SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Kehidupan Di Tempat Pembuangan Sampah



Lihat dari sudut air muka kanak-kanak ini, mereka kelihatan sungguh ceria. Mungkin bagi sesetengah mereka masih kecil dan tidak tahu lagi tentang kesusahan mencari duit dan mungkin juga antara mereka sudah tahu erti kehidupan mencari sesuap nasi. Hidup adalah Perjuangan, begitulah pepatah mengatakan. Bekerja demi sesuap nasi untuk makan, kenyataan ini berlaku di negara yang banyak konfik iaitu Filipina bertempat di kotanya Cebu.








Biarlah susah atau sedikit pendapatan yang kita peroleh...asalkan halal..

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tolak Anak Dari Diheret Lori


Seorang bapa mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dengan menolaknya dari di leyek lori. 

Hsiung Kuo menolak anaknya Yong dari terkena roda lori sesaat sebelum kenderaan yang sama melenyeknya hingga mati di Quanzhou City di tenggara China. 

Polis berkata anak-beranak itu menungang skuter elektrik yang dipandu oleh Yong, 47, dan bapanya yang berusia 71 tahun ke dalam bandar, di Wilayah Fujian di negara ini. 

Imej CCTV menunjukkan anak-beranak itu berhenti sebentar di lintasan dan sebuah lori datang ke kearah mereka dan melanggar skuter mereka, dengan pantas bapa menolak jatuh anaknya dari kenderaan itu.

Seorang bapa yang berani mengorbankan DIRINYA untuk menyelamatkan anaknya kerana dia menolak anak keluar dari bahaya.




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pendidikan Seks Utk Kanak2 Tadika



Beginilah cara pendidikan seks yang diajar terhadap kanak-kanak tadika yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun di China. Patung yang menyerupai manusia lengkap dengan kemaluan mengikut jantina malah mempunyai bulu ari-ari (bulu kemaluan) digunakan sebagai alat bantu mengajar. 

Tujuan pendidikan seks diterapkan terhadap kanak-kanak seawal sekolah tadika di China ini adalah untuk mengajar tentang seksualiti dan pemahaman mengenai seks sekaligus bagi mengurangkan kadar pengguguran bayi yang direkodkan tertinggi di dunia. Tapi, kami tertanya-tanya, adakah pendidikan seks terhadap kanak-kanak yang masih mentah ini berkesan?









Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Ibu Kucing Selamatkan Anak Dari Kebakaran



Scarlett. 

Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Kisah Menyayat Hati Scarlett, Ibu Kucing Yang Selamatkan Anak Anak Dari Kebakaran

Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL