SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Wanita Tertidur Di Dalam Sungai



Akibat menghadapi masalah rumahtangga, wanita ini tidak menyedari yang dia telah tertidur dipermukaan air selama hampir 40minit dan hanyut dibawa arus sehingga diselamatkan polis.

Pihak polis di bandar Wenling, Wilayah Zhejiang, China telah dibanjiri panggilan telefon dari orang ramai yang telah melihat mayat terapung di dalam sungai. Polis yang bertindak cepat dan tiba di lokasi yang dilaporkan mendapati tubuh seorang wanita muda terapung di atas air.

Dan yang peliknya, wanita itu sebenarnya tidak mati, hanya tertidur di atas permukaan air. Dan yang paling menarik, dia sudah tertidur di situ selama 40 minit. Seperti yang dilaporkan oleh Rocketnews, insiden itu berlaku selepas wanita tersebut bertengkar dengan suaminya di rumah.

Di tengah kerisauan, wanita itu menelan 20 butir ubat dan kemudian berjalan sendirian untuk meredakan kemarahannya. Malangnya, wanita tersebut tidak mengambil kira faktor kesan sampingan yang ada. Ketika berjalan-jalan, dia mengalami perasaan mengantuk yang sangat luar biasa.

Kerana tidak mampu menahan perasaan mengantuknya itu, dia terjatuh ke dalam sungai yang kebetulan dilaluinya. Perkara terakhir yang diingatinya mengenai insiden itu adalah perasaan tercekik di leher selepas jatuh ke dalam air, tapi oleh kerana perasaan mengantuk yang terlalu kuat, dia pun terlelap.

Namun, wanita itu sangat beruntung kerana ketika tertidur tubuhnya mampu terapung di atas air dengan tenang dan mencegahnya dari tenggelam. Ramai saksi menyatakan bahawa wanita tersebut berada dalam kedudukan tersebut selama 40 minit sebelum polis tiba dan menyelamatkannya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kilang Proses Mayat



Adakah anda percaya atau tidak di negara Rusia terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses mayat. Tetapi itulah hakikatnya di mana kilang tersebut sememangnya wujud di dunia ini dan aktif memproses organ mayat-mayat yang tidak dituntut.

Namun, lebih mengejutkan apabila kilang yang terletak di Rusia ini akan mencuri buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian tubuh mayat untuk dijual. Hasil jualan organ itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka bagi membiayai gaji kakitangan yang menguruskan operasi kilang tersebut.

Kilang ini kelihatan sangat ngeri di mana mayat-mayat akan dihimpunkan dalam satu bilik dalam keadaan berselerak dan seolah-olah tidak berharga lagi. Mayat-mayat tersebut hanya dibiarkan terlentang di mana-mana saja sebelum operasi membedah untuk mengeluarkan organ dilakukan.

Suasana seperti ini sungguh kejam bukan? Pastinya kilang ini dipenuhi dengan bau-bauan yang kurang enak!. Dan tidak mustahil juga menjadi kilang paling menyeramkan di dunia.



Sudah semestinya keberanian, semangat yang kuat serta memiliki hati yang keras untuk para pekerja yang berada di kilang itu. Jika lemah semangat mana mungkin mereka mampu untuk memproses mayat-mayat tersebut.

Mayat-mayat tersebut sebenarnya (mangsa) adalah mayat-mayat yang dikutip daripada pemandu mabuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, orang yang tinggal bersendirian dan mati kesejukan, penjenayah yang ditembak mati dan mayat-mayat yang tidak dituntut oleh ahli keluarga. Malah, golongan kanak-kanak juga turut menjadi sasaran mereka.

Seterusnya, selain daripada organ-organ dalaman beberapa bahagian badan juga akan dijual kepada beberapa universiti di seluruh dunia. Tulang pula akan dieksport kepada farmasi di Ireland manakala negara Jerman membeli tulang-temulang manusia itu untuk membuat gigi tampalan.


Namun, bukan hanya Rusia, negara India juga dikatakan mempunyai kilang yang serupa iaitu untuk memproses organ-organ manusia untuk eksport. Mungkin juga kerana bilangan penduduk yang ramai maka mayat-mayat sering tidak dituntut atau gagal disempurnakan dengan baik.

Tidak mustahil juga jika ada ahli keluarga yang menjual mayat kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis pengebumian. Hal ini terbukti kerana terdapat mayat-mayat dibiarkan hanyut di Sungai Gangga begitu sahaja kerana tidak mampu diuruskan oleh ahli keluarga.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah andai kita berada di luar negara kerana pelbagai ancaman boleh terdapat di mana-mana malah tidak mustahil juga berlaku di negara sendiri. Elakkan berjalan berseorangan terutamanya pada waktu malam khasnya kaum wanita malah tidak mustahil berlaku kepada lelaki juga.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Gadis Kembar Berubah Jadi Cantik



Gambar diatas ialah sebelum sepasang gadis kembar menyertai rancangan realiti Tv di Korea "Let's Beauty". Tujuan utama rancangan TV ini ialah untuk membantu mereka yang mempunyai wajah yang hodoh untuk menjadi lebih yakin dalam hidup mereka. Dua orang gadis kembar ini bertuah kerana diberi peluang untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajah mereka yang hodoh. 

Mari kita lihat gambar sebelum dan selepas pembedahan.. 















Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Gadis Kantoi Buang &^%# Dalam Lif




Admin tak pasti di mana tetapi yang pasti memang Malaysia. Gadis ini tak dapat tahan untuk buang air besar, jadi dia bercadang untuk lakukannya dalam lif selepas dia percaya tak ada orang yang akan tahu. Namun dia terlupa yang semua lif terdapat CCTV. Mari lihat rakaman si gadis ini. 







Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL