadikan alternatif untuk mengurangkan kutu rambut. .

Sumber : Hmetro 22/2/14
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Khasiat Peluk Isteri

Gambar Hiasan


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. 

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. 

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. 

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. 

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. 

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. 

Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. 

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. 
Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL