SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Flag Israel Di Malaysia



Kecoh juga media sosial dengan penyebaran gambar bendera Israel yang dikibarkan di Raintree Beach Resort Tuaran Sabah. Ia mendapat kecaman dari penduduk dan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu. Sebagaimana yang kita maklum, bendera israel diharamkan di Malaysia kerana menyentuh sensitivi umat islam. Ia berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin.

Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel. Jadi kenapa bendera berkenaan ada dikibarkan disana? Adakah ada pihak yang sengaja mahu mencetuskan kekecohan atau sebagainya?

Punca bendera Israel dikibarkan di Tuaran Sabah akhirnya terjawab.


Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan menerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.

Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Antara Kekejaman Terhadap Kanak2



KES-KES HANGAT YANG PERNAH DILAPORKAN

1. Susan Wiley a.k.a ‘Genie’

Salah satu gambar Susan yang ‘normal’

  • dijumpai oleh pihak berkuasa California pada 4 November 1970, terkurung di dalam bilik tidur bapaknya yang mengalami masalah mental selalu didera dan tidak dibenarkan bercakap oleh bapaknya sehingga berusia 13 tahun.
  • menjelang usianya 13 tahun itu, Genie hampir bisu dan hanya mampu menuturkan lebih kurang 20 perkataan rutin sahaja seperti ‘stop it’ atau ‘no more’.
  • ibunya turut mengalami penderaan fizikal oleh bapak Genie dan hampir buta, selain disebabkan penyakit yang dihidapinya
Susan Wiley sekarang

  • dilaporkan berjalan ‘seperti arnab’ akibat apa yang berlaku ke atasnya sepanjang tempoh terapi, 
  • dilaporkan Genie gagal dikembalikan kemanusiaannya sepenuhnya
  • kisah hidup Susan telah diadaptasikan dalam filem bertajuk ‘Mockingbird Don’t Sing’


2. Kamala & Amala

Antara gambar Kamala & Amala yang berjaya dirakam

  • dibesarkan oleh sekawanan serigala sejak Amala berumur 18 bulan & Kamala 8 tahun (Mowgli habis!)
  • ditemui pada 9 Oktober 1920 di daerah Mindpore, India oleh Joseph Amrito Lal Singh, seorang paderi, yang juga menamakan, menjaga dan menulis diari tentang perkembangan kedua-dua kanak-kanak itu


  • menurut Lal Singh, ketika ditemui, kedua-dua kanak-kanak itu dijaga oleh sekumpulan serigala seolah-olah kedua-keduanya adalah anak mereka
  • walaupun Lal Singh berjaya melarikan kedua-duanya daripada serigala-serigala itu, namun kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak normal – mereka mencakar, tidak mahu berpakaian serta bergerak dengan 4 kaki
  • mereka juga cenderung untuk berjaga malam selain sensitif terhadap cahaya matahari

3. Oxana Malaya


  • ditemui di Ukraine pada tahun 1991 pada usia 8 tahun
  • dikatakan menghabiskan sepanjang masanya dengan sekawan anjing – mewarisi banyak sifat-sifat seekor anjing selain tidak mampu bertutur
  • uniknya, Oxana bukan diculik atau ditinggalkan di hutan tetapi akibat kesan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang kaki botol dan membiarkan Oxana tinggal di dalam rumah anjing dan hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah sekali sekala


  • ketika diselamatkan, Oxana langsung tidak mempunyai personaliti seorang manusia – menyalak, menderam dan bergerak seperti seekor anjing selain menghidu makanan sebelum memakannya
  • perlahan-lahan, dia berjaya dipulihkan dan kini tinggal di Baraboy Clinic walaupun doktor mengatakan dia tidak akan menjadi manusia normal sepenuhnya

LAIN-LAIN KES

- Tissa : ditemui pada tahun 1973 di Sri Lanka. Dikatakan dibela oleh sekumpulan monyet.

- Dina Sanichar : budak dari India yang tinggal bersama serigala (jugak), ditemui pada tahun 1867.

- Ivan Mishukov : budak kecil yang tinggal bersama anjing di Russia, kes yang hampir sama seperti Oxana.

- Rochom P’ngieng : gadis Cambodian yang dikatakan tinggal di dalam hutan selama 19 tahun, ditemui pada 13 Januari 2007.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Cara Beza Daging Halal dan Haram



Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging b.a.b.i dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging b.a.b.i dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging *b.a.b.i mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging b.a.b.i seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging b.a.b.i biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging b.a.b.i , warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.


2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging b.a.b.i , serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).


3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging b.a.b.i mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging b.a.b.i sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar). 


Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak b.a.b.i kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging b.a.b.i yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging b.a.b.i lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan


5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging b.a.b.i mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging b.a.b.i yang diternak dan b.a.b.i hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging b.a.b.i mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging b.a.b.i dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

8 Org Ulama Dunia Mimpi Dajjal Muncul



Berikut merupakan tweet Twitter yang dipos oleh Ustaz Kazim Elias seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi di Malaysia.

Dalam tweet beliau menyatakan 8 orang ulama‘ dunia telah bermimpi yang Dajjal Al-Masih sudah muncul. 

Tidak diketahui akan kesahihannya tetapi jikalau benar seperti apa yang dikatakannya, orang Islam dikehendakkan membaca dan mengamalkan 10 ayat terawal dalam Surah Al-Kahfi.


Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:


  • Memantapkan aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA. Kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan banyak tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman dan aqidah manusia.

  • Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.

  • Mengenali sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya. Tujuannya supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari terjebak mengikuti dan mempercayainya.
  • Berdo’a kepada ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah Dajjal. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.” (Muttafaqun `alaih)

  • Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.” (HR Muslim 809)

  • Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

  • Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal sudah keluar. Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. DemiALLAH ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah &Madinah.” (HR Bukhari)

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin…

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL