SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Diragut Ketika Ditemubual



Jika mahu memperkatakan tentang ironi, inilah contoh terbaik!

Seorang wanita di Rio de Janiero, Brazil cuba diragut ketika dia sedang ditemubual berkaitan kadar jenayah yang kian meningkat di bandaraya tersebut.

Secara tak langsung, kejadian tersebut berjaya dirakamkan jurukamera bagi stesen televisyen yang sedang bertugas.

Wartawan yang menemubual wanita tersebut cuba mengejar peragut berkenaan namun gagal apabila dia pantas menyusup di balik jalanraya yang sibuk.


Peragut tersebut bagaimanapun hanya sempat memutuskan rantai yang dipakai namun tidak berjaya melarikannya.

Pungutan pendapat awam berkaitan peningkatan kadar jenayah dilakukan oleh program berita bagi stesen TV Globo ekoran timbul kebimbangan memandangkan Piala Dunia bakal berlangsung dua bulan sahaja lagi.

Antara jenayah yang dikesan baru-baru ini adalah sindiket membuat kad debit pendua pelancong yang menggunakan mesin ATM di lapangan terbang di sana.

Rio de Janeiro akan menjadi tuan rumah bagi beberapa perlawanan Piala Dunia, termasuk perlawanan akhir.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Antara Wanita Islam Cantik & Terkaya



Banyak orang yang kata jika seorang wanita dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya sekaligus memiliki paras cantik adalah sebuah keberuntungan. Jika memang demikian, maka 8 perempuan beragama Islam ini sangat beruntung. Kerana majoriti daripada mereka adalah seorang Puteri atau Ratu di negaranya masing-masing.

Kecantikan Muslimah yang mereka miliki bahkan membuat mereka setanding dengan pelakon Bollywood serta Hollywood. Status sebagai keluarga kerajaan membuat mereka tampak sempurna.

Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 16 March 1976 (37). Kini perempuan satu putra ini telah menikah dengan Khairul Khalil, seorang pengarah sekaligus asisten eksekutif di pejabat Perdana Menteri.
Majeedah dan Khalil rasmi menikah pada Juni 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 silam dan dikenal akan kegemarannya akan logam emas yang berharga.



Lalla Salma
Yang Mulia Putri Lalla Salma adalah istri dari Raja Mohammed VI. Salma lahir pada 10 Mei 1978 (35) dari ayahnya yang seorang guru sekolah. Publik mengenal sosok Salma kali pertama sebagai Permaisuri Maroko sekaligus ibu dua anak. Meskipun demikian Salma tetap terlihat ramah sekalipun menjadi first lady Maroko.
Suami Salma, Raja Maroko memiliki anggaran kewangan operasional harian mencapai USD 960 ribu menurut Forbes. Disebutkan kekayaannya mencapai USD 2,5bilion












Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
Si cantik Hajah Hafizah dalah putri dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 12 March 1980 (33). Seperti yang disebutkan, semenjak kecil Hafizah sudah hidup bergelimang harta karena ayahnya pernah menjadi manusia terkaya di dunia pada tahun 1997 versi Forbes.
Bolkiah disebutkan memiliki kereta mewah Rolls-Royce yang dilapisi emas 24 karat selain keretanya yang mencapai 7000 buah. Dia juga memiliki tempat tinggal terbesar di dunia, dengan 1700 bilik. Untuk pernikahan Hafizah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini, Bolkiah wang mencapai USD 20 juta 










Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani
Seorang banker, investor dan pengusaha real estate adalah pekerjaan dari Sheikha Hanadi yang kini menjadi salah satu pengusaha wanita tersukses dalam perekonomian Qatar. Dia juga menjadi penasihat khusus bank Standard Chartered. Seakan kurang, Hanadi adalah CEO dari projek pengembangan Al Waab City Real Estate.
Hanadi kini juga terdaftar sebagai wakil CEO dari grup Nasser bin Khaled Al Thani & Sons. Sekalipun tak pernah diungkapkan oleh Hanadi, pundi-pundi kekayaan keluarga Thani mencapai lebih dari USD 15 bilion










Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikha asal Dubai ini sangat mempesona kerana di balik parasnya yang cantik dia adalah atlet karate dan taekwondo. Lahir pada 5 March 1980 (33), Maitha adalah putri dari Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri sekaligus Wakil Presiden Uni Emirat Arab dan monarki konstitusional Dubai.
Mohammed adalah pemegang saham terbesar di banyak perusahaan semenjak tahun 2006. Kekayaan keluarga Mohammed disebut lebih dari USD 40 bilion. Seakan tak ingin hidup dalam gelimangan kekayaan ayahnya, Maitha membuktikan dia juga berprestasi dengan meraih pingat perak di Asian Games 2006.











Ameerah Al Taweel
Puteri Arab Saudi sekaligus seorang dermawan cantik bernama Ameera Al Taweel ini lahir pada 6 November 1983 (30). Dia adalah istri dari Pangeran Al Waleed bin Talal, anggota keluarga kerajaan Arab Saudi.
Al Waleed yang kini berusia 58 tahun adalah seorang pebisnis dan ada di posisi ke-26 dalam daftar lelaki terkaya di dunia versi majalah Forbes dengan daftar kekayaan bersih lebih dari USD 20-25 bilion. Dia kini sebagai salah satu manusia paling berpengaruh di Arab. Sang Pangeran adalah pengasas sekaligus pemilik Perusahaan Kingdom Holding.












Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah adalah istri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nur sendiri terlahir pada 7 Desember 1973 (40) dan dia adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia (2006-2011).

Meskipun keluarga Kerajaan tak pernah mengungkapkan nilai kekayaan mereka, dari berbagai sumber disebutkan jika pundi-pundi kewangan bangsawan Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion













Fathima Kulsum Zohar Godabari
Setelah sebelumnya dipimpin oleh seorang Pangeran, kini Fathima Kulsum resmi menjadi Ratu kerajaan Arab Saudi. Menjadi salah satu anggota keluarga kerajaan terkaya di dunia, Fathima adalah istri dari Sheikh Avdi Al Muhammad.
Paras cantik mempesona Fathima sebelumnya tak pernah ada yang tahu dan keindahan ragawinya selalu misterius serta tersembunyi. Namun kini wajah-wajah cantik Fathima sempat terungkap di internet. Sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. Bisa kamu bayangkan betapa bergelimangnya kehidupan kewangan Fathima?






Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Perut Buncit adalah Pahlawan Sejati



Membuncitkan perut menjadi salah satu ritual tahunan di suku terasing Ethiopia ini. Daily Mail minggu ini menceritakan, perarakan bernama Ka'el ini diabadikan oleh jurugambar Perancis Eric Lafforgue, yang menghabiskan berbulan-bulan bersama suku di wilayah Lembah Omo ini.

Dalam ritual Ka'el, atau tahun baru Bodi, akan dipilih beberapa lelaki yang harus membuncitkan perut mereka. Sekiranya dipilih pemenang. Dia akan dianggap pahlawan suku Bodi dan sudah pasti disegani para gadis.

Lelaki-lelaki tunggal pilihan ini harus tinggal di sebuah tempat selama enam bulan. Mereka dilarang membuat sebarang aktiviti harian atau melakukan hubungan seks. Selama perarakan ini, mereka hanya boleh makan campuran darah lembu dan susu.

"Sapi dianggap suci oleh suku Bodi. Darah diambil dengan membuat lubang pada nadi lembu dengan pisau atau kapak, selepas itu luka akan ditutup dengan tanah liat," kata Lafforgue. 

Mereka harus berpesta sambil minum minuman yang menjijikkan itu dengan cepat. Ini kerana, udara panas di Ethiopia akan cepat membuat darah menggumpal seperti agar-agar. "Mereka harus meminumnya secepat yang mungkin sebelum menggumpal, beberapa orang gagal meminum kesemuanya dan muntah," lanjut Lafforgue lagi.

Hasilnya selama enam bulan, perut mereka membuncit. Dari lokasi itu, mereka harus berjalan kaki ke kampung. Tubuh mereka dibaluri tanah liat dan debu. 

Saat pemenangnya dipilih, perarakan disudahi dengan mengorbankan seekor lembu yang dibunuh dengan memukul kepalanya dengan batu keramat. Ketua adat akan memeriksa isi perut lembu dan darahnya, untuk meramal apakah masa depan akan cerah atau tidak.

"Menjadi lelaki gendut adalah impian setiap anak Bodi. Beberapa minggu selepas perarakan, perut mereka akan kembali normal, tapi akan dianggap pahlawan seumur hidup," kata Lafforgue.

Budaya suku primitif Bodi hanya menunggu masa untuk pupus. Ini kerana, kerajaan Ethiopia akan menjadikan wilayah mereka penempatan untuk 300,000 orang dari seluruh negeri.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Retis Ngetop!



Wanita dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil anggun dan bergaya.

Sebagai individu yang tergolong dalam kelompok menjadi perhatian ramai, memang agak jarang melihat artis muncul tanpa mekap, apatah lagi dengan penampilan wajah asli.

Namun di persada industri hiburan tanah air kini senario sudah berubah apabila kebanyakan bintang baru terutama yang berwajah ‘Pan-Asia’ tetap tampil menawan walaupun tanpa secalit mekap.

Bagaimanapun, tidak terkecuali artis yang dilahirkan tanpa ‘darah campuran’ seperti Erin Malek dan Wawa Zainal yang tetap muncul anggun walaupun tidak bersolek.

Justeru, ikuti paparan menarik yang berkongsi beberapa amalan penjagaan kecantikan oleh 10 artis paling jelita masa kini yang berusia di bawah usia 30 tahun.


Elfira Loy
Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.

“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja.

Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang daki pada badan.

“Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit sekadar nampak lembap setiap masa,” katanya.



Izara Aishah
Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur.

Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.

“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan,” katanya.

Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010.





Anzalna Nasir
Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek.

Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.



Nur Fathia
Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.

Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.

“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat.

“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup.

“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari,” katanya.

Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.



Neelofa
Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.

Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.



Kilafairy
Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis ini bijak dalam penampilan.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.



Emma Maembong
Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.

Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.

Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).



Tasha Shilla
Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.

Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012.



Nelydia Senrose
Kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.

Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.






Wawa Zainal
Berstatus isteri menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.

“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali,” katanya.

Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari. Mengakui dia turut menitikberat­kan penjagaan makanan yang baik dan berkhasiat.

Credit


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL