SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Pilih Mati Dari Lihat Ibu Bapa Mengemis



Kisah seorang anak lelaki yang memilih untuk mengakhiri nyawa demi abang yang sakit selain tidak tahan melihat kesusahan ibu bapa menyentuh hati rakyat China hingga wasiatnya tertunai.

Kisah sedih keluarga si mati yang dikenali sebagai Hongtao bermula selepas abangnya, Honghui disahkan menghidap sakit buah pinggang, uremia pada 2010.

Doktor menyatakan satu-satunya penawar bagi uremia cuma mengganti buah pinggang yang baharu. Tapi belum sempat penyakit Honghui dirawat, Hongtao pula didapati menghidap sakit sama.

Sejak itu keadaan keluarga tersebut berubah secara mendadak.


Bapa mereka, Gao Chuanyou terpaksa mencari wang yang banyak untuk mengubati sakit kedua-dua anak lelakinya.

Sampai satu tahap, dia terpaksa menjual rumah dan menggadai segala harta yang ada.

Dikenali sebagai pelajar cemerlang, pihak sekolah termasuk guru dan kawan-kawan turut menjalankan kutipan derma bagi membantu keluarga ini.

Namun keadaan kian buruk apabila doktor mengesahkan pula buah pinggang Chuanyou tidak boleh dipindahkan kepada anak lelakinya kerana masalah padanan tisu.

Buah pinggang ibu mereka, Zheng Tingxia pula mengalami kerosakan apabila dia jatuh sakit kerana terlalu sedih.

Pada masa sama, ibu bapa malang ini sudah sampai ke tahap terpaksa mengemis demi memastikan kedua-dua anak lelaki mereka terus mendapat rawatan.

Hal ini membuat Hongtao tidak tahan melihat penderitaan ibu bapanya lalu pada satu hari mengunci pintu biliknya, sebelum ditemui sudah mati di samping satu nota.


Nota Hongtao itu menyatakan dia tidak mahu jadi beban buat keluarga jadi selepas ketiadaannya mereka boleh memberi sepenuh perhatian kepada abangnya seorang. Dia yakin kematiannya akan membuatkan abangnya dapat terus hidup dan itu akan menenangkannya.

Kisah kematian Hongtao kemudiannya tersebar di China lalu menyentuh hati banyak pihak yang mula memberikan sumbangan hingga ibu bapanya tak lagi perlu mengemis.

Selepas dua tahun menunggu, buah pinggang yang sepadan ditemui lalu Honghui yang kini berusia 23 tahun berjaya menjalani pembedahan. Dia kini dalam proses untuk sembuh.


Si bapa dilaporkan berkata, tidak mungkin mereka sekeluarga dapat hidup gembira seperti dahulu dengan ketiadaan Hongtao namun pada masa sama terpaksa akur, kehidupan perlu diteruskan.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Rantai Anak Elak Mencuri



China – Nampak kejam namun ia cara yang dilakukan oleh seorang bapa untuk mengajar anaknya daripada berhenti mencuri. Caranya ialah dengan merantai anaknya dalam bilik.

Bagi Wen Yuan, 47, dengan mengikat rantai di leher anaknya, Chuang, 24, ia bukan sahaja dapat menyedarkan anaknya itu mengenai tabiat buruk mencuri malah dapat mengelak keluarganya daripada terus mendapat malu.

Jelasnya ia juga dapat mengelak Chuang daripada masuk penjara.

Rantai yang diikat pada leher Chuang itu disangkutkan pada batu berat, dan ia ditempatkan di dalam bilik tidur anaknya, supaya dia tidak boleh bergerak dan hanya berbaring di atas katil.

“Setiap kali berlaku kecurian, orang ramai akan mencari kami. Saya sudah tidak mampu untuk membayar ganti rugi kepada mereka.

“Saya sudah bosan kerana terpaksa meminta maaf kepada mereka atas perbuatan anak saya, jadi ini sahaja cara untuk mengajarnya,’’ katanya.

Menurut Wen Yuan, dia tidak boleh lagi membayar pampasan itu dan saya juga yakin jika Chuang masuk penjara, dia tidak akan berubah.

“Saya tidak tahu berapa lama dia perlu dirantai seperti itu namun kami perlu memberinya pengajaran sebagai persediaan untuk menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab,’’ katanya

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Penjelasan Prof Mengenai Kes Cabul



KUALA LUMPUR – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi tersohor, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) sebenar adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang agak ramai.

“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Derita Suami Beristerikan Lesbian



Kuala Lumpur – Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.

Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi.

Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.

Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak November lalu.

“Pada mulanya, dia menyuruh saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilangkan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya.

“Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Razak berkata, dia hanya engenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri.

Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenalkan sebagai rakan lama.

“Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya. Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali wanita terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab.

“Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia dan ‘rakannya’ sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini?

“Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang hantaran,” katanya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL