SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Sayang Dadah dari Anak



SOUTH CAROLINA – Seorang wanita dihukum penjara 20 tahun selepas bayi yang disusunya meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan melalui susu badan.

Wanita itu yang juga bekas jururawat Stephanie Greene, 39, mengambil ubat termasuk ubat penahan sakit tanpa memaklumkan doktor bahawa dia sedang mengandung.

Keadaan itu menyebabkan bayinya yang berusia enam minggu, Alexis meninggal dunia pada November 2010.

Laporan forensik menunjukkan terdapat tiga jenis dadah dan morfin dalam sistem badan bayi malang itu.

Greene didapati bersalah oleh hakim kerana membunuh bayinya dan mengabaikan kebajikan bayi berkenaan.

“Dia lebih sayangkan dadah daripada bayinya sendiri,’’ kata hakim meskipun peguam bela Greene menyatakan bahawa bukti yang ada tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa dadah yang diambil oleh wanita itu disalurkan kepada bayinya menerusi susu.

Greene kini berdepan dengan 38 lagi tuduhan kerana menipu untuk mendapatkan ubat.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

MH370: Mahkamah Tolak Rayuan Saman



MAHKAMAH di Amerika Syarikat bukan sahaja menolak petisyen yang dibuat salah seorang waris penumpang MH370, bahkan mengancam akan mengenakan sekatan ke atas firma guaman yang mengambil upah berbuat demikian atas alasan ‘tidak wajar memfailkan’.

Hakim di Illinois semalam menolak permohonan firma guaman Ribbeck Law Chartered untuk mendapatkan bukti reka bentuk dan kecacatan pembuatan berkemungkinan daripada Boeing Co dan Malaysia Airlines (MAS) berkaitan kehilangan penerbangan MH370 tiga minggu lalu, lapor Reuters.

Hakim Kathy Flanagan juga mengancam mengenakan sekatan terhadap Ribbeck Law Chartered, memetik contoh sebelumnya di mana firma guaman berpusat di Chicago “tidak wajar memfailkan” petisyen, seperti nahas kapal terbang Asiana Airlines di San Francisco tahun lepas.

“Di sebalik arahan ini, firma guaman sama sekali lagi memfailkan petisyen walaupun mengetahui mereka tidak mempunyai asas untuk melakukannya,” kata Flanagan dipetik laporan agensi berita antarabangsa itu.

“Jika firma guaman ini memilih untuk meneruskannya, mahkamah akan mengenakan sekatan kepada permohonan mereka.” memetik laporan Agenda Daily.

Ribbeck Law minggu lalu memfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang pada 8 Mac lalu.

Pada 26 Mac lalu, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut.

Firma dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu.

Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa saudara kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters.

Peguam yang mengetuai kes tersebut, Monica Kelly dalam laporan itu menyebut, pemfailan berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga penumpang terbabit ke atas MAS dan Boeing.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.

“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit 
bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.

“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.

Pihak berkuasa MAS turut mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam penerbangan tersebut dipercayai telah meninggal dunia. 

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Anak Biadap Tendang Ibu




LUBNAN – Anak biadap. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.

Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.

Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.

Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.

“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.

Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.

Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.

Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.

Pada akhir program berkenaan, pengacara . Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Buat Duit Ambil Upah Menangis



CHINA – Penduduk di China kini menggunakan pelakon yang diupah bagi menangis pada upacara pengebumian, bagi mengambil alih tugas ahli keluarga yang sibuk untuk menghadiri upacara tersebut.

Dengan bayaran sebanyak £300, tujuh pelakon profesional akan menangis dengan kuat, seperti yang diamalkan dalam ritual pengebumian dan turut menggalakkan orang ramai menyertainya.

Jika tiada tangisan kedengaran, maka ia menunjukkan bahawa si mati tidak disayangi oleh anggota keluarga.

Menurut salah seorang pelakon terbabit, Chen Shuqiang, 35, perniagaan berkenaan semakin berkembang dengan pelakon wanita menjadi pilihan berbanding dengan lelaki.

“Mereka minta kita meraung dan bersedih dengan kematian anggota keluarga mereka.

“Aksi menangis sambil merebahkan badan di hadapan keranda lebih popular, terutama ketika keranda itu akan dibawa pergi untuk pengebumian,’’ katanya.

Pelanggan akan membayar sebanyak £300 untuk pakej asas termasuk tujuh pelakon.

“Saya pernah menjadi penyanyi untuk kumpulan opera namun sukar untuk mendapatkan wang dengan menyanyi. Akhirnya saya menukar kerjaya dan menggunakan suara untuk menangis,’’ kata Chen.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL